7 Tips Menulis Ayat Iklan Power Pujuk Prospek Di Facebook
7 Tips Menulis Ayat Iklan Power Pujuk Prospek Di Facebook | Umum kita ketahui, berniaga zaman dulu bukan macam zaman canggih berteknologi tinggi sekarang ini. Dulu banyak pakai banner dan iklan newspaper, namun sekarang ni hampir 80% pengguna menggunakan laman social sebagai medium mendapatkan berita dan perkembangan terkini disekeliling mereka
Ayat Iklan atau lebih mesra dipanggil COPYWRITING ialah seni penulisan berformula yang digunakan oleh peniaga untuk mempelawa, melamar dan memujuk prospek untuk membeli produk dan servis mereka
Ayat iklan bertujuan untuk meyakinkan prospek bahawa keputusan membeli perlu dibuat segera. Belilah Sekarang! Lebih kurang macam tu lah.
Perlukah Peniaga Online Menguasai Ilmu Copywriting?
Pernah tak buat FB Ads, dah laburkan beratus-ratus ringgit tetapi tiada pelanggan membeli produk anda?
Buat ayat iklan straight to the point, dapat like je tapi beli tak ada
Bisnes online tanpa ilmu copywriting ibarat, berperang TANPA SENJATA! Di medan perang..ilmu copywriting amat penting dalam situasi bisnes zaman sekarang ni..kata orang, follow the flow
Walaubagaimanapun, kebanyakkan dari anda terikut-ikut dengan trend menulis ayat menjual menggunakan teknik mengherdik menghina masalah yang dihadapi prospek. Ramai yang beranggapan buat ayat copywriting berkesan dengan nada yang keras, memperli dan sentap buatkan prospek berminat tetapi malangnya dengan ayat sebegitu ibarat “menyimbah asid kat hati prospek”
Cuba anda bayangkan jika anda dibelah prospek baca ayat jualan seperti ini:Kau gemuk macam paus (nak jual losyen kurus)Jerawat kau dah bernanah kannn? (nak jual krim jerawat)Muka berkedut macam nenek kebayan. (nak jual serum anti-aging)Susu tak cukup? Habislah laki kau cari gelfren baru. (nak jual milkbooster)Kau lilit shawl jer dah setengah jam, memang abang dalam kereta tarik muka masam. (nak jual shawl instant)
Panas tak baca ayat menghina macam ni? Ayat jualan macam ni akan membuatkan prospek ter”annoying” dan rasa merepek. Akhirnya iklan anda “krik krik” dan membazir sahaja
7 Tips Menulis Ayat Iklan Menjual Pujuk Prospek
Mulai hari ini, apa kata anda gunakan pendekatan yang lebih lembut berbanding sebelum ini. Gunakan teknik penceritaan (Story Telling) untuk memujuk prospek membeli produk anda. Kami kongsikan 7 tip menulis ayat iklan untuk penduan asas anda
Jangan terlalu gelojoh menulis Copywritting. Baca berulang kali, elakkan ayat-ayat kesat dan menghina prospek. Kalau dapat buat kajian ayat iklan dulu.Ceritakan situasi yang benar berkaitan orang disekeliling anda. Dengan story telling yang jujur ilham untuk buat ayat iklan lebih mudah.Buat ayat iklan dengan gaya santai, tidak terlalu skema dan straight to the point. Bayangkan anda sedang memujuk seseorang dengan gaya bahasa lembut.Pastikan mood tenang, lembut dan santai time buat ayat iklan.Ingat masa membawang dengan kawan-kawan, selitkan cerita yang berkesan dan menarik hati prospek.Belajar memberi umpan pujuk yang segar, dan telah terbukti berjaya menambat hati prospek.
Ramai pening nak buat ayat iklan ni, saya sendiri pun hampir ketandusan idea untuk penceritaan ayat menjual.
Mujurlah, saudara Hafiz Mansor ini sudi berkongsi idea dan Template Copywritting Story Telling yang sangat mudah untuk diedit dan digunakan. Terdapat 44 niche bisnes yang beliau sediakan lengkap dengan 176 Template Copywritting.
Semua copywriting ini dibuat oleh beliau sendiri dan telah digunakan ramai peniaga online. Anda mungkin tidak perlu pening lagi memikirkan ayat iklan menjual di Facebook lagi. Hanya edit ayat dan gunakan untuk iklan anda
Nak template copywriting ini? Klik Sini
Semoga membantu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2019/03/7-tips-menulis-ayat-iklan-power-pujuk.html