8 Kampung Terjejas Banjir Di Penampang 2 Jalan Runtuh Di Keningau


8 Kampung Terjejas Banjir Di Penampang, 2 Jalan Runtuh Di Keningau
KOTA KINABALU : Sebanyak lapan kampung dan lima jalan terjejas akibat banjir kilat di Penampang malam ini disebabkan hujan lebat berterusan, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan kampung yang terlibat ialah Kampung Dabak, Kampung Kambau, Kampung Tuavon, Kampung Dungkahang, Kampung Tanaki, Kampung Nampasan, Kampung Sugud dan Penampang Proper.

Sebuah kereta sebahagiannya ditenggelami air banjir di sebuah kampung di Inanam. Menurut kenyataan itu jalan yang terjejas ialah Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Kolopis, Jalan Penampang-Papar Lama Nambazan, Jalan Inobong dan Jalan Pekan Donggongon.


“Hujan lebat berterusan yang bermula pada 1 tengah hari tadi menyebabkan paras sungai di daerah itu antaranya Sungai Moyoq meningkat yang seterusnya menyebabkan banjir kilat berlaku. “Sebuah pusat pemindahan banjir telah dibuka pada 7 malam tadi di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang, setakat ini tiada lagi mangsa dipindahkan, pemantauan akan dilakukan semasa ke semasa berikutan cuaca tidak menentu pada masa ini,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 68 orang iaitu 53 mangsa daripada 17 keluarga di Beaufort, dan 15 mangsa daripada empat keluarga di Sipitang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain berkata dua lokasi kejadian jalan runtuh dikesan di daerah iaitu di KM14 Jalan Keningau/Apin-Apin dan KM18 Jalan Jalan Keningau/Apin-Apin hari ini.


“Kedua-dua lokasi runtuhan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan daripada kedua-dua arah Keningau dan Apin-Apin, usaha pembaikan sedang dilaksanakan dan orang ramai dinasihatkan berwaspada memandangkan cuaca hujan masa ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif untuk ke Pekan Keningau iaitu melalui Jalan Ranggom atau Kepayan menghala ke jalan Magatang.

Dalam pada itu, tular video kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi gagal melintas jalan yang dilimpahi air sebelum dihanyutkan arus deras ke dalam sungai berhampiran di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini kira-kira 6 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah mengesahkan kejadian tersebut dan kerja-kerja menyelamat oleh anggota bomba dari Balai Bomba Lintas masih dillakukan ketika berita ini ditulis


Difahamkan pasukan bomba menghadapi cabaran dalam operasi menyelamat itu berikutan arus deras di kawasan tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, dua mangsa terlibat dalam kejadian kereta Perodua Myvi dihanyutkan itu iaitu pemandu Simon Sanga Tupe, manakala identiti penumpang kereta itu masih belum dikenal pasti.

“Kedua-dua mangsa dan kenderaan tersebut masih belum dijumpai dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut mayat lelaki berumur 50-an dijumpai pada 8.40 malam tadi oleh orang awam, berkemungkinan lemas berhampiran Cherry Club Kolombong di sini.

“Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dipastikan sama ada mangsa itu adalah mangsa sama yang terlibat dalam kejadian kereta dihanyutkan arus itu,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/8-kampung-terjejas-banjir-di-penampang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Terjejas Oleh Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera Bung

Jalan Terjejas Oleh Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera Bung

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 299 hits
TURUN PADANG Bung bersama Pengarah JKR Ir Ali Ahmad Hamid turun padang sebelum ini bagi memantau kejadian tanah runtuh di Kundasang Ranau Jalan terjejas oleh tanah runtuh akan dibaiki segera Bung KOTA KINABALU Kerja kerja pembaikan jalan ro...
33 Rumah Di Kg Kopungit Terjejas Akibat Tanah Runtuh

33 Rumah Di Kg Kopungit Terjejas Akibat Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 325 hits
Sebanyak 33 rumah penduduk Kampung Kopungit di sini dikenal pasti tidak selamat berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam Foto FB KOTA KINABALU Sebanyak 33 rumah penduduk Kampung Kopungit di sini dikenal pasti terjejas atau berad...
60 Kg Beaufort Membakut Terjejas Banjir

60 Kg Beaufort Membakut Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 212 hits
Situasi banjir di daerah kecil Membakut setakat jam 12 tengah hari tadi Banjir melanda 60 kampung di daerah Beaufort dan Membakut Sabah setelah 2 hari hujan tanpa henti BEAUFORT Hujan lebat berterusan sejak kelmarin mengakibatkan sebanyak 4...
Jalan Km 14 Dan Km18 Runtuh Di Keningau Beaufort

Jalan Km 14 Dan Km18 Runtuh Di Keningau Beaufort

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 373 hits
Robert Tawik memantau keadaan jalan runtuh di jalan KM 14 KENINGAU Jalan utama di Kilometer 14 dan Kilometer 18 Jalan Keningau Apin Apin di Kg Liau Laut dan Kampung Kikiran di sini terpaksa ditutup pada awal pagi Jumaat kerana runtuh Keadaa...
Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 209 hits
Limpahan air Sungai Linggi mengakibatkan penduduk penduduk kampung di Rantau terpaksa dipindahkan akibat banjir Sebanyak lapan keluarga yang membabitkan lebih kurang 40 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Sebangsaan Seg...
Banjir Bandang Di Pelosok Kampar 450 Jiwa Terpaksa Mengungsi

Banjir Bandang Di Pelosok Kampar 450 Jiwa Terpaksa Mengungsi

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 229 hits
Selain 450 jiwa terdampak banjir juga menenggelamkan 20 unit rumah dan satu unit sekolah Satu bangunan musala dan sejumlah fasilitas umum rusak akibat diterjang banjir berlumpur itu
Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul

Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 204 hits
Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan cina yang amat popular dikalangan pelbagai lapis masyarakat kita Mee ladna adalah sejenis masakan tang menggunakan mee kuning dan dibanjiri dengan sos ladna...
Myvi Hanyut Dibawa Arus Deras Dalam Banjir Di Sabah

Myvi Hanyut Dibawa Arus Deras Dalam Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 184 hits
Myvi hanyut dibawa arus deras dalam banjir di Sabah KOTA KINABALU Seorang wartawan sukan dan isterinya tergamam melihat sebuah kenderaan yang dinaiki dua individu dihanyutkan arus deras di sebuah jambatan di Inanam dekat sini hari ini Leste...
Potret Prily Latuconsina Lulus Kuliah Sandang Gelar S Ikom Banjir Ucapan Dari Artis

Potret Prily Latuconsina Lulus Kuliah Sandang Gelar S Ikom Banjir Ucapan Dari Artis

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 228 hits
Prilly Latuconsina tengah berbahagia dan juga lega karena akhirnya bisa menyelesaikan pendidikannya di perguruan tinggi Ia berhasil lulus dan mendapat gelar S Ikom Di laman instagramnya Prilly membagikan momen bersama dengan keluarga dan te...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah