8 Jenis Fikiran Bercelaru Yang Melemahkan Diri Anda Dari Bergerak Maju Ke Hadapan



Fikiran yang bercelaru merupakan antara perkara besar yang kerap berlaku yang sering melemahkan diri anda.
Cara berfikir yang bercalaru ini selalunya menjadi batu penghalang yang besar untuk bergerak maju ke depan.
Ianya bertapak dalam minda membuatkan kemajuan hampir mustahil untuk di capai.
Anda tentu tahu bahawa tindakan yang dilakukan oleh seseorang, bermula dari cetusan idea yang muncul dalam fikiran.
Kalau baik dan tersusun cara berfikir, akan baik dan tersusunlah juga segala tindakan. 
Begitu juga sebaliknya. Jika fikiran bercelaru, maka bercelarulah juga segala tindakan. Bila tindakan berserabut, maka perjalanan hidup juga menjadi sempit.
Bertemu corak fikiran celaruUntuk makluman pembaca, sejak tahun 2014 saya libatkan diri dalam projek bimbingan usahawan di seluruh negara. Mulanya sebelum 2014, buat projek suka-suka santai sahaja untuk khidmat bantu usahawan berniaga. 
Secara tak terduga, jadi serius pulak usaha itu.
Sejak itu, saya dah bertemu samada secara one to one, atau secara kumpulan, lebih dari 4 ribu orang usahawan mikro, kecil dan sederhana dari Perlis sampai ke Johor, masuk ke Pantai Timur dan ke seberang laut sana ke Sabah dan Sarawak.
Ada beberapa orang rakan niaga lain yang turut sama membantu saya jalankan usaha tersebut.
Biasanya saya akan minta kawan-kawan yang bantu itu, kongsikan pengalaman setiap kali mereka selesai bertemu dan berbincang dengan para usahawan.
Hasil dari maklum balas yang mereka kongsikan dengan kerap pada, saya nampak dengan jelas, ada beberapa jenis corak fikiran celaru yang berulang, ada dalam diri para usahawan yang cuba di bantu.
Bila dah nampak keadaan begitu, akhirnya saya dah boleh agak dengan mudah dan tepat apa masalah sebenar yang dihadapi oleh setiap usahawan yang saya cuba bantu.
Corak fikiran celaru yang ada dah melekat masuk dalam hafalan saya. Bincang sekejap saja dah boleh jangka apa jenis fikiran celaru yang sedang dihadapai oleh usahawan di depan saya.
Pencerahan corak fikiran celaruDalam usaha untuk membantu diri sendiri, kawan-kawan dan juga para usahawan dengan lebih mantap, saya telah ikuti satu kelas khas ‘teknik membimbing dengan lebih berkesan‘.
Saya laburkan duit yang agak tinggi juga untk tambah pengetahuan itu. Lebih kurang RM15 ribu harganya.
Kosnya tinggi sebab ia dikendalikan oleh guru yang profesional dan berpengalaman serta punya reputasi peringkat antara bangsa.
Walaupun mahal, saya pejam mata saja. Saya yakin keluarkan duit untuk tambah ilmu tak pernah rugi. 
Kita perlu sentiasa mencabar diri untuk belajar perkara baru jika mahu hidup ini menjadi lebih bermakna.
Hanya dengan sentiasa menyusahkan diri dengan mencuba perkara baru sahaja, kita akan dapat tonjol dan keluarkan potensi diri kita yang sebenar.
Kalau tak buat macam tu, akhirnya segala potensi kurniaan Tuhan yang tertanam dalam diri akan disia-siakan begitu sahaja. Semua akan dibawa masuk ke kubur bila mati nanti. Terus terpendam tak dapat digunakan lagi.
Dalam kelas atau kursus tersebut, saya bertemu jawapan kepada corak fikiran celaru yang sering dihadapi oleh usahawan, malah adakalanya, ada pada saya sendiri.
Dan sudah pasti, tentu ada pada diri anda yang sedang membaca juga.
Semua orang ada kecenderungan untuk berfikir dengan cara yang bercelaru bila berada dalam keadaan leka.
8 fikiran celaru yang melemahkan diriBerikut saya kongsikan apakah 8 fikiran celaru yang sering merampas kewarasan diri setiap kali berhadapan dengan cabaran hidup.
Jom kita lihat satu persatu ..
#1. Berfikiran serius yang ketaraJenis ini sentiasa berfikiran serius secara berlebihan. Ini fikiran celaru yang paling kerap berlaku. Buat keputusan berdasarkan cara berfikir yang terlalu serius terhadap apa yang berlaku banyak membuatkan kita susah.
Contohnya anggap segala sudah hancur kiamat apabila gagal dalam sesuatu perkara. Rasa dunia sudah gelap apabila gagal peperiksaan dan lain-lain seumpamanya.
Dalam keadaan ini, anda perlu kembalikan semula pemikiran yang betul. Anggap apa saja yang berlaku adalah satu permainan ujian ketahanan. Pasti ada yang memang dan ada yang kalah.
#2. Asyik dok ‘Try’ tak habisIni juga pemikiran ketara yang ada pada semua orang. Mulut sentiasa berkata saya akan cuba. Kemudian ditambah pula dengan perkataan ‘jika’.
Pemikiran ini perlu ditukar kepada pemikiran yang sentiasa bersedia memberikan komitmen secara penuh. Cuba-cuba tak main lagi selepas ini, berikan ketegasan pada diri dengan berkata Ya! saya akan buat yang terbaik ! (dan jangan lupa kata Insyaallah).
#3. Tangguh menangguhMemberikan komitmen sahaja tak akan ke mana-mana jika tiada tindakan susulan. Ramai orang tegas dalam berikan komitmen, tapi cara berfikir yang suka menangguh pulak jadi penghalang.
Buang segala alasan samada urat baloq tengah naik atau apa saja alasannya padamkan terus dari fikiran. Sentiasa cari jalan bagaimana untuk mula bertindak dan bergerak walaupun hanya setapak sahaja.
#4. Sentiasa salahkan orang lainIni juga amat kerap berlaku pada hampir semua orang yang tak bergerak maju. Semua orang salah kat muka bumi ini selain dari diri sendiri. Asyik dia menjadi mangsa sama mangsa orang atau mangsa keadaan.
Untuk mengubahnya, sentiasalah fikirkan satu perkara yang masih dalam penguasaan diri sendiri yang boleh dilakukan segera. Tak perlu nak tunggu orang lain atau nak tunggu keadaan berubah untuk melakukan sesuatu.
Hanya dengan menjadi manusia yang bertanggung jawab penuh terhadap dirinya sendiri sahaja, kita akan maju ke hadapan.
#5. Mat OverBerfikiran seperti Mat Over ini banyak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Biasanya fikiran sebegini ada pada orang yang panas baran dan terlalu mudah beremosi. Perkara mudahpun nak marah berlebihan dan mahu bertindak secara keterlaluan.
Atasinya dengan sentiasa berfikir secara lebih luas. Sentiasa membuat analisa sesuatu keadaan secara objektif untuk pertimbangkan kedudukan sebenarnya.
#6. WaswasIni tak payah nak huraikan lagi. Orang yang terkena masalah fikiran waswas ini akan menyusahkan dirinya sendiri dan kadang kala susahkan orang lain juga. Biasanya ia berpunca dari kekurangan ilmu dan pemahaman terhadap sesuatu perkara dengan cara mencukupi.
Hilangkan segala keraguan dengan sentiasa mencari maklumat untuk lebih faham duduk perkara sebenar.
#7. Pukul rataHanya keranja seekor kambing makan sayur yang ditanam, habis semua kambing dibencinya sampai tak makan daging kambing. Itu juga satu contoh sikap pukul rata.
Ini amat kerap berlaku terutamanya pada usahawan yang sentiasa berurusan dengan manusia. Kerana gagal mendapatkan pekerja yang baik setelah 5 kali ambil dan buang pekerja, habis kesemua 30 juta rakyat Malaysia dikatakan tidak layak berkerja dengannya.
Hilangkan cara berfikir sebegini dengan sentiasa melihat bukti dan maklumat statistik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan.
#8. Gelap fakta” Aku sanggup mati, asalkan hati akau puas setelah berjaya membalas dendam aku padanya ! “, amboi ! sanggup mati !. Berbaloikah mati sebegitu ?. Itu contoh orang yang gelap fakta. Biasanya gelap fakta membuat seseorang jadi ego, degil, bangga diri dan seribu satu macam keburukan lagi.
Usahawan selalu juga hadapi masalah gelap fakta ini. Hasil jualan bisnesnya baru mencecah RM300 ribu setahun dah rasa pandai dan tak perlukan tunjuk ajar orang.
Sebab dia rasa RM300 ribu dah besar sangat. Fakta yang dia tak tahu adalah ramai usahawan lain yang dapat RM5 juta setahun rasa terlalu kecil bisnesnya dan sentiasa mencari mentor untuk belajar.
Berhati-hati dengan fikiran celaruSamada diri saya sendiri mahupun orang lain, biasanya 8 fikiran bercelaru kat atas tu sering memerangkap diri tanpa disedari.
Hanya orang yang sentiasa punya kesedaran yang penuh sahaja mampu keluar dari dilema pemikiran bercelaru seperti kat atas tu. 
Dan tahap sebegitu bukanlah mudah untuk kita capai melainkan dengan latihan sepanjang hidup.
Dalam solat yang kita buat sehari sekurang-kurangnya 5 kali, ada latihan kesedaran diri yang amat hebat. 
Tapi malangnya walaupun dah 40 tahun bersolat, setiap kali solat kita tak sedar, tiba-tiba imam dah bagi salam. Entah apa yang kita melalut sepanjang 4 rakaat itu sangat misteri!.
Sedar diri ertinya sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku samada di sekeling kita mahupun terhadap diri sendiri. 
Orang yang sedar boleh rasakan dirinya sedang marah atau sedang sedih. Malah dia juga sedar dan mampu melihat fikirannya sendiri ang sedang melayang melalut tak tentu hala.
Cara paling mudah untuk kenal pasti bahawa diri kita sedang berfikiran secara bercelaru adalah dengan mendapatkan seorang kawan atau 'coach' atau 'mentor' setiap kali berbincang untuk selesaikan sesuatu masalah.
Orang yang terlatih akan dapat membimbing anda untuk sedar semula kedudukan sebenar sesuatu keadaan dan seterusnya mampu membuat perancangan dan tindakan yang lebih berkesan untuk maju ke hadapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/11/8-jenis-fikiran-bercelaru-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Jenis Mana Yang Kita Pilih Untuk Masa Hadapan

Pemimpin Jenis Mana Yang Kita Pilih Untuk Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 298 hits
Apa yang boleh dijangka akan berlaku pada tahun 2022 Maka akan ramainya nanti umat manusia yang menunggu dan tertunggu tunggu di pelabuhan demi menunggunya bekalan makanan mereka tetapi inilah yang akan bakal berlaku juga pada akhirnya Keta...
Diduga Coba Bunuh Diri Napi Perempuan Di Lapas Kelas Iib Singaraja Tenggak Deterjen

Diduga Coba Bunuh Diri Napi Perempuan Di Lapas Kelas Iib Singaraja Tenggak Deterjen

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 198 hits
Narapidana F merupakan narapidana kasus narkoba pindahan dari Lapas Kerobokan Badung Bali dan divonis 10 tahun dan sudah menjalani masa tahanan selama dua tahun
Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 252 hits
PRN Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Rohaya Abu B...
Gandeng Atlet Hingga Penggemar Kebugaran Under Armour Dorong Wanita Prioritaskan Diri Lewat Kampanye U1st

Gandeng Atlet Hingga Penggemar Kebugaran Under Armour Dorong Wanita Prioritaskan Diri Lewat Kampanye U1st

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 246 hits
Melalui kampanye U1st Under Armour menggandeng para atlet hingga penggemar kebugaran untuk mengajak para wanita tingkatkan kesadaran menempatkan diri sebagai yang utama
Kasus Istri Marahi Suami Valencya Ungkap Coba Bunuh Diri Hingga Minta Keadilan

Kasus Istri Marahi Suami Valencya Ungkap Coba Bunuh Diri Hingga Minta Keadilan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 233 hits
Saya mohon dengan kerendahan hati sebagai seorang ibu sebagai wanita sebagai anak bangsa saya memohon keadilan dan perlindungan yang seadil adilnya Saya percaya masih banyak penegak hukum yang memiliki hati nurani membela yang lemah dan ter...
Hiburan Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

Hiburan Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 254 hits
Walaupun nama penyanyi ini sudah tidak banyak diperkatakan oleh orang ramai seperti dulu namun Mawi selesa dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang ini Menurut Mawi dia beranggapan populariti serta kemasyuran yang diraihnya selepas memenan...
Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 198 hits
Kita harap calon Warisan ini meletakkan jawatan dan undur diri daripada bertanding di PRN Sabah Minta Maaf sahaja tidak cukup lebih lebih lagi apabila Angkatan Tentera Malaysia membuat kenyataan amat terkesan dengan kenyataannya yang mengai...
Tiga Cara Mengelak Daripada Perasaan Berbangga Diri Yang Keterlaluan

Tiga Cara Mengelak Daripada Perasaan Berbangga Diri Yang Keterlaluan

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 282 hits
Tiga Cara Mengelak daripada Perasaan Bangga Diri Yang Keterlaluan Assalamualaikum Sihat ke tu Pernah tak korang rasa berbangga dengan diri sendiri Berbangga dengan pencapaian diri Ehhh tak salah nak berbangga diri tapi jangan pula sampai ke...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik