8 Resepi Brownies Kedut Ringan Rasa Super Sedap


Assalamualaikum wbt,

Resepi Brownies Kedut Ringan Rasa Super Sedap | Lama sudah mommy nak cuba buat brownies, cuma masih tercari-cari resepi yang macam mana best dan boleh buat betul-betul menjadi. Dalam banyak-banyak resepi, resepi ini mommy rasa sangat menarik untuk dicuba. Anda pun boleh cuba sekali, brownies yang lembut, lembap dan kurang manis adalah kesukaan mommy.

Anda juga pasti ada brownies kesukaan kan? Apa kata, kali ini jom kita buat sama-sama dan cuba bersama ahli keluarga. Brownies kurang manis memang enak dimakan walaupun berkali-kali. Setuju tak? Jom teruskan catat resepi dibawah.

1. Resepi Brownies Kedut Super Sedap



Tekstur brownies ni sangat fudgy dan lembab, sangat harum baunya, rupa kedutan atas yang menarik, ditambah pula rasa coklat yang di enhance kan rasanya dengan bancuhan kopi atau espresso, memang macam makan kat cafe mahal lah.

Bahan-Bahan:
300g coklat gelap/dark chocolate
150g mentega tak bergaram/unsalted butter
100g tepung gandum
30g serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
2 sudu besar air panas
¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis
4 biji telur (gred 😎
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).

Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.

Tips:
Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masak sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:35 minit,
Jumlah Hidangan:7-8 orang
Resepi Asal : Che' Nom

2. Resepi Brownies Sedap Confirm Kedut


Bahan-Bahan:
400gm Dark Choc Beryls
150gm unsalted/salted butter
3 biji telur size A
100gm gula perang
100gm gula pasir halus
100gm tepung gandum
30gm koko powder
1sudu teh baking powder

Cara-Cara:

1. Cairkan coklat dan butter guna teknik double boiled. Coklat dah cair tutup api dan gaul hingga sebati.

2. Pukul telur+gula+esen vanilla hingga sebati pukul manja je tak perlu sampai kembang.

3. Kemudian satukan telur tadi ke dalam bekas coklat cair dan gaul hingga sebati.

4. Masukan tepung+coco powder+baking powder ke dalam adunan telur+coklat tadi.

5. Gaul hingga sebati dan masukan ke dalam loyang size 10x10x3inch.

6. Bakar pada suhu 150c 50min ikut oven masing2 ya.

Resepi Asal : Aida Foodiez

3. Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan


*Bahan A*
1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja)
1 cawan dark chocolate Beryl's

*Cara*
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B*
1 cawan gula perang

2 biji telur Gred A

*Cara*
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer

*Bahan C*
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan

*Cara untuk satukan smua bahan*
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.

2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)

3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.

4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.
Selamat mencuba (^_^)

Dipersilakan share resepi ya😊😊

Credit : Azierah Ryan
#mahn

4. RESEPI BROWNIES ABE MUSIM PKP 

Bahan-Bahan:
200g Milk Chocolate Beryls Coin
45g Butter SCS (Unsalted)
45g Buttercup
———————
Double boiled kan.. atau cairkan gune microwave..
———————
45g Serbuk Koko Premium/Biase
2 biji Telur (AA)
1sk Esen Vanilla
240g Gula Kastor
———————
200g Tepung Gandum Bakers Choice
1/2sk Serbuk Penaik
———————
Coklat Chips Callebout sebagai
Hiasan.. Tabur sebelom bakar..
———————-
Loyang 8x8
Baking Paper
Klip Kertas
———————
Ok.. lepas doubleboiled kan tu, masukkan terus serbuk koko.. mix slow dulu baru laju2, biar sebati.. lepas tu, tambah telur dan ev.. mix laju2, biar adunan die jd berkilat.. lepas tu masukkan gula kastor.. mix slow dulu baru laju2 jugak.. sampai gula kurang nampak berbintik2 pd adunan dan adunan berkilat.. last skali, masukkan tepung + bp.. mix slow2 dulu pastu baru laju2.. adunan ni akan pekat dan likat.. tp berkilat.. x cair mencurah2 ye.. pastu korek2 tepi2 bowl dgn spatula.. kalau x melekat kat spatula tu, tahniah.. anda berjaya.. 😘 boleh follow abe untuk tips2 sedaya mampu abe shared..
———————
Suhu 160-170 ‘C
Masa 40-45 Minit

