8 Manfaat Kesihatan Kulit Pisang


Kredit: https://www.intelligentliving.co/ “Kulit pisang bukan sampah, ya.”
Itulah ayat pertama yang anda akan dengar dalam video TikTok pengguna bernama @dr.mamina dan kandungan video tersebut betul-betul mengejutkan ramai orang. Siapa sangka, kulit yang dianggap tidak berharga sebenarnya mengandungi seribu satu khasiat, melebihi isi pisang itu sendiri!
Khasiat Kulit Pisang Tahukah anda? kulit pisang mengandungi kira-kira 6-9% protein dan 20-30% serat berbanding isi pisang itu sendiri. Di samping itu, kulit pisang juga kaya dengan polifenol (sejenis sebatian organik yang dapat menghalang kerosakan sel kulit akibat radikal bebas), karotenoid dan antioksidan. Selain itu, kulit pisang juga merupakan sumber potasium, vitamin B6, vitamin B12 dan magnesium yang baik.
Namun begitu, bukan sembarangan kulit pisang yang boleh dimakan. Walaupun mengandungi nilai nutrisi yang tinggi tetapi kulit pisang muda atau mentah dikaitkan dengan paras tanin iaitu sejenis getah semula jadi yang dirembes dalam tumbuh-tumbuhan sebagai ejen perlindungan daripada dimakan oleh binatang. Oleh itu, sebelum berfikir untuk cuba memasak menggunakan kulit pisang, pastikan anda memilih kulit pisang yang sudah masak ranum dan rebusnya terlebih dahulu untuk membuang tanin tersebut. Tak salah untuk mengambil langkah berhati-hati, kan?
Ada Bukti Saintifik? Semestinya! Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk membuktikan manfaat kulit pisang seperti yang diterbitkan di Jurnal Makanan dan Nutrisi. Menurut kajian tersebut, kulit pisang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan tepung kulit pisang sebagai bahan makanan dan produk kesihatan selain kegunaan domestiknya. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa komponen biokimia kulit pisang membantu dalam penulenan air dan penghasilan baja organik.
Masih berasa ragu-ragu? Mungkin, manfaat-maanfaat kesihatan yang disenaraikan akan meyakinkan anda untuk cuba menggunakan kulit pisang dalam masakan anda. Ingat, jangan cepat menghakimi sesuatu berdasarkan luarannya.
1. Merendahkan Paras Kolesterol Kredit: www.doc2us.com Kulit pisang kaya dengan serat larut dan tidak larut dipanggil pektin. Serat pektin ini diketahui dapat membantu merendahkan paras kolesterol dan pencegahan penyakit kardiovaskular dan serangan strok. Dalam suatu kajian yang dijalankan di Universiti Brawijaya, Jawa Timur, responden dengan kadar kolesterol tinggi menunjukkan kemajuan yang positif selepas makan kulit pisang selama 2 minggu.
2. Mengurangkan Berat Badan Kredit: giphy Tahukah anda, kulit pisang boleh membantu anda menurunkan berat badan anda? Menurut seorang pakar diet di Australia, kulit pisang bukan saja mengandungi kadar serat yang tinggi malah merupakan sumber tahan kanji yang baik untuk membantu anda berasa kenyang lebih lama. Walaupun tidak ada banyak kajian yang dijalankan dapat membuktikan bahawa fakta ini benar tetapi tidak salah untuk mencuba, kan?
3. Mencantikkan Kulit Kredit: tenor.com Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup berhabis duit untuk memastikan kecantikan mereka berkekalan, khususnya kecantikan kulit mereka. Daripada menggunakan produk-produk kimia, apa kata anda mencuba ramuan organik seperti kulit pisang pula? Tambahkan kulit pisang dan telur untuk menghasilkan pupur muka pantas yang bukan saja membersihkan liang kulit malam menegangkan kulit juga. Siapa kata, penjagaan kulit perlu menjadi rumitkan dan mahal?
4. Menambah Baik Kualiti Tidur Kredit: tenor.com Anda pernah dengar tentang teh pisang? Trend yang mula tular pada awal tahun 2020, seiring dengan penularan wabak Covid-19, teh pisang dicipta secara tidak sengaja oleh seorang pelawak bernama Gerry McBride dengan merebus kulit pisang ke dalam air kerana ingin membuktikan teori bahawa kulit pisang boleh memberikan kesan yang mengkhayalkan. Hasil ‘eksperimen’ beliau ternyata menunjukkan hasil yang berbeza. Beliau tidur lena pada malam itu. Cubaan beliau ini ternyata menimbulkan rasa ingin tahu individu lain dan mereka juga melaporkan hasil yang sama.

Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kulit pisang didapati mengandungi asid amino L-triptofan yang kemudiannya ditukar menjadi 5-HTP dan seterusnya, serotonin dan melatonin (neurotransmiter yang menenangkan diri). Lain kali anda berasa sukar tidur, cubalah sediakan teh ini.
5. Meningkatkan Keimunan Tubuh Badan Kredit: gfycat Selain daripada serat, kulit pisang kaya dengan vitamin C dan jika dimakan, dapat menyumbang sebanyak 17% daripada kadar pengambilan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Kedua-dua nutrien ini bukan saja membenarkan pertumbuhan bakteria baik iaitu probiotik yang dapat menambah baik sistem penghadaman anda malah menguatkan lagi sistem imun anda. Ingin berjimat-cermat tapi masih mahu mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan? makanlah kulit pisang!
6. Memutihkan Gigi Kredit: tenor.com Mahu gigi putih berseri tanpa menggunakan produk kimia? Gosok kulit pisang saja! Menurut suatu kajian yang dijalankan pada tahun 2015, vitamin D pada kulit pisang didapati boleh melawan bakteria di gigi yang menyebabkan giginvitis dan periodonditis. Namun begitu, jangan abaikan amalan kebersihan gigi yang wajib seperti memberus gigi dan flos!
7. Menyihatkan & Menguatkan Rambut Kredit: tenor.com Siapa yang tak mahu rambut yang lembut, berkilat dan lebat? Tetapi, kos untuk penjagaan rambut yang tinggi membuatkan ramai daripada antara kita lebih gemar mencari dan mencuba cara alternatif yang lebih organik (dan percuma) untuk menjaga kecantikan rambut. Salah satu bahan yang anda boleh pertimbangkan ialah kulit pisang. Ciri-ciri antioksidan kulit pisang meneutralkan radikat bebas di akar rambut di samping mengekalkan kelembapan rambut serta menghapuskan kelemumur. Kolagen pada kulit pisang juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut anda.
Campurkan sedikit yogurt dan minyak kelapa dengan lapisan dalam kulit pisang lalu lumurkan pada rambut dan kulit kepala. Tunggu selama 15-20 minit sebelum bilas sebersih-bersihnya.
8. Melegakan Kesakitan Kredit: gfycat Alamak, anda digigit nyamuk lagi! Habis gatal-gatal kulit anda. Macam mana anda nak hilangkan rasa gatal itu? Gosok kulit pisang di atasnya. Kulit pisang kaya dengan polisakarida yang terbukti secara saintifik sebagai pelega kebengkakan dan keradangan. Di samping itu sifat antibakteria kulit pisang (kerana kandungan zink dan lektin yang tinggi di dalamnya) boleh membantu menyembuhkan psoriasis dan mencegah pertumbuhan jerawat juga.
Simpan, Jangan Buang! Masih berfikir bahawa kulit pisang hanyalah sampah lagi? Terdapat pelbagai lagi manfaat kulit pisang yang masih dikaji dan banyak penemuan baharu ditemui setiap hari.

Anda mungkin berasa teragak-agak untuk makan kulit pisang tetapi di negara-negara Asia Tenggara seperti India, Sri Lanka, Vietnam dan juga Malaysia, kulit pisang merupakan antara bahan masakan unik yang digunakan dari generasi ke generasi. Populariti kulit pisang sebagai bahan masakan semakin meningkat dek promosi yang dibuat oleh banyak pempengaruh media sosial vegan dan personaliti-personaliti masakan terkenal seperti Nigella Lawson yang mengangkat kulit pisang sebagai salah satu bahan alternatif terbaik untuk daging.
Jikalau personaliti-personaliti ini sudahpun mengakui kelebihan kulit pisang, anda bila lagi? Bak kata pepatah Inggeris, ‘one man’s trash is another man’s treasure‘.
The post 8 Manfaat Kesihatan Kulit Pisang appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.butterkicap.com/open-house/for-the-love-of-food/8-manfaat-kesihatan-kulit-pisang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cover Al Quran Rosak Atau Lusuh Jom Tukar Kepada Kulit Cover Yang Baru Hari Ini

Cover Al Quran Rosak Atau Lusuh Jom Tukar Kepada Kulit Cover Yang Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 228 hits
Kulit cover Al Quran anda dah rosak koyak atau nak tukar baru Alhamdulillah kini enuur ada menjual cover Al Quran sahaja untuk para pencinta Al QuranApabila kita dah gunakan Al Quran bertahun tahun kan kulit cover khususnya material leather...
Kyut Skin Revolusi Penjagaan Kulit Dengan Penyelesaian Inovatif

Kyut Skin Revolusi Penjagaan Kulit Dengan Penyelesaian Inovatif

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPenjagaan kulit muka pada masa sekarang ini bukan sahaja menjadi rutin harian wanita tetapi kaum lelaki juga dimana semakin ramai yang mula mengambil perhatian tentang penjagaan wajah dan penampilan diri D...
Hansaegee Nature Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Water Based Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Kering

Hansaegee Nature Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Water Based Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Kering

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum Hai Lama tak membebel pasal kecantikan kat blog Bukan takde idea nak update Bersusun draft tu ha Cuma itulah tulis sekerat pastu tinggal malas nak sambung dah Pembawakan anak yang dikandung masa tu gamaknya Hehe Oh ya Aku da...
Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan

Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 386 hits
Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit TanganTips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan Tergaru garu kulit tangan sampai berdarah Bila tengok keadaan psoriasis husband macam tu bermula la episod ajak dia sama sa...
Tiktoker Mengemis Gift Sampai Sanggup Cuci Muka Dengan Air Mangkuk Jamban Seklai Ini Yg Berlaku Kepada Kulit Muka Dia

Tiktoker Mengemis Gift Sampai Sanggup Cuci Muka Dengan Air Mangkuk Jamban Seklai Ini Yg Berlaku Kepada Kulit Muka Dia

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 282 hits
Demi mendapatkan hadiah beberapa orang TikToker sanggup mencuci muka dengan air mangkuk tandas selepas kalah dalam cabaran di TikTok
Bagaimana Memilih Hybrid Sunscreen Terbaik Supaya Kulit Muka Sihat Dan Glowing

Bagaimana Memilih Hybrid Sunscreen Terbaik Supaya Kulit Muka Sihat Dan Glowing

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 306 hits
Hi guys it has been a while Hari ni Ray nak share dengan korang pasal hybrid sunscreen Mesti ramai lagi kan yang tak berapa faham apa sebenarnya hybrid sunscreen ni Ray sendiri pun tak tahu apa itu hybrid sunscreen in the first place Now th...
8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh

8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 258 hits
8 Khasiat Daun Kesum Dalam Masakan Dan Kesihatan Tubuh Daun kesum amat terkenal dalam menu masakan asam pedas Itu sudah pasti Tanpa daun kesum asam pedas macam tak menjadi rasanya Baunya pun tak naik dan nak hirup kuah asam pedas pun kurang...
11 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kusam

11 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kusam

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 418 hits
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kusam Memiliki kulit kusam memang memeningkan kepala Mana tidaknya wajah nampak kusam tidak bermaya dan kelihatan lebih tua dari usia Ini membuatkan anda tidak berkeyakinan di khalayak ramai sekali menjejask...
Mudahnya Nak Dapatkan Kulit Cantik Guna Sayur Ni Je

Mudahnya Nak Dapatkan Kulit Cantik Guna Sayur Ni Je

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 211 hits
Ada orang suka guna bahan alami je untuk cantik Tak kiralah buah atau sayur Syaratnya kena rajin je Kan Salah satu sayur yang popular yang selalu orang guna adalah tomato Memang tak dinafikan sayur yang satu ni mempunyai banyak manfaatnya u...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities