7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan


7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan. Menjual air tidak memerlukan kelulusan Diploma atau Ijazah, anda cuma perlu tahu bagaimana ambil hati orang lain, melayan pelanggan dengan baik dan mesra. Sebab itu bisnes air balang sangat mudah untuk dilakukan. Walaupun simple, tetapi margin keuntungan berlipat kali ganda. Rahsianya, anda cuma perlu RAJIN dan peka dengan kehendak pelanggan.


Baiklah, kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi daripada menemubual beberapa rakan yang juga penjual air di tepi jalan. Tips dan panduan ini boleh digunakan bukan hanya kepada penjual air, malah penjual kuih muih, goreng pisang, nasi lemak, air tebu, burger, ayam goreng dan apa sahaja yang boleh dijual ditepi jalan termasuk jual sayur dan buah-buahan hiris.


1. Cari Jalan 2 Hala

Cuba elakkan berniaga ditepi jalan yang mempunyai jalan sehala saja. Jalan sehala ni memang sukar kereta untuk berhenti, lebih-lebih lagi jika anda berada ditepi sebelah kanan (lorong laju). Tetapi jika anda ditepi jalan 2 hala, selalunya kelajuan orang memandu sekitar 40km/j sehingga 70km/j sahaja. Dengan kelajuan tersebut, lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah membeli air untuk menghilangkan dahaga mereka

2. Pasang Gerai Ditepi Jalan Sebelah Kiri

Jika anda buka gerai jualanmenggunakan Kanopi sahaja, lebih mudah untuk anda alihkan gerai di sebelah kiri atau kanan jalan raya. Jika sebelah pagi, ramai yang menghantar anak-anak ke sekolah dan turun ke pejabat untuk kerja, pasang gerai anda di tepi jalan menuju ke bandar. Manakala, pada sebelah petang pasang pula gerai anda di sebelah jalan raya menghala ke perumahan atau keluar bandar. Ianya untuk memudahkan kenderaan berhenti membeli di gerai anda. Tetapi jika sudah ada gerai khas untuk jualan, tak perlulah berpindah-pindah

3. Tempat Meletakkan Kenderaan/Parking

Jika anda perasan, ditengah-tengah tempat parking kereta ada saja peniaga buka gerai disitu. Sebab tempat tu memang hot spot untuk anda! Sebelum orang balik ke rumah, mereka kemungkinan akan membeli air dan kuih muih untuk dibawa balik ke rumah masing-masing. Jadi, dapatkan kebenaran daripada pihak berwajib untuk membuka gerai disitu

4 . Buka Gerai Disebelah Gerai Orang Lain

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, buat kajian dahulu. Jika ada gerai jual kuih muih, goreng pisang, ayam goreng, bbq, apam balik dan lain-lain lagi. Bukalah gerai air disebelah gerai mereka kerana semestinya ramai orang yang akan datang kesitu. Namun, pastikan anda menjual air yang tidak sama dengan air gerai lain nanti bergaduh pula

5. Gantung Banner Di Kanopi Gerai

Inilah strategi pemasaran yang selalu peniaga buat. Pastikan banner itu memaparkan jenis air atau jus yang anda jual. Sumber | saniyunus.comDengan adanya banner ini, lebih mudah pemandu nampak air jenis apa yang anda jual, mudah mereka nak berhenti nanti

6. Layanan Pelanggan Yang Terbaik

Penulis pernah membeli air jus tembikai ditepi jalan, penjual ni bagi air dulu dengan seorang wanita yang baru saja sampai sedangkan penulis yang sampai dahulu. Anda sebagai penjual harus peka dengan kehadiran pelanggan, layan mengikut giliran siapa sampai dahulu dan bungkus air dalam masa kurang 30 saat. Elakkan pelanggan menunggu terlalu lama, nanti pelanggan merajuk anda juga yang akan rugi. Layan pelanggan anda dengan senyuman dan servis pantas

7. Perlu Konsisten

Bukan hangat-hangat taik ayam! berniaga perlu konsisten barulah nampak keuntungan dalam jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi bila gerai jualan anda sudah ada pelanggan tetap. Buka gerai jualan air secara konsisten, jangan hari ni buka, esok tutup, lusa buka, lepas tu 3 hari baru buka. Kalau macam ni berniaga, orang akan menyampah dan banned anda. Siapa yang rugi? anda juga

Dari segi modal pulak, seeloknya kos untuk membuat air pada setiap hari adalah 1/3 atau 1/4 daripada keuntungan harian anda. Rujuk panduan bisnes air balang lebih lanjut disini - Rahsia Memulakan Bisnes Jual Air Balang



Inilah serba sedikit tip yang dapat kami kongsikan untuk anda memulakan perniagaan menjual air balang tepi jalan. Kami berharap anda mendapat sesuatu info yang berguna untuk digunakan nanti. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2017/12/7-tip-memilih-lokasi-menjual-air-balang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Belasah Tukang Sapu Kerana Halang Anak Mereka Buang Air Besar Tepi Jalan

Ibu Bapa Belasah Tukang Sapu Kerana Halang Anak Mereka Buang Air Besar Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 497 hits
The ReporterSeorang pekerja pembersihan cedera dibelasah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dia cuba menghalang seorang kanak kanak membuang air besar di tempat awam di bandar Ruzhou Henan China minggu lalu Dalam kejadian pada Kham...
Idea Bisnes Jual Air Balang Modal Hanya Rm500 Untung Sehingga Rm8k Sebulan

Idea Bisnes Jual Air Balang Modal Hanya Rm500 Untung Sehingga Rm8k Sebulan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 583 hits
Idea Bisnes Jual Air Balang Modal Hanya RM500 Untung Sehingga RM8K Sebulan Ada kawan jumpa saya minta idea bisnes Dia tanya kat saya apakah bisnes terbaik yang boleh untung banyak sekarang Dia baru diberhentikan kerja di ibu kota Dia nampak...
3 Tips Untuk Berniaga Air Balang

3 Tips Untuk Berniaga Air Balang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1983 hits
Tips untuk berniaga air balang Mula mula saya nak berniaga air balang tepi jalan rasa risau juga Takut tak da orang nak beli Ye la kan jarang jarang orang berniaga air balang sahaja Kebiasaannya jual air mesti ada makanan juga Tapi alhamdul...
20 Resepi Air Balang Paling Laris Di Bulan Ramadhan

20 Resepi Air Balang Paling Laris Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 2271 hits
Resepi Air Balang Paling Laris Di Bulan Ramadhan Sedar kah anda tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan Dan seperti biasa bila tiba bulan Ramadhan nanti ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan ...
Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang

Berapa Modal Nak Start Bisnes Air Balang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1744 hits
Ramai yang nak cari bisnes sampingan ketika bulan Ramadhan ni Ramai juga yang nak buat bisnes jual air balang ni sebagai bisnes full time Namun berapakah modal permulaan untuk memulakan bisnes air balang ni Disini kita akan mengkaji peralat...
Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1342 hits
Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba kita berpuasa sehingga sebulan setiap tahun Ketika bulan ini peluang untuk berniaga memang sangat sangat menguntungkan jika tahu cara dan produk apa ya...
26 Resepi Air Balang Sedap Untuk Pasar Malam Dan Bazar Ramadhan

26 Resepi Air Balang Sedap Untuk Pasar Malam Dan Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1408 hits
26 Resepi Air Balang Sedap Untuk Pasar Malam Dan Bazar Ramadhan Resepi air balang yang sedap dan laris dijual memang menguntungkan Lihat saja dimana mana gerai tepi jalan yang menjual air balang Paling HOT semestinya di pasar malam Kebanyak...
Resepi Air Sirap Bandung Cincau Untuk Air Balang

Resepi Air Sirap Bandung Cincau Untuk Air Balang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1100 hits
Salam semua tak larat nak masak kalau masak pun setakat goreng2 telur aje loooo tak caya ke nanti lah entri yang akan datang anda tengok apa che mat masak Untuk tengah hari ini kita minum dulu lah kan Benda biasa aje Entri macam ni kalau ch...
Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 416 hits
Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan Ramai yang tanya kami berapakah modal memulakan bisnes air balang ni Semua nak tahu sebab ramai yang sedar bisnes air balang ni margin keuntungannya sangat besar Boleh dikatakan sehingga 1000...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor