8 Jam Sebelum Akad Nikah Bakal Suami Dijemput Ilahi Ketika Tidur


KUALA LUMPUR – Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan sebuah pengakhiran yang bahagia. Diijabkabulkan, hidup bersama sebagai suami isteri dan membina masa depan berdua. Namun, sekuat mana pun perancangan manusia, tetap ada takdir Allah SWT yang tidak mampu ditolak. Benarlah, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Baru-baru ini, satu perkongsian menyentuh hati daripada seorang wanita di Threads, @tiyyy771, mengundang sebak ramai. Hari yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya bertukar menjadi episod paling menyayat hati apabila insan tersayang ‘dijemput pulang’ hanya beberapa jam sebelum mereka diijabkabulkan.
Difahamkan, bakal suaminya menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.
“Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang mengenali saya serta menerima jemputan ke majlis perkahwinan saya pada 25/12/2025 nanti.
“Di sini saya nak maklumkan… 8 jam sebelum akad nikah semalam, bakal suami saya iaitu tunang saya (Mohamad Faiz bin Md Rozi) telah menghembuskan nafas terakhir jam lebih kurang 2.00 pagi.
“Arwah meninggal dunia semasa tidur. Allah telah menjemputnya lebih awal. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih,” tulis wanita itu.
“Arwah Janji Nak Jumpa 10 Pagi”
Lebih meruntun perasaan, wanita berkenaan turut berkongsi satu detik yang benar-benar menyayat hati apabila janji arwah tunangnya untuk bertemu pada jam 10 pagi akhirnya tetap tertunai, namun bukan seperti yang diharapkan.
“Arwah janji nak jumpa 10 pagi. Betul-betul kami jumpa tapi kat forensik…”
Katanya, walaupun dalam keadaan pilu, dia sempat melihat senyuman pada wajah jenazah arwah.
“Dia tunaikan janji dia. Jenazah arwah senyum. Arwah janji nak jumpa 10 pagi. Betul-betul kami jumpa tapi kat forensik.”
Dalam perkongsian sama, wanita ini turut mendedahkan bahawa sebelum mereka bertemu, arwah pernah memberitahu ibunya bahawa dia tidak berniat untuk berkahwin dan hanya mahu menjaga ibunya seumur hidup.
“Allah makbulkan doa dia,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dan menitipkan doa agar wanita ini terus kuat menghadapi ujian berat yang menimpanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan insan tersayang bukan perkara mudah, apatah lagi insan yang sepatutnya menjadi teman hidup di masa depan.
Namun, wanita ini memilih untuk reda dan percaya bahawa Allah SWT telah menyusun sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dirancang oleh manusia.
Semoga wanita ini terus diberikan kekuatan dan ketabahan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. – The Malaysian Update
The post 8 Jam Sebelum Akad Nikah, Bakal Suami Dijemput Ilahi Ketika Tidur appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/22/8-jam-sebelum-akad-nikah-bakal-suami-dijemput-ilahi-ketika-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 125 hits
Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan pengakhiran yang bahagia Diijabkabulkan hidup bersama sebagai suami isteri dan membina masa depan bersama Namun dalam kita ...
Mata Amp Hidung Dah Jatuh Isteri Dedah Detik Sayu Face Id Telefon Suami Gagal Berfungsi 40 Hari Sebelum Meninggal

Mata Amp Hidung Dah Jatuh Isteri Dedah Detik Sayu Face Id Telefon Suami Gagal Berfungsi 40 Hari Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 158 hits
Semakin ramai bergantung kepada Face ID sebagai kunci utama telefon namun tidak ramai menyedari teknologi ini mempunyai batasannya terutama apabila ia melibatkan insan tersayang yang telah pergi selamanya Di Threads Zulhilmi Khairuddin berk...
Erra Dedah Hampir 100 Majlis Nikah Diuruskan Suami Bergerak Ikut Kemampuan

Erra Dedah Hampir 100 Majlis Nikah Diuruskan Suami Bergerak Ikut Kemampuan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 154 hits
Penyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan bahawa majlis pernikahan di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang Shah Alam hampir sepenuhnya diuruskan oleh suami Ezwan Zain Menurut laporan mStar Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek 51 m...
Suami Isteri Curi Ikan Cencaru Kicap Dan Pewangi Ketiak Dijel Sehari

Suami Isteri Curi Ikan Cencaru Kicap Dan Pewangi Ketiak Dijel Sehari

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 163 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYATERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang termasuk ikan cencaru kicap dan bir di Mahkamah Majistret Melaka hari ini Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKONMELAKA Sepasang suami isteri dij...
Suami Isteri Masak Berkelah Tepi Lebuh Raya

Suami Isteri Masak Berkelah Tepi Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 144 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan wanita itu memasak di tepi lebuh raya di India semalam XNEW DELHI Sepasang suami isteri di India mengundang kecaman pengguna media sosial apabila mereka dirakam memasak dan berpiknik di tepi sebuah lebuh...
Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 196 hits
Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong KUANTAN 10 Dis Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Kuala Lumpur dekat Kampung Ketar...
Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 181 hits
pada Ahad yang lepas aku suami adha dan mak aku pergi ke adik kawan suami Dah lama betul tak pergi majlis yang buat Bila sampai je terus rasa macam balik ke zaman dulu pinggan tersusun elok lauk datang satu persatu siap ada orang tolong tam...
Kanak Kanak Lemas Dalam Tali Air Ketika Mencari Ikanl

Kanak Kanak Lemas Dalam Tali Air Ketika Mencari Ikanl

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 97 hits
Asrol Awangam hmetro com myPekan Kanak kanak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas dihanyutkan arus tali air sawah di Kampung Permatang Tepung Merchong Nenasi di sini ketika mencari ikan petang semalam Dalam kejadian itu mangsa Muhammad Ali...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Irresistible Hello Fresh Beef And Rice Recipe

Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Malam Berinai Di Hotel

Drama Gadis Kopi