8 Amalan Yang Amat Besar Ganjaran Pahala Dibuat Dalam Masa Seminit Saja




Semakin masa berlalu, semakin umur kita meningkat dan setiap masa yang berjalan, saat demi saat sangat pantas pergi begitu saja. Pasti walau sedikit ada penyesalan dalam diri kita kerana gagal mencari masa dan waktu untuk membuat ibadat kepada Allah SWT.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Pastinya kita selalu merasakan diri kita inilah yang sering tergolong dalam kalangan manusia yang amat rugi seperti firman Allah melalui Surah Al-Asr.

Tetapi, mungkin ada yang tak tahu bahawa ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dan diamalkan untuk mendapat ganjaran pahala yang amat besar. Semua amalan tersebut boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja walau di manapun anda berada.

Semua amalan baik ini boleh dilakukan walaupun ketika itu kita sedang membuat kerja seperti menunggu bas, membaca, sedang berjalan untuk ke mana-mana dan sebagainya mengikut tempat dan keadaan yang sesuai.

8 Amalan Amat Besar Ganjaran Pahala
Berikutnya kami kongsikan beberapa amalan yang baik yang boleh kita lakukan dalam jangka masa seminit atau sekurang-kurangnya beberapa minit tetapi diberikan ganjaran yang cukup besar oleh Allah SWT.

1. Membaca Surah Al-Ikhlas



Dalam masa seminit sahaja kita boleh membaca sehingga lebih dari 10 kali Surah Al-Ikhlas. Surah ini sangatlah mudah untuk diingat dan dihafal malah ia juga amat popular dibaca ketika dalam solat apabila kita ingin cepat mengejar masa. Rasulullah SAW bersabda ;

"Sesiapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." - Hadis Riwayat Ahmad

Mulai sekarang, jadikan membaca bacaan surah Al-Ikhlas sebagai rutin atau amalan untuk mengisi masa lapang, Insya Allah, kita akan dikurniakan rumah yang indah di Syurga nanti.

2. Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW



Kita sememangnya amat digalakkan untuk selalu berselawat kepada Rasulullah kerana setiap selawat yang kita ucapkan, Allah akan memberikan 10 kali salam terhadap kita. Salam yang membawa maksud dirahmati hidup kita, dipermudahkan segala urusan dan sebagainya.

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya sebanyak 10 kali ganda." - Hadis Tiwayat Muslim

Dalam jangka masa satu minit kita mampun untuk berselawat melebihi dari 30 kali atau sekiranya kita mengucapkan selawat pendek, ia juga boleh mencecah sehingga lebih dari 100 kali mengikut anggaran.

3. Istighfar Memohon Keampunan Allah



Apabila setiap kali kita beristigfar, Allah akan memberikan kelapangan, kegembiraan dan dimurahkan rezeki yang tak disangka-sangka sepertimana satu hadis baginda Rasulullah SAW ;

"Barangsiapa yang sering beristighfar, maka Allah akan berikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." - Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

Dalam masa satu minit saja kita mampu beristighfar lebih kurang dalam 30 kali dengan penghayatan yang penuh atau pun sekadar lafaz yang ringkas iaitu "Astaghfirullah Hal Adzim," yang boleh kita lafaz dalam anggaran 100 kali.

4. Bertanya Khabar Ahli Keluarga



Dengan kemudahan yang tersedia pada zaman sekarang seperti media sosial, kita hanya memerlukan masa satu minit saja untuk bertanya khabar seluruh ahli keluarga yang ada. Sama ada pesanan SMS atau melalui Whatsapp kita sudah boleh mendapat berita tentang keluarga tersayang dengan cepat.

Tindakan bertanya khabar keluarga selain ibu bapa iaitu adik-beradik atau ahli keluarga terdekat, ia telah dikira sebagai menghubungkan silaturahim sesama keluarga yang amat digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda ;

"Barang siapa yang suka diperluaskan rezekinya dan ditangguhkan saat kematiannya, hendaklah ia menyambungkan silaturahim." - Hadis Riwayat Bukhari

5. Lafaz Tasbih



Sepertimana sabda Rasulullah SAW ;

"Dua kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu 'Subhanallah Wa Bihamdihi, Subahanallah Hil Adzim." - Hadis Riwayat Muslim

Dengan melafazkan dua kalimah yang teramat mudah ini, ia mampu membantu kita ketika berada di Hari Akhirat nanti yang mana semua amalan kita dikira dan ditimbang satu persatu. Malahan kita juga amat disukai oleh Allah SWT dan dalam seminit kita boleh lafazkan tasbih ini dianggarkan 50 kali.

6. Mengakui Semua Kejadian Kehendak Allah SWT



Kalimat yang amat ringkas ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan manfaat yang sangat luar biasa. Biasanya ayat ini kita hanya lafazkan ketika terdengar guruh berdentum di langit, tetapi Rasulullah SAW ada bersabda ;

"Wahai Abdullah bin Qois, katakanlah "Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah," kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga." - Hadis Riwayat Bukhari

Cuba bayangkan, dengan hanya lafaz ringkas dan mudah ini, ia boleh menjadi sebagai satu simpanan pahala yang sangat berharga di Syurga Allah. Dalam masa satu minit, dianggarkan kita mampu melafazkan kalimat ini dalam 30 kali.

7. Mendoakan Kebaikan Untuk Orang Lain



Dengan menggunakan masa hanya satu minit, kita boleh berdoa untuk sesiapa saja, Insya Allah, Allah akan memberikan atau memenuhi permintaan yang sama untuk diri kita sepertimana doa kita terhadap orang lain itu.

Sebagai contoh, anda terserempak dengan seorang pengemis atau peminta sedekah, seterusnya anda berdoa kepada Allah, "Ya Allah, kau murahkanlah rezeki lelaki atau wanita ini," insya Allah kita turut sama dimurahkan rezeki.

Bermula daripada sekarang, jangan sekali-kali kita lupa untuk mendoakan kebaikan dan kebahagiaan orang lain. Nabi Muhammad SAW telah bersabda ;

"Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki atau pun perempuan, nescaya Allah akan memberikan pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang telah didoakannya." - Hadis Riwayat Al-Thabarani

Baca : 7 Amalan Yang Pahalanya Berterusan Tanpa Henti

8. Menyebarkan Kebaikan Kepada Sesiapa Saja



Zaman sekarang semua berita atau maklumat tentang kebaikan, segalanya di hujung jari saja. Setiap satu kebaikan dan info berguna yang kita sebarkan dan orang lain mendapat manfaat darinya serta orang lain turut sebarkan apa saja kebaikan berkenaan, kita pasti dapat juga pahala berterusan.

Sepertimana yang Nabi Muhammad SAW bersabda ;

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun." - Hadis Riwayat Muslim

Sebagai contoh yang mudah, dalam jangka masa seminit kita boleh berkongsi artikel ini kepada kawan-kawan Facebook anda dan apabila mereka turut sama menyebarkan info ini, anda juga mendapat manfaatnya dan malah semakin bertambah semakin banyak.

Kesimpulan

Sekarang semuanya terpulang pada diri kita sendiri sama ada ingin mengamalkan 8 amalan yang akan dapat ganjaran pahala yang luar biasa tersebut. Sekiranya kita pandai mengisi masa yang terluang dengan amalan-amalan ini, insya Allah, kita pastinya akan dapat merasai satu demi satu perubahan yang besar dalam kehidupan kita.

Amalan-amalan yang dikongsikan ini juga adalah satu bukti bahawasanya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya dengan berikan ganjaran pahala yang besar dan luar biasa walaupun amalan-amalan tersebut sangat mudah untuk dilakukan.

Pesan Nabi Muhammad SAW ; "Sampaikanlah dariku walau satu ayat dan setiap kebaikan itu adalah sedekah." Jadi, jika anda kongsikan perkongsian ini kepada sesiapa saja, ia juga adalah sebahagian daripada sedekah dan dakwah. Insya Allah, dengan izin Allah pasti ramai yang dapat manfaat daripada perkongsian ini.

