7 Sebab Utama Wajib Ada Insurans Takaful Sebagai Perlindungan



7 Sebab Utama Wajib Ada Insurans/Takaful Sebagai Perlindungan


Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai skim perlindungan samaada insurans atau takaful

Bagi orang Islam, sudah semestinya wajib mengambil takaful berbanding insurans

Walaupun skim perlindungan insurans/takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah

Boleh baca artikel-artikel di bawah ini sebagai bukti:
1. Utusan Malaysia – Tahap kesedaran perlindungan insurans rendah
2. Malaysiakini – Kesedaran takaful umat Islam sangat rendah
Alasan yang sering diberi orang ramai untuk tidak mengambil skim perlindungan insurans/takaful adalah kerana tidak mampu memberi komitmen kewangan, mahal dan berasa rugi kerana tidak nampak faedah-faedah yang disediakan

Bagi mereka yang masih belum mempunyai sebarang skim perlindungan insurans/takaful, saya senaraikan sebab-sebab anda wajib memilikinya:
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
Hakikatnya, kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan penyakit (3D; death, diasbility & diseases)

Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui

Tetapi, harus diingat, kebarangkalian untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat dari hari ke hari

Setiap hari berlalu, kita semakin mendekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya

Semakin banyak kita bergerak dengan kenderaan di atas jalan-raya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kemalangan yang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian, tetapi juga kelumpuhan (minta dijauhkan-Nya)
Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit

Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan diri anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini

Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak

Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas

Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan

2. Malang tidak berbau
Biasa dengar dengan pepatah “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”

Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful

Syarat utama untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku

Sebagai contoh, risiko penyakit

Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi

Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi

Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit)

Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan
Lagipun, malang memang tidak berbau
Kita tidak tahu tarikh kematian kita
Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita
Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah

Oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu

3. Melindungi harta/aset
Jika kita membeli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan (road tax), diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful kenderaan

Begitu juga jika membeli rumah menggunakan pinjaman/pembiayaan bank, diwajibkan untuk mengambil insurans/takaful tertentu

Kenapa

Kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran

Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada

Harta yang perlu dilindungi bukan sahaja yang berbentuk fizikal, malah yang bukan fizikal juga

Contoh utama aset bukan fizikal adalah perniagaan yang dijalankan, mesti dilindungi dengan insurans/takaful secukupnya

Pernah dulu diberitakan ada seorang penyampai radio menginsuranskan suara beliau, kerana bagi beliau, suaranya adalah aset bernilai

Sekiranya berlaku sesuatu ke atas suara beliau yang boleh menjejaskan pendapatan beliau, beliau boleh mendapat pampasan sewajarnya

Jadi, perlindungan insurans/takaful adalah sangat penting untuk melindungi aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan

4. Melindungi pelaburan
Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada

Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu

Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar

Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik

Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini

Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi

Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi

Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan

Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai

Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan

5. Wariskan harta, bukan hutang
“Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan …..?”
Apabila kita sudah tiada nanti, sebaik-baiknya janganlah ditinggalkan beban atau hutang yang banyak kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang ada

Sudahlah mereka bersedih atas pemergian kita, ditambah pula runsing dengan beban yang ditinggalkan

Bukankah perit jika memikirkannya

Sebaik-baiknya, tinggalkanlah legasi atau harta untuk sekurang-kurangnya menampung keperluan mereka

Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada

Dengan mengambil skim perlindungan insurans/takaful secukupnya, masalah ini boleh diatasi

Ambillah perlindungan secukupnya, pastikan jumlah pampasan yang akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangka masa yang panjang


6. Jihad ekonomi Islam

Sebelum wujudnya skim takaful yang patuh syariah, skim perlindungan banyak dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai unsur-unsur riba

Tetapi sekarang, banyak produk-produk takaful wujud untuk memberikan alternatif kepada umat Islam mendapatkan perlindungan sewajarnya

Malangnya, walaupun setelah beberapa tahun skim-skim takaful muncul, kadar langganannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan skim insurans konvesional walaupun di kalangan umat Islam sendiri

Bahkan, ada segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pandangan skeptikal dan merendah-rendahkan produk-produk takaful

Bukan sahaja tidak menyokong, malahan diburuk-burukkan lagi dengan langsung tidak diberikan cadangan untuk penambahbaikan

Jadi, di sinilah peranan sebagai orang Islam untuk menunjukkan sokongan kepada sistem ekonomi berteraskan Islam

Pilihlah takaful sebagai jihad untuk ekonomi Islam

Jika masih ada melanggan skim insurans konvesional terutamanya untuk perlindungan kereta dan rumah, bertukarlah kepada takaful

Jika nanti bercadang untuk mengambil perlindungan untuk diri dan keluarga, pilihlah produk-produk takaful

7. Niat murni membantu orang lain
Berbeza dengan insurans konvesional yang berteraskan kontrak jual-beli, takaful adalah berteraskan kontrak tabarru’ (derma)

Dengan mengambil takaful, peserta-peserta sebenarnya memindahkan sebahagian bayaran kepada tabung derma (tabarru’)

Syarikat takaful berperanan sebagai pengurus tabung ini

Apabila ada peserta yang ditimpa musibah, bayaran pampasan kepada peserta tadi diambil daripada tabung derma tadi

Kiranya, wujud konsep jamin-menjamin melalui derma

Atas sebab inilah kita patut mengambil perlindungan melalui skim takaful

Tanpa sedar, kita sebenarnya membantu orang lain yang ditimpa musibah

Itulah sahaja 7 sebab utama perlu ada insurans/takaful sebagai perlindungan

Jika anda masih belum mempunyai apa-apa perlindungan, bertindaklah segera untuk mendapatkannya

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan takaful/insurang boleh terus whatsapp saya di 01116840717

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/05/7-sebab-utama-wajib-ada-insuranstakaful.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jana Komisyen Sehingga Rm6000 Sebagai Pos Rider Poslaju

Jana Komisyen Sehingga Rm6000 Sebagai Pos Rider Poslaju

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 475 hits
Adakah anda mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan lumayan yang mampu memberikan anda komisyen sehingga RM6000 Jika ya ambil peluang yang disediakan oleh Pos Malaysia menerusi program Pos Rider Pos Malaysia kini membuka peluang ...
Bangkit Sebagai Delivery Guy Selepas Hilang Kerja

Bangkit Sebagai Delivery Guy Selepas Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 358 hits
Penghantar makanan Foodpanda sanggup meredah hujan dan panas bagi memastikan pelanggan dapat menjamah makanan terutama untuk berbuka puasa Foto SoyaCincauKUALA LUMPUR 1 Mei Kehilangan pekerjaan menjadi satu mimpi ngeri buat individu apatah ...
Pkp Polis Tetapkan 7 10 Mei Sebagai Jadual Pemohon Pulang Bekerja Ismail Sabri

Pkp Polis Tetapkan 7 10 Mei Sebagai Jadual Pemohon Pulang Bekerja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 377 hits
PDRM menerima lebih 500 000 permohonan orang ramai di kampung untuk pulang ke bandar kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Jelasnya bagi pergerakan pekerja pekerja yang masih berada di kampung halaman kebenaran bergerak bergantung kepada k...
Atas Sentimen Sempit Nafsu Perkauman Yang Menggambarkan Cina Sebagai Musuh Melayu

Atas Sentimen Sempit Nafsu Perkauman Yang Menggambarkan Cina Sebagai Musuh Melayu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 334 hits
LIAYA MARZUKIMaka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program ...
Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

Kedah Tangguh Pelaksanaan Pkpb Tekad Pertahankan Status Kedah Sebagai Zon Hijau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 1003 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada Selasa ini Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kera...
Saya Tak Tengok Isu Moratorium Sebagai U Turn Kerana Dari Mula Perkara Ini Dah Dimaklumkan Najib Razak

Saya Tak Tengok Isu Moratorium Sebagai U Turn Kerana Dari Mula Perkara Ini Dah Dimaklumkan Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 292 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan memberikan pendapat mengenai isu Bank Negara Malaysia yang didakwa melakukan u turn dalam isu pemberian moratorium atau penangguhan bayaran selama enam bulan sepanjang Perint...
Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 450 hits
Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID 19 dikesan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawala...
Program Ponik Sebagai Optimalisasi 3r

Program Ponik Sebagai Optimalisasi 3r

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 229 hits
PROGRAM PONIK Sebagai Optimalisasi 3R PROGRAM PONIK Sebagai Optimalisasi 3R BIDANG KEGIATAN PKM PENGABDIAN KEPADA MASYARAKATDiusulkan oleh Ketua Inka Wahyu Safitri Anggota Nafi atul Ulia Paryuni Megasari Dwi Kartika Jamal Mursid UNIVERSITAS...
Saya Tawakal Reda Untuk Terima Aliff Sebagai Suami

Saya Tawakal Reda Untuk Terima Aliff Sebagai Suami

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 384 hits
Mengakui sudah kembali ke pangkuan suaminya pelakon kontroversi Aliff Aziz dan kini sedang hamil anak kedua Bella Astillah mengesahkan bahawa dia dan The post appeared first on
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions