75 000 Bakal Graduan Dijangka Terkesan Covid 19


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjangkakan 75,000 bakal graduan negara ini, akan terkesan daripada kemelesetan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.
Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata jangkaan dikukuhkan lagi dengan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kadar pengangguran negara ini mengalami peningkatan mendadak daripada 3.3 peratus pada Februari kepada 3.9 peratus pada Mac lalu.
Justeru itu, katanya kerajaan mahu agenda keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diperkasa serta diberi pengisian baharu bagi melahirkan graduan memiliki ketahanan minda untuk mengharungi dunia kerjaya yang semakin mencabar.
“Antara ikhtiar menyelesaikan masalah ini adalah IPT perlu menyemak semula kurikulum dan program akademik masing-masing supaya dimensi keusahawanan dapat di arus perdanakan.
“Selain itu, saya juga mengharapkan kementerian dapat mengambil inisiatif menggandakan fasilitasi kepada graduan supaya mereka mendapat kemahiran baharu atau meningkatkan kemahiran sedia.
“IPT juga perlu menumpukan usaha membuat padanan dengan kekosongan jawatan dalam industri. Usaha ini boleh dijayakan melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, institusi atau mana-mana badan berkaitan,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Kementeriannya, di sini hari ini.
Perhimpunan bulanan yang pertama kali diadakan sejak Noraini menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi itu, disiarkan secara langsung menerusi Facebook KPT.
Noraini berkata, ketika Malaysia kini beransur pulih daripada wabak COVID-19, kementeriannya berusaha mengukuhkan ekosistem pengajian tinggi bagi memastikan masa hadapan negara lebih bermakna.
“Kita sedang menyusun satu anjakan baru kementerian yang diharap dapat membina sebuah generasi yang lebih cemerlang dan berdaya saing supaya Malaysia yang kita cintai ini, gemilang dengan produk pengajian tinggi yang hebat dan graduan yang berkualiti,” katanya.
Dalam ucapannya, Noraini turut menyenaraikan beberapa kejayaan beliau bersama pasukannya selepas 100 hari menjadi Menteri Pengajian Tinggi.
“Satu inisiatif besar yang dilakukan ialah misi hantar pulang pelajar ke kampung masing-masing. Mungkin ada yang bertanya, apa masalahnya dalam menghantar pelajar IPT pulang?
“Saya ingin nyatakan di sini bahawa cadangan menghantar pelajar pulang ini dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.
“Ketika aktiviti merentas negeri masih dilarang dan pergerakan keluar dari kampus tidak dibenarkan. Jumlah pelajar yang terbabit pula adalah besar, hampir mencecah 60,000 orang.
“Destinasi penghantaran mereka pulang meliputi segenap pelosok tanah air dan sebahagian besarnya perlu menyeberangi Laut Cina Selatan,” katanya.
Noraini berkata, urusan itu tentunya memerlukan perancangan yang teliti, peruntukan kewangan yang mencukupi, penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif, pemantauan yang rapi dan pembabitan strategik pelbagai agensi kerajaan.
Katanya, di sebalik segala kepayahan itu, sehingga 4 Jun lalu pihaknya berjaya menghantar 57,565 pelajar menggunakan 1,860 bas dan 137 penerbangan.
Selain kejayaan menghantar pulang pelajar, KPT turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan melalui perkongsian kepakaran dan fasiliti dalam melaksanakan ujian saringan dan rawatan COVID-19.
“Sehingga 17 Jun lalu, Hospital Pengajar Universiti (HPU) berjaya membantu KKM dengan membuat 49,542 ujian saringan serta mengendalikan seramai 2,780 pesakit di bawah pemantauan (PUI) dan 508 pesakit yang positif COVID-19.
“KPT turut menawarkan kemudahan dan fasiliti bersesuaian seperti Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk digunakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai pusat kuarantin yang menempatkan seramai 661 individu sepanjang PKP,” katanya.
BH
The post 75,000 bakal graduan dijangka terkesan COVID-19 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/07/75000-bakal-graduan-dijangka-terkesan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amerika Syarikat Catat Lebih 50 000 Kes Baru Covid 19 Sehari Untuk 2 Hari Berturut Turut

Amerika Syarikat Catat Lebih 50 000 Kes Baru Covid 19 Sehari Untuk 2 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 385 hits
Amerika Syarikat merekodkan dua hari berturut turut dengan kes baharu jangkitan COVID 19 melebihi 50 000 kes Pada 2 Julai negara itu merekodkan angka kes baharu 52 156 kes Brazil juga menunjukan peningkatan kes pada 2 Julai dengan kes bahar...
Covid 19 Angka Korban Dunia Lebih 522 000

Covid 19 Angka Korban Dunia Lebih 522 000

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 261 hits
PARIS Sekurang kurangnya 522 246 kes maut akibat COVID 19 direkodkan di seluruh dunia sejak virus itu dilaporkan di China Disember lalu Turut dianggarkan sekurang kurangnya 10 922 300 kes jangkitan dilaporkan di 196 negara dan wilayah denga...
Kematian Covid 19 Di Brazil Melepasi 65 000

Kematian Covid 19 Di Brazil Melepasi 65 000

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 285 hits
Kematian Covid 19 di Brazil melepasi 65 000 Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Jul 2020 3 30PM
1 000 Lot Niaga Bagi Golongan Muda Dan Yang Hilang Pekerjaan Akibat Covid 19

1 000 Lot Niaga Bagi Golongan Muda Dan Yang Hilang Pekerjaan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 269 hits
KOTA BHARU 27 Jun Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan 1 000 lot perniagaan baharu seperti kios dan trak makanan kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat wabak COVID 19 mulai bulan hadapan Menteri berkenaan Ta...
More Than 220 Police Dead From Covid 19 In Peru 15 000 Infected

More Than 220 Police Dead From Covid 19 In Peru 15 000 Infected

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 236 hits
At least 223 police officers in Peru have died after contracting the coronavirus while enforcing one of South America s longest lockdowns the interior ministry announced Tuesday We have to date 223 police dead and 15 500 infected Interior M...
Brazil Lapor Lebih 42 000 Kes Baharu Covid 19

Brazil Lapor Lebih 42 000 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 270 hits
Brazil lapor lebih 42 000 kes baharu Covid 19 Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jun 2020 3 00PM
Kes Positif Covid 19 Dijangka Sifar Pertengahan Julai

Kes Positif Covid 19 Dijangka Sifar Pertengahan Julai

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 300 hits
PUTRAJAYA Kes jangkitan Covid 19 di Malaysia dijangka mencatatkan pencapaian sifar sekitar pertengahan Julai depan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan keyakinan unjuran itu mampu dicapai jika rakyat Malaysia ke...
Kes Covid 19 Indonesia Lepasi 50 000

Kes Covid 19 Indonesia Lepasi 50 000

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 267 hits
Kes Covid 19 Indonesia lepasi 50 000 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Jun 2020 11 00PM
Australia S Qantas Cuts 6 000 Jobs Over Covid Impact

Australia S Qantas Cuts 6 000 Jobs Over Covid Impact

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 244 hits
The coronavirus pandemic has forced Qantas to cancel nearly all its international flights until at least October and slash domestic routes 8211 AFP photo Australia 8217 s Qantas is cutting 6 000 staff and grounding 100 planes for up to a ye...
Flyz Media Sosial Alternatif Facebook Gaya Tempatan

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Ringgit Closes Out 2024 As Top Performer Among Major Asian Currencies

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

Doa Malam 1 Rajab

Dua Anggota Polis Cedera Dirempuh Kereta Dipandu Wanita Warga Singapura Yang Membawa Dadah

Ubat Tahan Sakit Urat Cara Penggunaan Yang Betul


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Voice Commerce For E Commerce

Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

Lepas 2 Bulan Vivy Akan Buat Umrah Dan Berlaku Sekarang Hahahahaha

Blog Semakin Terabai