Semoga perkongsian 8 amalan-amalan yang amat besar ganjaran pahala yang dikurniakan Allah kepada kita dapat kita amalkan dan dijadikan amalan harian sampai bila-bila sehingga ke anak cucu. Semoga bermanfaat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/02/8-amalan-yang-amat-besar-ganjaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1237 hits
Kisah Pulau Besar Melaka pulau hajat tempat amalan khurafat syirikDitulis oleh AausHallu sayang sayang sekalian Pernah tak korang dengar pasal Pulau Besar kat Melaka Ramai datang sini semata mata untuk buat benda khurafat syirik kisah pulau...
Xiaomi Mengutip Sebanyak Rm118 Juta Dalam Masa Seminit Untuk Jualan Mi 10

Xiaomi Mengutip Sebanyak Rm118 Juta Dalam Masa Seminit Untuk Jualan Mi 10

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 246 hits
https ift tt 2OTm7Z4 Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah mula dilancarkan semalam dan tempahan di China juga sudah bermula Ia adalah peranti mercu kedua tahun ini yang dijana dengan Snapdragon 865 selepas Samsung Galaxy S20 Harga jualan Mi 10 ...
Rambut Gugur Teruk Lepas Ambil Suntikan Ivf Wanita Ini Ambil Masa Hanya Sebulan Untuk Dapatkan Semula Rambut Lebatnya

Rambut Gugur Teruk Lepas Ambil Suntikan Ivf Wanita Ini Ambil Masa Hanya Sebulan Untuk Dapatkan Semula Rambut Lebatnya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 188 hits
Bagi kaum wanita rambut bagaikan mahkota yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi Kalau kita lihat di pasaran sahaja pelbagai jenis produk penjagaan rambut untuk wanita dan ini membuktikan rambut aset utama untuk dijaga Ada sebuah kisah...
Remaja Luang Masa 2 Jam Tulis Perkataan Abam Beribu Kali Sehingga Terhasil Potret Arwah

Remaja Luang Masa 2 Jam Tulis Perkataan Abam Beribu Kali Sehingga Terhasil Potret Arwah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 366 hits
Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah meninggal dunia pada 10 Februari merupakan seorang pelawak pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey Terbaru seorang remaja lelaki yang be...
Gaya Hidup Masa Kini Bisa Picu Munculnya Masalah Saraf Terjepit

Gaya Hidup Masa Kini Bisa Picu Munculnya Masalah Saraf Terjepit

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 198 hits
Menurut dokter spesialis ortopedi Rumah Sakit Hasan Sadikin Ahmad Ramdan nyeri pinggang merupakan keluhan yang sering didapatkan pada pasien yang berobat ke RSHS yang disebabkan oleh HNP Jumlah penderita HNP semakin meningkat seiring dengan...
Najib Di Dua Tempat Masa Sama

Najib Di Dua Tempat Masa Sama

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 295 hits
Misteri Nusantara tentang keberadaan DS Najib di dua tempat dalam satu masa Semalam DS Najib berkongsi satu pernyataan saksi kes beliau iaitu Abang Jamil Khir Abang Jamil menyatakan bahwa satu mesyuarat tidak rasmi telah diadakan di antara ...
Bagi Mereka Yg Tidak Berminat Anwar Pm Masa Masih Ada Sehingga Nov 2020 Untuk Rancang Sesuatu

Bagi Mereka Yg Tidak Berminat Anwar Pm Masa Masih Ada Sehingga Nov 2020 Untuk Rancang Sesuatu

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 324 hits
Muafakat Nasional bukanlah satu khabar angin SD 138 juga bukan sesuatu yang tidak ada asasnya Cadangan Usul PAS sokong Tun di Dewan Rakyat buat musuh dalam selimut Mahathir terancam Ketiga tiganya hanya spontan bagi mengekang desakan Tun be...
Anda Nak Buat Blog Sendiri Tapi Takda Masa

Anda Nak Buat Blog Sendiri Tapi Takda Masa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 379 hits
Anda nak ada blog sendiri Ramai yang mahu buat blog sendiri kerana ada bebas menulis apa sahaja minat anda atau tempat anda syer sebarang ilmu dan sebagai tapak menjalan perniagaan online Tun Mahathir sendiri mempunyai blog iaitu dan setiap...
10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 271 hits
Saat ini teknologi semakin berkembang Perkembangan teknologi sudah banyak mengubah berbagai aspek kehidupan manusia Penggunaan teknologi yang semakin maju membuat beberapa pekerjaan terancam hilang di masa depan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu