7 Pizza Pilihan Utama Untuk Dinikmati Selepas Menonton Wayang Pada Waktu Malam
7 Pizza Pilihan Utama Untuk Dinikmati Selepas Menonton Wayang Pada Waktu Malam | Menonton wayang bersama keluarga pada waktu malam adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan kerana pada waktu itulah, semua ahli keluarga berkumpul dan ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Setelah habis menonton wayang, pastinya masing-masing akan kelaparan.
Nak lebih mudah dan menjimatkan masa apa kata korang order je pizza. Meh kinah kongsi dengan korang 7 pizza yang menjadi pilihan utama untuk dinikmati selepas menonton wayang pada waktu malam
1. Antipodean Cafe - Bangsar
Inginkan kelainan, apa kata kali ni korang mencuba vegetable pizza yang ada di Antipodean Cafe di Bangsar. Sebuah cafe yang berkonsepkan gaya Australia. Dengarnya, vegetable pizza ni menjadi pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke sini. Bahan-bahan yang digunakan semuanya memang segar-segar belaka terutama kepada mereka yang memesan vegetable pizza ni. Antara bahan yang digunakan ialah tomato ceri, capsicum, bawang dan kacang pine.
Alamat : 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Uncle Don's - Quill City Mall
Dah bosan dengan pizza yang biasa kita makan? Apa kata korang mencuba pizza dari Uncle Don's Quill City Mall ni. Pastinya tidak mengecewakan. Mempunyai pelbagai pilihan pizza yang boleh dinikmati bersama keluarga dengan chef yang mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam bidang ini. Pastinya pilihan pizza yang korang nikmati tidak mengecewakan.
Alamat : G-03, 03A & 05, Ground Floor, Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
3. The Coffee Bean & Tea Leaf (PAVILION BINTANG CIRCLE)
Auch bestnya dapat menikmati margherita pizza dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Margherita Pizza merupakan pizza klasik dengan sos pesto khas, zaitun hitam, tomato segar, keju mozzarella dan keju parmesan. Pizza nipis dan sihat ini akan membuatkan korang tak henti mengunyah sehingga kepingan terakhir
Alamat : Lot No. P2.07.00, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur
4. Pizzazone & Tapasta (KLCC)
Di Pizzazone & Tapasta, pastinya terdapat banyak pilihan pizza yang boleh korang pilih. Kinah sendiri pun rambang mata nak pilih yang mana sebab semuanya memang best. Paling kinah teringin nak cuba, ada pizza rendang daging. Selalunya kita makan rendang bila raya je. Walahhhh next time kinah nak terjah ke sana
Alamat : A-G-01, Marc Residence No 3, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
5. Atlas Pizzeria
Di Atlas Pizzeria, mereka hanya menyajikan pizza tradisional buatan Itali yang fresh dari oven ye. Bahan-bahan yang digunakan pun adalah bahan yang segar daripada ladang. Jadi, takde isu di sini bahannya adalah stok lama. Mengambil petunjuk daripada rasa asli dari setiap hasil, setiap ramuannya dibuat dari sos, adunan, sehinggalah ke bekas yang digunakan untuk menghidangnya.
Alamat : B1-02, Shoppes at Four Seasons Place, No. 145, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
6. PastryVille Cafe @ Wisma Cosway
Pastryville Cafe merupakan sebuah cafe bakeri yang mana kesemua roti yang enak dihasilkan menggunakan teknik tradisi daripada negara Perancis disamping bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang terbaik untuk semua pelanggan mereka. Kini, Pastryville telah mengorak langkah dengan membuka 21 lagi cawangan di beberapa buah negeri. Wah mesti semua pizza yang dihasilkan di Pastryville dihasilkan menggunakan teknik tradisi tersebut.
Alamat : G74, Ground Floor, Wisma COSWAY, No. 88, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
7. Domino's Pizza (The Weld)
Apabila sebut saja Domino's Pizza, semua orang tahu. Pelbagai menu pizza boleh dipilih dan dinikmati mengikut citarasa rakyat Malaysia. Hah tunggu apa lagi, pilih sekarang nak pizza yang mana
Alamat : Lot L1-13, Level 1, The Weld, 76, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
Hah macam mana dengan 7 pizza pilihan utama yang boleh korang nikmati selepas menonton wayang yang kinah senaraikan di atas tu. Agak-agaknya mana satu pilihan korang ye?
Dah ada pilihan tapi malas nak keluar dari rumah. Tak payah susah, korang boleh je buat pizza delivery melalui foodpanda. Jimat masa korang tau, hanya pesan kemudian tunggu je abang panda hantar pizza untuk korang sekeluarga di depan pintu rumah.
Enjoy your meal!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2020/08/7-pizza-pilihan-utama-untuk-dinikmati-selepas-menonton-wayang.html