7 Sasaran Penggodam



 
Sebanyak tujuh segmen penting yang berkait rapat dengan pengguna dan perindustrian bakal menjadi sasaran penggodam sepanjang 2019 termasuk membabitkan penggunaan sekatan keselamatan biometrik yang digunakan secara meluas terutama telefon pintar
Perkara itu didedahkan syarikat keselamatan siber terkemuka berpangkalan di Amerika Syarikat, Forcepoint yang melihat bentuk sekatan keselamatan biometrik akan dimanipulasi penggodam
Selain itu, penggodam akan menyasarkan serangan terhadap sistem penyimpanan data Cloud (Cloud data), gangguan menerusi Internet perindustrian dan pengenalan kepada sistem penarafan keselamatan Internet
Bagaimanapun, antara tujuh segmen berkenaan sistem sekatan biometrik bakal memberi kesan besar kerana ia digunakan pengguna termasuk kebanyakan telefon pintar
Perunding Keselamatan Utama, Forcepoint Asia Tenggara Brandon Tan berkata, kebanyakan sistem keselamatan biometrik ini adalah daripada pembentukan tiga dimensi (3D) imej wajah ataupun cap jari
“Walaupun kita melihat sistem itu sudah mempunyai ciri keselamatan yang optimum, ia masih terdedah dengan serangan penggodam kerana bentuk serangan dalam platform teknologi adalah berubah-ubah dan tidak sama
“Kita akui sistem keselamatan biometrik ini sangat berjaya pada 2018, tetapi perlu diingatkan penggodam sentiasa mencari kelemahan sistem terbabit
“Dalam platform teknologi ini, tiada sistem yang benar-benar sempurna cuma kita boleh mengurangkan risiko dan kelemahan itu dapat dikecilkan,” Brandon berkata, pihaknya juga melihat angka kes penggodaman membabitkan data peribadi semakin meningkat dan bentuk keselamatan seperti pengecaman biometrik, soalan sulit serta kombinasi kata kekunci tidak lagi cukup untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penggodam
Menurutnya, kebanyakan syarikat perbankan atau perisian sudah menambah satu lapisan keselamatan yang dikenali sebagai Pengesahan Dua Faktor (2FA), namun pengguna masih perlu mengesahkannya menerusi telefon pintar
“Ini mewujudkan satu masalah lain apabila kebanyakan pemilik telefon pintar hari ini menggunakan pengesahan biometrik seperti pengecaman wajah atau pengimbasan cap jari untuk mengunci telefon mereka
“Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, bentuk keselamatan itu akan menjadi sasaran penggodam apabila mereka menemui kaedah untuk melepasi sekatan keselamatan terbabit
“Perlu kita lihat sistem sekatan keselamatan itu hanya bergantung kepada padanan biometrik saja. Malah sistem sekatan itu akan membenarkan sebarang perbuatan jika didapati padanan adalah tepat dengan pengguna
“Sistem ini mempunyai kelemahan apabila ia tidak dapat mengecam sebarang tabiat pengguna yang dilakukan secara ‘luar biasa’ dan hanya bergantung kepada padanan saja,” katanya
Menurutnya, sistem sekatan biometrik itu dijangka memperkenalkan satu lagi lapisan keselamatan apabila akan mengambil kira kepada corak tabiat pengguna
Katanya, pihaknya melihat penggodam akan memberi tumpuan kepada serangan menerusi sistem keselamatan berkenaan kerana ia membabitkan data peribadi pengguna yang sangat sensitif termasuk maklumat akaun perbankan, alamat dan transaksi kad kredit
Selain itu, Tan berkata, sistem penyimpanan data Cloud juga akan menjadi sasaran serangan penggodam sepanjang 2019 apabila kebanyakan syarikat menggunakan sistem berkenaan untuk menyimpan sebarang maklumat data perniagaan mahupun data pengguna
“Setiap kali kita menemui teknologi baharu terutamanya dalam bentuk penyimpanan data, kita juga perlu memikirkan aspek keselamatan supaya sistem yang diguna pakai benar-benar selamat daripada ancaman
“Adakalanya kita perlu mengkaji ancaman masa depan jika menggunakan sesuatu inovasi baharu kerana corak serangan penggodam tidak sekata untuk tempoh lima mahupun 10 tahun
“Sebaliknya, ia berubah-ubah setiap masa dan penggodam akan mencari jalan untuk menembusi sebarang bentuk sistem keselamatan yang kita laksanakan,” katanya
Menurutnya, wujud juga cadangan bahawa tidak semua data sensitif akan dimuat naik dan disimpan menerusi platform penyimpanan data Cloud berkenaan
Katanya, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih setiap bentuk sekatan keselamatan kerana ancaman penggodam semakin rumit dan maju pada masa depan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gampang-vs-gempak.blogspot.com/2019/01/7-sasaran-penggodam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Calang Calang Bodoh Dia Gadis Dituduh Penggodam Muka Dan No Phone Disebar Gara Gara Scammer Ig Tak Pandai English

Bukan Calang Calang Bodoh Dia Gadis Dituduh Penggodam Muka Dan No Phone Disebar Gara Gara Scammer Ig Tak Pandai English

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 671 hits
Betul lah orang kata kadang kala niat baik kita ini boleh disalah erti kan sebab itu kita kena lebih berhati hati dalam setiap tindakan lebih lebih lagi pada zaman sekarang ini Kali ni berlaku pada seorang gadis yang juga penuntut di Univer...
Pimpinan Jadi Sasaran Teror Kpk Berencana Persenjatai Anggotanya

Pimpinan Jadi Sasaran Teror Kpk Berencana Persenjatai Anggotanya

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 171 hits
Agus menegaskan rangkaian teror pada KPK tidak menggentarkan pihaknya melanjutkan berbagai kasus korupsi yang sedang ditangani
Sindir Pembangunan Jokowi Prabowo Akan Bangun Infrastruktur Tepat Sasaran

Sindir Pembangunan Jokowi Prabowo Akan Bangun Infrastruktur Tepat Sasaran

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 270 hits
Dengan menggandeng para pengusaha dalam negeri Ia mengajak para pengusaha bekerja berjuang bagi petani nelayam orang orang lapisan bawah Kami akan terus berdayakan beri insentif kepada UMKM Kami akan pastikan tiap desa menerima dana desa Rp...
Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Makanan Sehat Penurun Gula Darah Untuk Diabetes

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Aishah Disebut Jangan Dikenang Jangan Chord

Rahsia Hidup Bahagia Syukur Sabar Dan Ikhlas

Siapa Yang Tiada Pasif Income Dikira Jauh Ketinggalan

Beri Ipcc Lebih Kuasa Tangani Kes Komersial Babit Polis Kata Ngo