7 Muzium Yang Menarik Untuk Dilawati Di Penang
7 Muzium yang menarik untuk dilawati di Penang | Salah satu destinasi pelancong yang menjadi pilihan ramai adalah Pulau Pinang kerana disana terdapat banyak lokasi pelancongan yang cukup menarik untuk dilawati termasuklah Muzium. Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsikan dengan semua pembaca mengenai 7 Muzium yang terdapat di Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, jom kita mulakan
Wonderfood Museum PenangPulau pinang adalah salah satu lokasi yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang sangat menyelerakan dan pastinya dengan wujudnya muzium ini, pelancong akan dapat melihat kepelbagaian makanan dan masakan yang ada di Pulau Pinang dengan lebih dekat. Makanan makanan yang di Muzium ini dipamerkan dengan cara yang kreatif dan sangat "Instagram worthy". dimana ianya sesuai untuk mereka yang suka bergambar.
credit photo : WonderfoodmuseumAlamat49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang(Next to CIMB Bank)Harga TiketDewasa RM15Kanak Kanak RM10Waktu Operasi9 Pagi hingga 7 PetangPenang 3D Trick Art Museum Yes! Dekat penang pun ada 3D art Museum yang boleh dilawati. Terdapat 12 tema berbeza yang korang boleh terokai. Antaranya adalah Panda Village, Jaws Truly, Deep Blue Diving, You in Wonderland, Aerial Skydiving dan banyak lagi. Jangan risau kalau datang seorang diri ke muzium ini kerana mereka mempunyai staff yang boleh membantu korang untuk mengambil gambar.
Credit photo : penangtrickartAlamat10 Lebuh Penang,10200, Georgetown,PenangHarga TiketMykadDewasa RM15Kanak Kanak RM10Pelajar dan Warga Emas RM10Tanpa MykadDewasa RM25Kanak Kanak RM15Pelajar dan Warga Emas RM15Waktu OperasiIsnin - Jumaat 9 Pagi Hingga 6 PetangSabtu & Ahad9 Pagi hingga 10 MalamMuzium Kamera Penang (Asia Camera Museum Penang) Pada pendapat aku, Ini adalah salah satu muzium yang sangat menarik untuk dikunjungi terutama sekali bagi mereka yang meminati dunia photografi. Asia Camera Museum ini mula dibuka pada bulan Januari 2014. Disini terdapat lebih dari 1000 kamera dan aksesori yang mungkin korang tak pernah tengok sebelum ini.
Credit photo : asiacameramuseumAlamat71 Lebuh Armenian,George Town,10200 Penang,Malaysia(1st Floor of Yap Kongsi Temple)Harga TiketDewasa RM20Kanak Kanak RM10Waktu Operasi10 Pagi hingga 6 PetangMade in Penang Interactive MuseumSalah satu sebab kenapa korang perlu melawat Made in Penang Interactive Museum ini adalah ianya bukan hanya menyediakan 3D art yang menarik tetapi ianya sedikit sebanyak menceritakan tentang sejarah penang itu sendiri. Menarik kan! Korang bukan sahaja boleh bergambar malah dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang tempat yang dikunjungi
Credit photo : MadeInPenangAlamat3, Pengkalan Weld,George Town,10300 George Town,PenangHarga TiketDewasa RM25Kanak Kanak RM15Waktu Operasi10 Pagi hingga 630 PetangDark Mansion - 3D Glow In The Dark MuseumBanyak juga rupanya 3D Art Museum dekat Penang ini rupanya tetapi kalau korang ingin kelainan bolehlah berkunjung ke Dark Mansion kerana 3D Art yang ada disini bercahaya dalam waktu gelap. Gambar gambar yang diambil juga pastinya akan nampak lebih menarik dengan 3D Art yang glow in the dark ini kan
Credit photo : darkmansionpenangAlamat145, Lebuh Kimberley,George Town,10100 George Town,Pulau PinangHarga TiketMykadDewasa RM25Kanak Kanak RM15Warga Emas RM15Tanpa MykadDewasa RM35Kanak Kanak RM25Warga Emas RM25Waktu OperasiUpside Down Museum PenangBerkunjung ke muzium terbalik pastinya akan memberikan pengalaman yang cukup best untuk semua orang. Betul tak? Dapat bergambar dengan pelbagai aksi untuk menjadikan gambar nampak real memang satu aktiviti yang menyeronokkan di muzium terbalik seperti ini. Jadi, kalau korang bercuti ke Penang, jangan lupa untuk ke muzium terbalik yang terletak di George Town
Credit photo : upsidedownmuseumAlamat45, Kimberley Street,10100 George Town,PenangHarga TiketDewasa RM16Kanak Kanak RM8Waktu OperasiIsnin - Jumaat9 Pagi hingga 5.30 PetangSabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum9 Pagi hingga 630 PetangToy Museum, Wax Museum, Museum of Bags and Collectibles and Heritage garden Salah satu lokasi pelancongan bersama keluarga yang perlu korang pergi sekiranya datang bercuti di penang adalah Toy Museum penang yang menempatkan pelbagai koleksi patung dan permainan kartun animasi termasuklah doraemon, patung barbies, dinasour, spiderman, snow white dan banyak lagi. Selain itu, korang juga boleh ke wax museum, museum of bags and collectibles dan heritage garden yang terletak ditempat yang sama
Credit photo : toymuseumheritagegarden AlamatToy Museum Heritage Garden,1370 MK2, Teluk Bahang,11050 Penang(Bersebelahan dengan SJK (C) Eok Hua)Harga TiketDewasa RM26Kanak Kanak RM19Waktu Operasi9 Pagi hingga 6 Petang setiap hariLast masuk jam 530 PetangTiada charge dikenakan untuk kamera dan parking
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2018/11/7-muzium-yang-menarik-di-penang.html