71 Warga Asing Langgar Akta Jpj


Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM  AZMIL Zainal Adnan (kiri) bersama seorang pegawai JPJ memeriksa motosikal milik warga asing yang diubah suai untuk mengutip barangan lusuh dalam operasi khas jabatan itu di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/BAAZLAN CHE IBRAHIM JOHOR BAHRU: Seramai 71 pemandu warga asing ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atas pelbagai kesa­lahan dalam operasi khas yang diadakan sejak Isnin lalu.
Pemangku Pengarah JPJ nege­ri, Azmil Zainal Adnan berkata, sebanyak 251 notis turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.
Katanya, kesemua yang ditahan membabitkan 37 warga Rohingya, Pakistan (25), Bangladesh (enam) dan India (tiga) sepanjang operasi khas Pemandu Warga Asing (Pewa) dijalankan.
“Hasil risikan yang dijalankan selama sebulan mendapati pemandu warga asing memandu kenderaan tanpa lesen yang sah termasuk membawa motosikal yang telah diubah suai menjadi kenderaan tiga roda bagi tujuan mengutip atau membawa barangan lusuh.
“Kawasan Kempas merekodkan jumlah tertinggi tangkapan warga asing yang membawa motosikal beroda tiga bagi me­lakukan kegiatan tersebut.
“Terdapat juga mereka yang membawa kenderaan perkhidmatan barangan seperti van dan lori bagi tujuan perniagaan seperti menghantar pesanan barangan dan sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Seramai 31 orang pegawai dan anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi khas tersebut yang dijalankan sekitar bandar raya ini.
Azmil memberitahu, seba­nyak 130 buah kenderaan telah diperiksa dan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pemilik kenderaan juga dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya membenarkan warga asing ini menggunakan kenderaan milik mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
“JPJ memandang serius perkara ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/71-warga-asing-langgar-akta-jpj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Pegawai Trafik Setelah Lari Dari Sekatan Seorang Warga Indonesia Ditahan

Langgar Pegawai Trafik Setelah Lari Dari Sekatan Seorang Warga Indonesia Ditahan

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 293 hits
Dua hari lepas tular sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta Proton Wira yang melarikan diri lalu merempuh seorang pegawai polis setelah ditahan di satu sekatan jalan raya di Persiaran Mokhtar Dahari Shah Alam Difahamkan kenderaan berke...
Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 224 hits
Sekiranya warga asing ingin menunaikan Solat Jumaat di semua masjid dekat Terengganu mereka perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu Walaupun JHEAT sudah membenarkan semua aktiviti agama diadakan kembali di semua surau dan masjid langkah...
Kerajaan Sekat Pas Jangka Panjang Warga Asing

Kerajaan Sekat Pas Jangka Panjang Warga Asing

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 298 hits
HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR Kerajaan menyekat kemasukan pemegang pas jangka panjang membabitkan warga asing bermula 7 September ini Menteri Kanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan tersebut dilakukan ekoran kenaikan mendadak kluster...
Kerajaan Patut Bendung Kemasukan Warga Asing

Kerajaan Patut Bendung Kemasukan Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 223 hits
Kenyataan ini amat saya setuju perlu ambil perhatian terutama orang orang politik dan mereka yang suka bercuti di tempat awam Masyarakat alpa tak endah SOP kata Noor HishamHAMDAN TAHAKerajaan kena hentikan kemasukan bukan warga asing ke neg...
Kementerian Dalam Usaha Ganti Warga Asing Dengan Orang Asli Di Ladang Sawit

Kementerian Dalam Usaha Ganti Warga Asing Dengan Orang Asli Di Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 215 hits
MALAYAIAKINIKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam usaha menggantikan pekerja warga asing di ladang kelapa sawit dengan rakyat tempatan yang terdiri daripadan Orang Asli Menterinya Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perbinca...
Langgar Kuarantin Jurutera Warga England Dipenjara 2 Hari Denda Rm5 000

Langgar Kuarantin Jurutera Warga England Dipenjara 2 Hari Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 271 hits
Jurutera warga England John Alan Forsyrh didapati tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan melanggar peruntukan Seksyen 22 akta sa...
Mayat Warga Asing Dipercayai Mati Dibunuh Ditemui

Mayat Warga Asing Dipercayai Mati Dibunuh Ditemui

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 319 hits
Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai Seri Kembangan di sini semalam Mayat lelaki dipercayai warga asing itu dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu...
Enam Warga Asing 13 Gro Vietnam Dicekup Ingkar Pkpp

Enam Warga Asing 13 Gro Vietnam Dicekup Ingkar Pkpp

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Seramai 19 warga asing termasuk 13 wanita Vietnam disyaki pelayan khidmat pelanggan ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuchai Entrepreneurs Park awal pagi tadi Dalam serbuan jam 2 45 pagi itu polis turut menahan 31 pengunjung k...
Sepekan Modal Asing Sudah Kabur Rp4 64 Triliun

Sepekan Modal Asing Sudah Kabur Rp4 64 Triliun

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 208 hits
Bank Indonesia mencatat masih adanya aliran modal asing yang ke luar Direktur Eksekutif Komunikasi BI Onny Widjarnako mengatakan pasar keuangan domestik melakukan aksi jual neto sebesar Rp4 64 triliun Rinciannya pasar saham investor asing m...
Affordable Background Checks Verisafe S Promise

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Pun Perlu Cuci Mulut Jangan Tunggu Gigi Tumbuh

Last Minute Father S Day Quick And Easy Personalized Gift Ideas

Semakin Kamu Kenal Aku Semakin Banyak Kekuranganku Jadilah Pelengkap Hidupku

Dari Kuala Lumpur Transit Ke Doha Dengan Qatar Airways

Menginap Tiga Malam Di Apa Hotel Keisei Ueno Ekimae Ueno Taito City Tokyo

Bubble Bobble