#abenubis #abedimahn #abeshared

5. Resepi Brownies Indulgence

Untuk resepi brownies, boleh je guna mana2 resepi brownies kedut yg uols biasa buat... Kemudian adunan tu dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian spread masuk dlm loyang. 1 bahagian lagi masuk dalam piping bag. Saya timbang untuk dapatkan adunan yang samarata.

Untuk layer cheese:

250 gm cream cheese
45 gm gula kastor
1½ biji egg yolk gred A @ 2 biji egg yolk gred B
Sedikit paste lemon @ vanilla

Pukul sebati, masukkan dalam piping bag dan drizzle tutup semua lapisan brownies yg pertama..

Kemudian tutup pula lapisan cheese dengan baki adunan brownies tadi.

Sy bakar dgn suhu 150 lebih kurang 35 minit.

Brownies ni resepi asal size 8" tapi untuk brownies layer cheese ni sy guna loyang 9" supaya tak tebal sangat brownies ni nanti.

Resepi Asal : Shazwani Shakeri

6. Resepi Brownies Dip N Dip


*Bahan A :*
190 g Coklat  compougnd ( dark coklat )
70 g Butter ( sy guna brand anchor )
( cairkan semua bahan diatas dengan kaedah  double boil )

*Bahan B :*
150 g  Gula kastor
2 biji Telur saiz B ( sy guna size A )
1 sk esen vanila

*Bahan C :*
100 g tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam halus
( ayak semua bahan C )

Cara:
1. Satukan bahan B, pukul sebati ( sekejap sahaja )
2. Masukkan bahan A kedalam bahan B gaul sebati kemudian masukkan bahan C gaul lagi sehingga sebati.
3. Tuang kedalam loyang size 8' yg telah di griss dan dialas baking paper
4. Bakar selama 45 minit suhu 160
5. Sejukkan kemudian hias mengikut cita rasa

* bahan hias :
Coklat putih
Dark / milk compound
Strawberry, anggur ( optional )

Resepi Asal : Fisha Khair Dangai

7. MARBLE CREAM CHEESE BROWNIES

                                

BROWNIES
90 gm serbuk koko
250 gm butter
330 gm gula halus
4 biji telur (50-55gm sebiji)
120 gm tepung self-raising - diayak

CREAM CHEESE
250 gm cream cheese - suhu bilik
110 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

CARA2NYA:-

1. Panaskan oven pada suhu 175°C. Sapukan sedikit butter pada dasar loyang 10 inci persegi dan alaskan kertas baking. Lebihkan sedikit kertasnya supaya senang nak keluarkan brownies nanti. Ketepikan.
2. Masukkan butter ke dalam periuk non-stick atau periuk tebal dan panaskan atas api hingga butter cair dan mendidih sekejap.
3. Kecilkan api. Masukkan serbuk koko dan gaul hingga rata.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Pada masa ni, gula memang tidak hancur, adunan masih berbiji2. Tutup api. Sejukkan sebentar agak2 dalam 5-10 minit.
5. Masukkan telur satu-persatu dan kacau perlahan2 dengan hand whisk.
6. Masukkan tepung dan gaul perlahan2 hingga sebati.
7. Ambil beberapa sudu adunan brownies dan ketepikan untuk membuat lorekkan marble nanti.
8. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese hingga lembut.
9. Masukkan gula, vanilla dan telur. Pukul hingga licin dan sebati.
10. Dengan menggunakan sudu, tuangkan perlahan2 adunan cream cheese ke atas adunan brownies tadi.
11. Kemudian, tuangkan pula adunan brownies yang diasingkan tadi dan buat lah lorekkan marble dengan menggunakan toothpick atau chopstick di atas adunan cheese.
12. Bakar (175°C) selama 25-30 minit sehingga masak atau permukaan cheese dah mengeras di bahagian tengah.
13. Sejukkan.

Resepi Asal : Aini Binte Madon

8. Resepi Brownies Cheese Kukus

                                              








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.vitaminwawa.com/2020/05/8-resepi-brownies-kedut-ringan-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa

Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 644 hits
As Salam Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Sedap Lembut Dan Manis Secukup Rasa Kuih Nona Manis ni sudah beberapa kali saya makan sebelum ini Itupun saya order dari rakan sekolah yang tolong ambik order dari orang lain Sejak merasa kuih n...
Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 977 hits
Berbuka puasa dengan Roti Puri bukan saja mengenyang kan tapi juga menjimatkan sebab Roti Puri ni makanan yang ringkas dan cara membuatnya juga cepat dan mudah Roti puri yang saya buat ni tak menggunakan Yis jadi dia punya roti jadi rangup ...
Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 483 hits
Assalamualaikum Menu untuk berbuka Ramai yang kekurangan idea nak masak apa untuk berbuka puasa kan Kalau Cik Rose ada sambal pun dah best Pembuka selera Siapa kata makanan pedas tak sesuai untuk berbuka Kita masak kita adjust sendiri tahap...
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 505 hits
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap Holaaaaa Hehe setelah berehat beberapa hari berblogging dek kerana dok tukar template blog yang agak mencabar fizikal dan mental Nyaris nyaris demam sebab tak tidur Hhaha Orite kali ni nak share de...
Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka Simple Tapi Super Sedap

Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka Simple Tapi Super Sedap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1228 hits
Jika anda mulai buntu mencari manisan pencuci mulut untuk berbuka nanti puding yang satu ini amatlah disarankan Puding Laici Berkuah yang dikongsikan oleh ini amatlah mudah disediakan Bukan seperti puding biasa tetapi berkuah laici yang sed...
Tauhu Berlauk Super Duper Sedap Makan Cicah Dengan Sambal Kicap Simple Je Cara Nak Buat

Tauhu Berlauk Super Duper Sedap Makan Cicah Dengan Sambal Kicap Simple Je Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 606 hits
Tauhu kalau kena cara masak memang sedap dimakan Tambah pula bulan puasa ni mesti ada sahaja menu yang nak dicuba Macam yang dikongsi oleh Iedayu Ieyz menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni dengan resipi tauhu berlauk yang super duper se...
3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat

3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 518 hits
3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat Apakata korang cuba 3 resepi pizza homemade yang sangat mudah ni Anak anak mesti suka kan nak beli selalu tak larat la jugak sebab mahal kan kita kena berjimat2 tau sekarang ...
Tak Perlu Oven Tak Payah Bakar Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap Guna Sukatan Cawan Je

Tak Perlu Oven Tak Payah Bakar Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 670 hits
Selain biskut mazola biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut Sekali suapan terasa enaknya di mulut Jika hendak mencuba biskut yang satu ini resipi yang dikongsikan oleh ini wajib cuba Menarikn...
Resepi Tempoyak Masak Asam Yang Paling Senang Dan Sedap

Resepi Tempoyak Masak Asam Yang Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 452 hits
Setahun sekali baru la merasa dapat makan masak tempoyak Bukan sebab tak de tempoyak tapi sebab malas nak makan Hari hari masak lebih kepada selera suami dan anak anak Tempoyak sentiasa ada je dalam peti sejuk Maklum la orang perak kan Haha...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Hidden Junk Fees Must Be Disclosed F T C Rule Says

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Panduan Lengkap Optimisasi Pencarian Suara Untuk Bisnis Anda Di 2025

Pontianak Entrepreneur Inspirasi Dan Peluang Memulai Bisnis Untuk Generasi Z

Kelantan Pelanggan Hotel Lari Akibat Tebing Sungai Runtuh

Hadiah Birthday 2024 Handbag David Jones Dari Kaklong Aya

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko