7 Menu Hujung Tahun Yang Lazat Mudah Disediakan Sempena Meraikan Tahun 2023


Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai, sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung tahun.Akhir tahun sebegini, ramai yang ambil peluang untuk mengambil cuti dan meluangkan masa dengan keluarga di rumah.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan meraikan tetamu di kalangan rakan baik mahupun keluarga dengan memasak hidangan istimewa daripada air tangan sendiri. Inilah masa tunjukkan kemahiran memasak anda.
Tidak perlu menyediakan masakan yang sukar, yang penting ia meninggalkan memori yangi indah saat menikmati setiap hidangan yang disediakan. Inspirasi menu yang diolah menggunakan Keju Perfect Italiano dan Chesdale boleh anda hidangkan buat tetamu. Limpahan keju mewah yang pasti menambat selera. Bye Bye 2022, Hi Hi 2023.
Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat. Pastry Tuna Chesdale dimasak menggunakan Keju Cheddar Chesdale yang tinggi dengan kalsium dan protein. Malah, keju ini juga dapat meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dengan cheese.

Hidangan yang diinspirasikan dari United Kingdom Roti Goreng Chesdale menggunakan Keju Cheddar Chesdale tidak kurang enaknya. Pastinya hidangan ini menjadi pilihan anak-anak. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak renyah.

Manakala Ayam Kentang Bakar Berkrim pula menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang cukup lazat, memberi regangan serta kerak coklat keemasan yang menyelerakan. Pasti tetamu akan menyukainya.
Menarik juga hidangkan tetamu dengan Taco Berkeju Daging Dendeng dan Cheesy Mini Prata Sambal Udang. Mudah disediakan dan praktikal. Hidangan yang diinspirasikan dari Mexico dan Itali sangat sedap apabila diolah mengikut tekak orang Malaysia.

Taco Berkeju berintikan Daging Dendeng ni memang padu. Rasa pedas daging dendeng yang ditaburi Keju Perfect Italiano Mexican Style buat hidangan bertambah enak. Gabungan tiga jenis keju yang meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri sekaligus menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.

Cheesy Mini Prata Sambal Udang sedap bila dimakan panas-panas. Jangan lupa taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Ia memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Bila ditarik, memang terliur tengok, rugi sangat kalau tak cuba!
Pastikan hidangan yang lebih sihat juga disediakan buat tetamu. Boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat dan Greece ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Nak lagi sedap, letakkan hirisan buah pisang di atasnya dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Memang sempurna rasa. Greek Style Salad menggunakan buah-buahan tempatan seperti nangka dan mangga juga unik.

Kedua-dua hidangan ini tentunya lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt yang kaya dan berkrim ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan.Kalau anda nak tahu, terdapat dua lagi variasi yogurt daripada Fernleaf iaitu Fernleaf Natural Yogurt dan Fernleaf Protein+ Yogurt.
Jadi, jangan lupa mencuba kesemua hidangan ini dan dikongsikan resipi penuh.
Selamat mencuba!

AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
 Bahan-bahan:
8 ketul bahagian atas peha ayam 
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream 
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes 
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
Cara memasak:
1.Tabur sedikit garam pada ayam.
2.Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur.  Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
3.Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya.  Kacau rata.
4.Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak.  Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
5.Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar. 
6.Tuang campuran cream ke atas ayam. 
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
8.Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
9.Tabur cincangan daun kari/saderi dan hidangkan.

PASTRY TUNA CHESDALE
Bahan-bahan:
8 keping Keju Cheddar Chesdale
4 keping puff pastry (size medium)
200gram tuna dalam tin – ambil isi saja dan hancurkan sedikit
8 biji tomato ceri – belah dua
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk paprika
Garam secukupnya 
Cincangan parsley 
Cara memasak:
1.Di dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, serbuk paprika dan garam secukupnya. Gaul sebati.
2.Ambil sekeping puff pastry lalu kemaskan bahagian tepinya agar tinggi sedikit. Letak dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
3.Letakkan sesudu campuran sos tadi dan ratakan. 
4.Letak dua keping Keju Cheddar Chesdale di atas sos. 
5.Susun tomato di bahagian keliling puff pastry, sendukkan cincangan tuna dan letak di bahagian tengah.
6.Tabur dengan cincangan parsley di atas tuna.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit. Hidangkan panas.

ROTI CHESDALE GORENG
 Bahan-bahan:
6 keping roti putih
6 keping Keju Cheddar Chesdale
2 biji telur
2 sudu makan Susu UHT Full Cream Fernleaf
1 sudu teh chili flakes
½ sudu lada sulah
Garam secukupnya
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
Cara memasak:
1.Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
2.Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti.  Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale. 
3.Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat.  Kemaskan keliling roti tadi.
4.Di dalam mangkuk, satukan telur, Susu UHT Full Cream Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
5.Panaskan 1-2 sudu makan Mentega Anchor Unsalted di dalam frying pan.
6.Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
7.Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
8.Hidangkan panas bersama sos pilihan.

 
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
 Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style 
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara memasak:
1.Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan).  Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Goreng daging tadi hingga agak perang.  Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis.  Ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi.  Ketepikan.
4.Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar.  Tumis hingga bahan masak dan wangi.
5.Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
6.Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam.  Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
7.Masukkan daging goreng dan bawang goreng.  Satukan semua bahan dengan mengacaunya rata. Gaul sebati dan sejukkan sebentar. Setelah agak sejuk, masukkan setengah paket keju Perfect Italiano Mexican Style lalu gaul rata.
8.Ambil sesenduk daging dendeng lalu masukkan dalam kepingan taco yang diletakkan dalam acuan muffin atau dulang pembakar.
9.Tabur lebihan keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas daging dendeng lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10-15 minit atau hingga keju cair.  Tabur cincangan cili merah dan daun bawang dan hidangkan segera.

CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
4 keping prata segera
250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
Daun basil – cincang kasar
Mentega Anchor Unsalted
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
1 biji bawang holland – potong bulat
6 biji tomato ceri – belah dua
10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2.Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya.  Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
4.Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
5.Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
6.Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
8.Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.

BANANA YOGURT SMOOTHIE 
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk 
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu Susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara membuat:
1.Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, Susu UHT Full Cream Fernleaf dan madu lalu kisar hingga halus.
2.Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera

GREEK SALADS
 Bahan-bahan A (salad):
100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
½  biji timun – buang empulur & potong dadu
¼  biji cili benggala hijau  – buang biji & potong dadu
¼ cawan buah naga – potong dadu
¼ cawan ceri tomato – belah dua
¼ cawan mangga – potong dadu
1 biji nangka – buang biji
½  biji bawang besar – hiris bulat
Daun pudina – cincang kasar
Buah zaitun (hiris) – jika suka
¼ cawan Keju Mainland Edam
Bahan-bahan B (dressing):
100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
¼ cawan extra virgin olive oil
2 ulas bawang putih – cincang halus
½ sudu teh djorn mustard
½ susu teh oregano
Garam & lada hitam kisar secukupnya
 Cara membuat:
1.Sediakan mangkuk besar.  Satukan semua bahan A lalu gaul rata. Ketepikan.
2.Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada hitam kisar secukupnya.
3.Tuang bancuhan dressing ke dalam mangkuk berisi campuran salads.
*Cadangan hidangan; dihidangkan bersama crouton atau roti bakar yang dihiris kecil/nipis.
The post 7 Menu Hujung Tahun Yang Lazat & Mudah Disediakan Sempena Meraikan Tahun 2023 appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/12/7-menu-hujung-tahun-yang-lazat-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 232 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai Dalam menempuh sebuah perjalanan hidup di tahun 2022 pastinya terselit pelbagai jenis kisah dan cerita yang tersemat menjadi memori 2023 membuka lembaran baru semoga menjadi lebih baik daripada tahun sebelu...
Makluman Permohonan Mudah Rumah Ppr Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan

Makluman Permohonan Mudah Rumah Ppr Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 263 hits
MAKLUMAN Permohonan MUDAH Rumah PPR Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki akan diberitahu dari masa ke semasa Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPR Dimil...
Cara Mudah E Pengeluaran Kwsp Untuk Tahun 2023

Cara Mudah E Pengeluaran Kwsp Untuk Tahun 2023

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 193 hits
Cara Mudah E Pengeluaran KWSP Untuk Tahun 2023 Pihak pengurusan KWSP selalu mengambil cakna akan kepentingan dan kemudahan kepada pencarum yang menyimpan dalam akaun kumpulan Wang simpanan Pekerja iaitu KWSP jadi pihak pengurusan telah mewu...
Pemberian Bantuan Tunai Rakyat Tahun 2023

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 245 hits
Pemberian Bantuan Tunai Rakyat Tahun 2023 Hari ini baru sahaja dibentangkan di dalam parlimen negara oleh Perdana menteri Malaysia yang baharu iaitu datuk seri Anwar Ibrahim yang kini menjawat sebagai ketua pentadbir negara bagi satu pengga...
Takwim Persekolahan Tahun 2023

Takwim Persekolahan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 365 hits
Takwim Persekolahan Tahun 2023 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula Pastinya para ibu bapa mempunyai perancangan sepanjang tahun Untuk memudahkan korang di sini Sha kongsikan takwim sekola...
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 309 hits
Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia Tahun 23 Untuk pengetahuan anda dalam giat membantu belia B40 yang sekarang dan akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan pengangkutan penumpang seperti teksi bas dan e hailing Baru baru ini Me...
Terkini Pengambilan Besar Besaran Tentera Laut Diraja Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

Terkini Pengambilan Besar Besaran Tentera Laut Diraja Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 269 hits
Terkini Pengambilan Besar Besaran Tentera Laut Diraja Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera K epada Semua rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang ketenteraan khususnya dalam tentera laut pastikan anda jangan lepaskan peluang ini untuk memohon...
Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023

Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 277 hits
Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023 Sedar tak sedar tahun 2022 sudah pun hampir melabuhkan tirai meninggalkan kita 2023 adalah tahun yang tidak lama lagi kita bakal menemuinya Ada yang merasa bahagia apabila tiba tahun baru kerna dia ...
Kwsp Benarkan 8 Pengeluaran Khas Mengikut Syarat Rujuk Syarat Tahun 2023

Kwsp Benarkan 8 Pengeluaran Khas Mengikut Syarat Rujuk Syarat Tahun 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 316 hits
Makluman KWSP Benarkan 8 Pengeluaran Khas Mengikut Syarat Rujuk Syarat Tahun 2023 Untuk makluman semua bagi tahun ini menurut pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah banyak menyediakan pelbagai kemudahan kepada pencarum lebih lebih merek...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash