8 Laptop Murah Bawah Rm1000 Untuk Student
Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, laptop mendapat permintaan tinggi. Penggunaan laptop amat penting pada ketika ini terutama untuk mengikuti sesi pembelajaran dari rumah (PdPR), dan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Namun, bukan semua golongan mampu dan perlu untuk memiliki laptop spesifikasi tinggi. Cukup sekadar boleh handle sertai kelas online, buat tugasan dengan Microsoft Words/Excel/, atau uruskan kedai Shopee.
Jadi, saya bantu anda senaraikan sejumlah laptop murah bawah RM1000 untuk student berserta dengan spesifikasi.
1. DELL LATITUDE E6230
This came in such a good deal. Jenama Dell sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. DELL LATITUDE E6230 ini dilengkapi dengan pemprosesan i5 yang sudah cuku baik untuk handle kerja-kerja ringan.
Ditambah pula dengan RAM 4GB dan SSD 120GB. Bila dah ada SSD, maka tiada lagi masalah laptop slow dan delay. Ia juga menyokong tugasan seperti Photoshop, Ilustrator, dan Lightroom. Kalau anda tengah cari laptop murah untuk student atau suri rumah, model ini amat ideal.
Processor:Intel Core i5 3rd Gen 2.50GHz
RAM: 4GB DDR3
Storage: SSD 120GB
Skrin: 12.5 inci,
Harga: RM900 - RM1,000
Beli di sini: https://invol.co/cl77xdo
2. HP Chromebook X360 G3
Chromebook juga tidak kurang hebatnya untuk anda jadikan sebagai peranti pembelajaran. ia adalah kategori laptop murah bawah RM500. Biarpun hanya mampu melakukan tugasan 'basic' sahaja, ia tetap lancar.
Banyak ciri menarik yang ada pada HP Chromebook X360 G3 ini. Contohnya skrin boleh lipat & touch screen di mana anda boleh jadikan sebagai tablet. Mantap untuk Zoom Meeting, sertai kelas online, kerja ringan seperti Words, Excel, browsing, dan menonton penstriman video.
Processor: Chrome OS™
RAM: 4 GB LPDDR4-2400 MHz RAM (onboard)
Storage: 32 GB eMMC
Skrin: 11.6" diagonal, HD (1366 x 768), touch, IPS, BrightView, 220 nits, 50% NTSC
Graphic: Intel® UHD Graphics 600
Battery: HP Long Life 2-cell, 47 Wh Li-ion polymer
Harga: RM988
Beli di sini: https://invol.co/cl77y15
Artikel berkaitan:
+ Laptop Terbaik Untuk Student
+ Tips Beli Laptop Untuk Student
+ realme Book Laptop Sesuai Untuk Student
+ Cara Naikkan Sales di Shopee
3. NEC INTEL CORE i3 4th/i5 4th gen
Ini merupakan laptop dari NEC Versapo refurbished dan spesifikasinya telah dinaik taraf. Sesuai untuk light gaming, kegunaan pelajar, dan mampu handle tugasan seperti Photoshop, Autocad, Lightroom, dan uruskan bisnes Shopee anda.
Laptop ini lancar dan hadir dengan pelbagai free gift untuk setiap pembelian. Tidak hairanlah mengapa ia cukup hangat di Shopee sehingga lebih 800 unit telah terjual. Ia juga mendapat review positif dari pelanggan.
Processor: Intel Core i3 4TH GEN 2.40GHZ/i5 4TH GEN 2.60GHZ
RAM: 4GB DDR3
Storage: HDD 320GB / SSD 240Gb
Graphic: Intel HD 4600
Screen: 15.6 inci
Harga: dari RM900 - RM1280
Beli di sini: https://invol.co/cl780xr
4. Toshiba Dynabook R734
Laptop murah bawah RM1000 untuk student yang seterusnya adalah Toshiba Dynabook R734. Jenama dari Jepun ini sudah terkenal ketahanan laptopnya. Bagi Dynabook R734, spesifikasinyaboleh dikatakan'just nice' untuk student.
Ditambah dengan adanya SSD 120GB, maka tak ada masalah kalau nak handle assignment atau guna software Photoshop dan lain-lain.
Kalau nak main game ringan seperti Pubg Lite atau Dota pun tak ada masalah. Dengan harga RM940, memang berbaloi untuk dimiliki.
Processor: Intel Core i5-4th
RAM: 4GB DDR3
Storage: SSD 120GB
Graphic: Intel HD Graphics 4600
Screen: 13.3 inci
Harga: RM940
Beli di sini: https://invol.co/cl78quz
5. ASUS Laptop Chromebook Flip
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak permintaan terhadap laptop fleksibel yang boleh lipat dan jadikan laptop sebagai tablet. Asus Chromebook Flip ini adalah antara yang terbaik di pasaran hari ini.
Biarpun hanya sekadar Chromebook, ia tetap lancar dan boleh bantu anak-anak dalam sertai kelas online. Pemprosesannya stabil, skrin sentuhnya pula responsif tanpa 'delay'. Peranti ini juga ringan dan ideal untuk anda guna di coffee shop.
Walaupun harganya melebihi RM1000, ia memang padu dan berbaloi untuk kegunaan harian.
Processor: Intel Celeron N4020 1.10~2.80GHz
RAM: 4GB LPDDR4
Storage: 32GB eMMC
Graphic: Intel UHD Graphics 600
Screen: 11.6-inchLED Backlit HD (1366 x 768) 16:9Touch screen
Harga: RM1,099
Beli di sini: https://invol.co/cl78rwz
6. HP Core i5
Laptop ini juga ideal untuk anda jadikan sebagai laptop pertama anak-anak. Harga bawah RM1030 tetapi hadir dengan spesifikasi yang cemerlang. Intel i5 dan Readon AMD Gaming graphic sudah cukup penggunaan sederhana.
Boleh main game ringan seperti PUBG Lite, The Sims, dan Dota. Selain itu anda juga dibekalkan dengan SSD 120GB. Ini bermakna tiada lagging dan delay sepanjang menggunakan laptop ini.
Reka bentuk laptop ini juga masih segar serta nampak premium.
Processor: Intel i5 Gen
RAM: 4GB DDR3 RAM
Storage: SSD 120GB
Graphic: Radeon AMD Gaming graphic
Screen: Intel HD 3000
Harga: RM1030
Beli di sini: https://invol.co/cl79xfy
7. Asus 15.6" FHD
Bagi yang mencari laptop murah bawah RM1500, saya cadangkan anda pilih Asus 15.6" FHD. Sejujurnya, Intel Celeron bukanlah pilihan terbaik dipasaran. But hey, we are under budget dan ia sudah memadai untuk kerja ringan seperti uruskan kedai Shopee dan sesi pembelajaran.
Laptop baru murah yang boleh anda beli di Shopee ini dilengkapi dengan Windows 10 Home, 4GB DD4, dan anda boleh upgrade kepada SSD pada bila-bila masa.
Processor: Intel Celeron N4020
RAM: 4GB DDR3 RAM
Storage: 128GB eMMC
Screen: 15.6 inci full HD, 1920x1080
Harga: RM1399
Beli di sini: https://invol.co/cl7b3tt
8. HP Probook
Kalau anda ada bajet lebih, digalakkan beli laptop murah bawah RM2000 yang dikuasakan dengan Intel i3 atau i5. Laptop refurbished sudah cukup baik untuk student buat assignments. HP Probook adalah pilihan ideal.
Dikuasakan dengan Intel Core i3, 4GB RAM, dan 256GB SSD. Spesifikasinya memang solid untuk laptop kelas pertengahan. Anda boleh buat assignment, berniaga Shopee, video call, dan editing ringan seperti Adobe Photoshop.
Design nya pun masih lagi relevan pada tahun 2021 -2022. Review pelanggan Shopee pun semuanya positif.
Processor: Intel core i3
RAM: 4GB RAM
Storage: 256GB SSD
Graphic: Radeon HD7640G
Harga: RM1399
Beli di sini: https://invol.co/cl4d2f3
Semoga artikel laptop murah beawah RM1000 ini dapat membantu anda dalam mencari laptop bersesuaian dengan keperluan dengan bajet.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nikkhazami.com/2021/11/laptop-murah-bawah-rm1000-untuk-student.html