78 Senarai Ejaan Yang Betul Dalam Bahasa Melayu Yang Sering Kita Keliru
Assalamualikum lama membiarkan tanpa khabar, Insha-Allah keadaan sudah banyak berubah begitu juga tetapi ia tidak menghalang untuk terus berkarya. Baru-baru ini, acik terlibat dengan kursus penulisan dan rupanya banyak penggunaan Bahasa Melayu yang kurang tepat yang kita gunakan seharian terutama daripada dari segi ejaan.
Mari kita pelajari sedikit sebanyak tentang ejaan yang betul.
EJAAN YANG KELIRU
EJAAN SALAH
EJAAN BETUL
Antara bangsa atau antarabangsa
Antara Bangsa
Antarabangsa
Analisa atau analisis
Analisa
Analisis
Baru atau baharu
Kata “baru” dan “baharu”
kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat.
Bandaraya atau bandar raya
Bandaraya
Banda Raya
Aturcara atau atur cara
Aturcara
Atur cara
Biadap atau biadab
Biadap
Biadab
Berbahaya atau merbahaya
Merbahaya
Berbahaya
Bumiputra atau bumiputera
Bumiputra
Bumiputera
Chef atau cef
Chef
Cef
Cop nama atau cap nama
Cop nama
Cap nama
Di mana atau dimana
Dimana
Di mana
Efisen atau efisyen
Efisen
Efisyen
InshaAllah atau Insya-Allah
InsyaAllah
Insya-Allah
Istirehat atau istirahat
Istirehat
Istirahat
Garfu atau garpu
Garfu
Garpu
Kerinting atau keriting
Kerinting
Keriting
Komersial atau komersil
Komersil
Komersial
Komisyen atau komisen
Komisyen
Komisen
Kuetiaw atau kuey tiaw atau
kuetiau
Kuetiaw dan kuey tiaw
Kuetiau
Lebuhraya atau lebuh raya
Lebuhraya
Lebuh raya
Losyen atau losen
Losyen
Losen
Mahsyur atau masyhur
Mahsyur
MahsHur
Maksima atau maksimum
Maksima
Maksimum
Mentua atau mertua
Mertua
Mentua
Mithali atau misali
Mithali
Misali
Motorsikal atau motosikal
Motorsikal
Motosikal
Murtabak atau martabak
Murtabak
Martabak
Peha atau paha
Peha
Paha
Pelan atau plan
Plan
Pelan
Penjarakan atau penjarakkan
Penjarakkan
Penjarakan
Ejen atau agen
Kedua-dua ejaan betul tetapi
membawa maksud yang berlainan.
Agen
bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas dan ejen
bermaksud orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang
lain.
Lagenda atau legenda
Lagenda
Legenda
Pensil atau pensel
Pensil
Pensel
Profil atau profail
Profail
Profil
Ramadhan atau Ramadan
Ramadhan
Ramadan
Rebet atau rebat
Rebet
Rebat
Rumahtangga atau rumah tangga
Rumahtangga
Rumah tangga
Pasaraya atau pasar raya
Pasaraya
Pasar raya
Prihatin atau perihatin
Perihatin
Prihatin
Protin atau protein
Protein
Protin
Respons atau respon
Respon
Respons
Roti prata atau roti perata
Roti prata
Roti perata
Sekaligus atau sekali gus
Sekaligus
Sekali gus
Serunding atau serondeng
Serunding
Serondeng
Silaturahim atau silaturrahim
Silaturrahim
Silaturahim
Spagheti atau spageti
Spagheti
Spageti
Spesis atau spesies
Spesis
Spesies
Stoking atau stokin
Stokin
Stoking
Tandatangan atau tanda tangan
Tanda tangan
Tandatangan
Tengahari atau tengah hari
Tengahari
Tengah hari
Tidak berbelah bagi atau tidak
berbelah bahagi
Kedua-duanya boleh digunakan
Daging cincang atau daging
cencang
Cincang dan cencang mempunyai
maksud yang sama. Jadi kedua-duanya adalah betul
E-mel atau Emel atau Email
Emel atau Email
E-mel
Ramadhan atau Ramadan
Ramadhan
Ramadan
Zohor atau Zuhur
Zohor
Zuhur
Redha atau Reda
Redha
Reda
Riak atau Riyak
Riak
Riyak
Taqwa atau Takwa
Taqwa
Takwa
Taksub atau Taasub
Taksub
Taasub
Aidil fitri atau Aidilfitri
Aidil fitri
Aidilfitri
Yassin atau Yasin
Yassin
Yasin
Tahyul atau Tahayul
Tahyul
Tahayul
Serondeng atau serunding
serunding
Serondeng
Suun atau suhun
suhun
Suun
susyi atau sushi
sushi
Susyi
putu mayang atau putu mayam
putu mayam
putu mayang
mi atau mie
Mie, mee
mi
sate atau satay
satay
Sate
muruku atau maruku
maruku
Muruku
marjerin atau majerin
majerin
marjerin
Ishak atau Isyak
Ishak
Isyak
Sharak atau Syarak
Sharak
Syarak
Shawal atau Syawal
Shawal
Syawal
Shok atau Syok
Shok
Syok
Walaubagaimanapun atau walau
bagaimanapun
Walaubagaimanapun
Walau bagaimanapun
sama-sama kita belajar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2023/04/78-Senarai-Ejaan-Yang-Betul-Dalam-Bahasa-Melayu-Yang-Sering-Kita-Keliru.html