73 Amaran Akibat Gagal Tukar Harga Minyak Masak Botol


Oleh SUBKHI SUDARJI MENURUT KPDNHEP, harga runcit maksimum bagi minyak masak botol yang ditetapkan ialah RM6.70 (1 kg); RM12.70 (2 kg); RM18.70 (3 kg) dan RM29.70 (5 kg). – UTUSAN/ZAID MOHD. NOORPUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan sebanyak 73 amaran kepada peniaga yang didapati gagal membuat perubahan harga minyak masak sawit tulen botol 1 kilogram (kg) hingga 5 kg.
Jumlah itu adalah daripada 981 pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis-premis runcit di seluruh negara sejak 1 Ogos hingga semalam bertujuan memastikan peniaga mematuhi Perintah Kawalan Harga (Penentuan Harga Maksimum) (NO.6) 2021.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, konsep penguatkuasaan harga maksimum ini adalah sebagai penanda aras atau harga siling kepada peniaga agar tidak menjual melebihi harga maksimum ditetapkan.
“Konsep ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengawal situasi kenaikan harga yang tidak terkawal terhadap barang keperluan tertentu rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata, pendekatan pemeriksaan dilaksanakan dengan mengambil tindakan kes di bawah peruntukan Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata, penalti sehingga RM100,000 boleh dikenakan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya kepada individu jika sabit kesalahan di mahkamah atau dikompaun sehingga RM50,000.
“Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.
Sebagai maklumat kepenggunaan, Azman berkata, orang ramai boleh membezakan antara minyak masak sawit tulen dengan campuran melalui label yang ditandakan pada botol minyak masak sawit.
“Minyak masak sawit tulen akan dilabel sebagai ‘minyak masak tulen’, ‘minyak masak sawit’, ‘minyak sayuran’ atau ‘minyak sawit bertapis’.
“Bagi minyak masak sawit campuran dilabelkan sebagai ‘minyak masak campuran’ atau ‘minyak masak sebatian’, jelasnya.
Sementara itu, Azman berkata, pihak kementerian menyambut baik mana-mana peniaga yang menawarkan untuk menjual minyak masak tulen botol pada harga lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan.
Beliau berkata, menerusi pemeriksaan sama yang dijalankan pihaknya didapati sejumlah 563 premis menjual minyak masak sawit tulen botol pada harga lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan.
“KPDNHEP menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang khususnya melibatkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran,” katanya.
Aduan boleh dibuat di beberapa saluran antaranya portal e-aduan.kpdnhep, e-mel [email protected], Call Centre 1-800-886-800 dan WhatsApp 019-2794317. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/73-amaran-akibat-gagal-tukar-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Runcit Minyak Masak 5kg Tak Lebih Rm30 Mulai 1 Ogos

Harga Runcit Minyak Masak 5kg Tak Lebih Rm30 Mulai 1 Ogos

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 310 hits
Komitmen kerajaan bantu rakyat ringankan kos sara hidup PUTRAJAYA Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos ini dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di baw...
Harga Maksimum Minyak Masak Berkuatkuasa 1 Ogos Ini

Harga Maksimum Minyak Masak Berkuatkuasa 1 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 256 hits
PUTRAJAYA Harga runcit maksimum baharu bagi minyak masak sawit tulen dijual dalam botol akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos ini Sehubungan dengan itu harga runcit maksimum minyak masak sawit ditetapkan bagi botol lima kilogram ialah RM29 70 boto...
Kerajaan Tetapkan Harga Runcit Maksimum Minyak Masak

Kerajaan Tetapkan Harga Runcit Maksimum Minyak Masak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 154 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata langkah itu menjamin harga minyak masak tanpa mengira kedudukan harga sawit semasa PUTRAJAYA Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam k...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Ogos 2021

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Ogos 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 315 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Ogos 2021 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu bagi bulan Ogos tahun 2021 Untuk info sebelum ini KERAJAAN PH telah membuat penetapan harga...
Arab Saudi Mendorong Kenaikan Harga Minyak

Arab Saudi Mendorong Kenaikan Harga Minyak

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 313 hits
Langkah Arab Saudi untuk menaikkan harga minyak boleh memakan diri kerana AS dan Rusia menawarkan alternatif pada harga yang lebih kompetitif Baru baru ini Saudi Aramco menaikkan harga gred sederhana dan berat Arabnya sebanyak 20 30 sen set...
Akibat Mood Down Dan Malas Masak Terpaksa Beli Lauk Lagi

Akibat Mood Down Dan Malas Masak Terpaksa Beli Lauk Lagi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum Hi korang Nampaknya minggu ni bukan main lagi malas masaknya untuk dinner malam ni tadi SA beli lagi lauk kat kedai tomyam berdekatan melalui Foodpanda ntah apa la yang merasuk ni mesti sebab dah muak makan masakan sendiri 2...
Harga Terkini Police Safety Work Boot

Harga Terkini Police Safety Work Boot

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 465 hits
Safety boot untuk pekerja industri dilapangan kejuruteraan Kasut keselamatan yang berkualiti dapat melindungi kaki kita daripada tertusuk benda tajam atau tersepak benda yang keras Oleh itu pemilihan kasut keselamatan yang sesuai patut diti...
Harga Renew Lesen Di Pejabat Pos Jpj 2021 Semakan Kadar Bayaran Pembaharuan Semua Jenis Lesen

Harga Renew Lesen Di Pejabat Pos Jpj 2021 Semakan Kadar Bayaran Pembaharuan Semua Jenis Lesen

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 945 hits
HARGA RENEW LESEN Di PEJABAT POS JPJ 2021 SEMAKAN KADAR BAYARAN PEMBAHARUAN SEMUA JENIS LESEN Semestinya anda mengetahui bahawa lesen memandu mempunyai tempoh sah Oleh itu anda mesti segera memperbaharui lesen memandu sebelum tempoh sah tam...
Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga

Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 391 hits
Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo Nak Tahu Berapa Harga Legenda sukan basikal trek tanah air Dato Muhammad Azizulhasni Bin Awang merupakan antara harapan negara untuk membawa pibgat di Sukan Olimpik yang sedang berlangsun...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago

Jawab Persoalan Ramai Lisa Bp Sahkan Hubungan Dengan Ceo Kaya Fr D Ric Arnault