7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di Lazada | Dunia teknologi canggih sekarang ni, memaksa peniaga-peniaga belajar dalam dunia marketing atas talian (online). Rata-rata pengguna internet lebih gemar melayari media sosial dan aplikasi membeli belah atas talian.
Kalau ditanya mereka, pasti jawapannya top 2 laman ecommerce ini yang disebut-sebutkan. Apakah laman web tu?
Lazada dan Shopee Malaysia
Sebelum ni saya ada kongsikan berkenaan Shopee, kenapa anda perlu jual barang di Shopee? Jika belum baca, boleh baca artikel berkaitan di website ini dengan kata carian "Shopee" di ruangan carian tu atau klik sini https://www.rujukanniaga.com/search?q=shopee
[ Baca ] - 16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee
[ Baca ] - Cara Mudah Jual Barang Di Shopee
Shopee dah expert kan, sekarang kita nak sembang pasal Jual Produk di Lazada pulak!
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Jual Produk Anda Di LazadaUntuk makluman anda, Lazada adalah laman web lebih awal kemunculannya berbanding Shopee. Ramai yang menggunakan pelbagai platform untuk menjual. Tiada had penggunaan platform marketplace yang peniaga boleh gunakan.
Anda boleh gunakan berapa banyak platform marketplace untuk jualan produk anda.
7 sebab ini akan terangkan kepada anda mengapa ramai peniaga jual produk di Lazada!
1. Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai
Seperti yang telah saya katakan tadi... bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, adalah seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.
2. Pasaran Luas, Seluruh Malaysia
Jika anda membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja! Tapi, apabila anda membuka "kedai maya" di Lazada.... potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda!
3. Jualan 24 Jam Tanpa Henti
Ya! apabila anda meletakkan barang anda di Lazada, orang boleh beli produk anda 24 jam... tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai! Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda!
4. Kos Rendah
Jika anda membina website sendiri, anda peru bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di Lazada, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar! Anda hanya dikenakan caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan.. maka tiada sebarang caj!
5. Sistem Yang Canggih
Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, Lazada menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual! Anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server apabila berniaga di Lazada!
6. Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp
Ah ha! Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli! Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran!
7. Promosi & Pemasaran Yang Hebat
Setiap bulan, Lazada akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran! Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan kontest untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada!
Nak dapatkan Panduan Berniaga di Lazada? - Klik Sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rujukanniaga.com/2019/10/7-sebab-kenapa-anda-perlu-jual-produk.html