7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Apalah hidup kita tanpa warna hanya hitam putih warna kehidupan. Bayangkan tengok tengok hitam putih macam cerita P.Ramlee tu, mesti kurang seronok tengok kan. Warna sebenarnya memberikan kesan pada kehidupan kita dan setiap warna tu ada auranya tersendiri.
Sama jugalah dengan warna cat dalam rumah yang mampu mengubah suasana dan ruang dalam rumah. Nak cat rumah warna apa ye? Selalu kita akan rasa macam buntu nak memilih warna tema atau warna cat apa yang sesuai dengan rumah kita. Nak ikut warna kegemaran kita atau nak ikut aura mood warna tu sendiri atau ikut warna cat rumah orang.
Kadangkala kita nampak cantik cat rumah orang tapi bila cat rumah kita dengan warna yang sama, jadi tak berapa cantik. Sebenarnya nak mengecat ni kena fikirkan faktor saiz ruang, cahaya, persekitaran, suasana dan lain-lain lagi. Kita ni nampak warna lawa terus macam nak cat warna tu jugak. Betul tak? Fiza pun macam tu, main pilih ikut warna yang suka je. Padahal pemilihan warna akan memberikan kesan pada mood juga
Bila masa kita akan cat rumah? Kita akan cat rumah bila masuk rumah baru. Ikut standard rumah baru yang dah siap, cat dinding berwarna putih. Jadi mudahlah pemilik rumah nak cat dan menentukan warna tema dinding rumah mereka sebelum menetap di rumah baru. Selain tu, bila tiba musim raya mesti kita akan buat persiapan mengecat rumah nak bagi nampak cantik.
Bukan kita je nak baju raya baru, rumah pun nak cat baru juga. Tapi bukan setiap tahun lah cat rumah. Selagi mana catnya elok, selagi tu lah tak tukar warna catnya. Melainkan memang saja nak tukar baru dan ada bajet lebih boleh lah tukar warna cat setiap tahun. Ikut bajet masing-masing, jangan ikut bajet orang
7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood1. BIRUWarna biru melambangkan ketenangan macam kita melihat awan biru. Rasa mood tenang je. Betul tak? Warna biru merupakan warna sejuk yang membantu seseorang untuk tidur lebih lena. Dalam masa yang sama mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung supaya lebih berada di dalam keadaan rehat . Warna biru memberikan inspirasi kepada seseorang untuk jadi lebih produktif dan juga kreatif. Sangat sesuai untuk digunakan di ruang kerja atau dalam pejabat.
2. HIJAUUntuk pencinta alam semulajadi memang suka dengan warna hijau. Fiza suka semulajadi tapi kurang suka benda yang bewarna hijau kecuali pokok-pokok lah. Warna hijau dapat mencipta ruang yang tenang serta mengurangkan stress. Sangat sesuai untuk digunakan sebagai warna dinding di dalam ruang bilik tidur untuk suasana yang lebih menenangkan yang boleh memberikan kesan yang lebih baik pada kesihatan.
3. MERAH JAMBUOkay, merah jambu warna kegemaran Fiza sepanjang zaman. Merah jambu sinonim dengan perempuan lah kan. Secara psikologinya, warna merah jambu memberikan rasa kasih sayang dan tenang macam warna biru dan hijau. Jangan tak percaya, warna merah jambu juga dapat meredakan rasa marah.
4. KUNINGJarang sekali seseorang memilih warna kuning untuk warna cat dinding rumah mereka. Kenapa ya? Warna kuning bukan pilihan ramai mungkin kerana tak ramai yang berani untuk memilih warna yang terlalu terang. Tapi warna terang ni sebenarnya dapat membangkitkan mood ceria dan aktif. Warna kuning yang terang ni juga dapat memberikan pencahayaan yang baik dalam sesebuah ruang. Sangat sesuai untuk bilik tidur anak-anak atau ruang dapur untuk mood yang ceria
5. UNGUWarna ungu pula melambangkan kemewahan dan dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu gelap akan memberikan mood romantik dan citarasa yang lebih tinggi dalam berkarya. Sesuai digunakan untuk ruang tamu, dapur dan juga pejabat. Manakala ungu lembut lebih mendamaikan dan membantu seseorang menjadi lebih tenang ibarat aura lavender
6. MERAHCat dinding merah? Warna merah juga antara warna bukan pilihan ramai sebab warna merah tersangatlah terang. Warna merah ni melambangkan semangat dan menonjolkan suasana yang lebih romantis. Tapi tidak sesuai untuk ruang bilik tidur kerana dapat membuatkan rasa tidak tenteram dan cemas disebabkan warna merah ni dapat meningkatkan adrenaline pada tahap yang paling tinggi. Lebih sesuai untuk ruang makan sebab boleh membangkitkan selera makan
7. KELABU/WARNA NEUTRALRamai yang meminati warna kelabu yang dikatakan warna yang dianggap paling selamat dan fleksibel dipilih sebab ia mudah dipadankan dengan warna lain. Warna yang nampak lebih moden dan sedap mata memandang. Boleh disesuaikan untuk kesemua jenis ruang dalaman rumah. Jadi, kau orang boleh pilih warna kelabu je kalau dah habis fikir tak tahu nak memilih warna apa
WARNA GELAPFiza salah seorang yang suka warna bilik tidur gelap dan pilih warna navy blue. Walaupun suram tapi ruang bilik nampak lebih dramatik dan membantu untuk tidur lebih lena dalam suasana yang gelap. Tapi yang tak bestnya, kurang pengcahayaan dan membuatkan ruang tu kurang tenaga. Mungkin akan rasa nak tidur je bila masuk bilik.
Apapun pilihan warna, perlu juga hadkan penggunaan warna tidak berlebih-lebih supaya sesuai dengan ruang dan perabot. Nanti terlebih-lebih warna macam tadika pulak kan. Pilihlah warna yang sesuai dengan ruang dan boleh memberikan mood yang baik. Penting memilih warna cat rumah ni sebenarnya untuk menikmati suasana yang bahagia, tenang dan selesa setiap hari
credit image : google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2012/08/tema-warna-cat-rumah-dan-bilik.html