7 Kuih Tradisional Rare Yang Perlu Dikembalikan


Kredit: Azhan.co Pada zaman moden ini, memang terdapat banyak makanan baru yang inovatif dan menarik dihasilkan.
Mana tidaknya, dengan kewujudan laman media sosial seperti Instagram dan Facebook yang mana perkongsian makanan yang cantik, unik atau luar biasa menjadi buruan ramai.
Malangnya, kita terlupa dalam kesibukan kita mengejar makanan-makanan viral ini, kita terlupa tentang sajian-sajian klasik tradisional yang semakin pupus ini.
Klasik itu Abadi Sempena sambutan raya bersama Mudah.my di Bijan Restaurant baru-baru ini, kami telah disedarkan tentang realiti ini.
Sajian tradisional Malaysia, khususnya kuih-muih klasik semakin jarang ditemui kerana kemahiran untuk menyediakannya tidak lagi dipelajari oleh generasi baru.
Oleh itu, kami nak kongsi bersama anda 10 kuih tradisional yang hampir pupus yang anda tidak tahu wujud sebelum ini.


1. Tepung Puli Kredit: Picdeer Tepung puli ini merupakan kuih yang cukup popular di negeri Melaka pada suatu ketika dahulu. Jangan terkeliru kuih lemak manis ini dengan gulungan laksam Kelantan pula. Nanti ada yang sakit perut!
Kuih ini lazimnya dinikmati pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Malangnya, kuih ini jarang sekali ditemui kerana kemahiran membuatnya tidak diturunkan dan dipelajari. Memang merugikan!

2. Tepung Gomak Kredit; Gramha Kuih seterusnya yang semakin jarang ditemui sekarang ialah tepung gomak. Ha, kami yakin ada antara anda yang mengangguk kenal kuih ini dan ada yang pasti sedikit bingung apabila melihat nama kuih ini.
Kuih ini cukup popular di negeri-negeri sebelah pantai timur khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Lazimnya, kuih tepung gomak dijadikan sebagai hidangan minum petang. Kuih ini cukup popular dalam kalangan anak-anak kecil kerana kekenyalan kuih apabila digigit yang disertai letusan manisan kelapa parut yang digaul gula melaka. Memang terbaik!

3. Tepung Pelita Kredit: dailymakan.com Siapa yang tak kenal kuih tepung pelita? Bagi yang tak tahu, inilah kuih yang menjadi buruan ramai setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Kuih ini mempunyai lapisan santan dan tepung beras yang dimasak dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Rasanya yang lemak manis membuatkan sesiapa saja tak cukup hanya sekadar merasa sekali.

4. Nona Manis Kredit: Instaisb Sebelum anda memandai-mandai fikir ini ialah kuih lompang, baca dulu penjelasan kami. Kuih ini namanya ialah kuih nona manis. Kenapa namanya begitu? Itu kami tak tahu. Apa yang pasti kuih ini antara kuih tradisional yang makin sukar untuk ditemui.
Cara pembuatan kuih ini senang sahaja tapi memerlukan kesabaran dan tenaga untuk memukul adunan. Jika tak buat betul-betul, berpasirlah tekstur kuih ini.
Semasa kami menyertai acara mudah.my, kami diberi peluang untuk mempelajari cara menyediakan kuih ini daripada Pn. Saba, vendor nona manis di mudah.my. Kalau nak cuba kuih ini, bolehlah ke mudah.my dan tempah dari Pn. Saba.

5. Serabai Kredit: ismahasmi Bagi yang tinggal di sebelah utara, anda pasti kenal kuih ini. Kuih serabai merupakan salah satu pilihan sarapan kegemaran ramai di negeri-negeri di Utara.
Tekstur kuih itu memang lembut dan ringan tetapi malangnya tidak berperisa. Memang tak seronok makan begitu saja. Perkara yang membuatkan kuih ini istimewa ialah kuah santan pekat yang lemak manis. Memang tak cukup sepinggan kalau ada kuahnya!

6. Kuih Celorot Kredit: Instagram臺灣網頁版 Kuih ini memang ‘rare’. Kami pun tak tahu pasal kewujudan kuih ini hinggalah kami membuat penyelidikan sedikit.
Bagi yang tinggal di negeri Sarawak, rasanya anda cukup arif tentang kuih celorot ini. Kuih ini diberi nama sebegitu kerana dibungkus dalam daun pisang kelapa muda dalam bentuk corong.
Memang malang kita tak dapat jumpa kuih ini di Semenanjung. Kalau nak cuba juga, nampaknya kena pesan kepada rakan di Sarawak atau pergi sendiri.

7. Ketupat Palas Kuih yang terakhir bukanlah kuih mahupun suatu yang susah untuk ditemui tetapi ada sebab kenapa kami sertakannya dalam senarai ini.
Ketupat palas merupakan sejenis ketupat yang cukup popular di negeri-negeri di sebelah Utara khususnya semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Perkara yang membuatkan makanan ini cukup jarang untuk ditemui ialah kemahiran menyediakan losong ketupat itu yang semakin dilupakan. Memang secara teorinya nampak mudah tetapi percayalah, kami sudah cuba membuat sendiri dan sememangnya kemahiran ini tak dapat dipelajari dalam sehari.

Ada Kuih ‘Rare’ Lain Anda Tahu? Itu saja kuih-kuih tradisional (tak termasuk ketupat palas di atas. Itu bonus untuk anda) yang kami ketahui semakin susah untuk ditemui.
Terima kasih mudah.my kerana menjemput kami untuk mempelajari tentang dua sajian tradisional yang semakin dilupakan. Perkara penting yang perlu kita sedari ialah bukannya resepi yang dilupakan sebaliknya kemahiran untuk menyediakan sajian-sajian ini yang tidak diperturunkan.
Alangkah ruginya kita kalau satu hari nanti, anak cucu kita tak berpeluang untuk meneruskan warisan dan tradisi masakan kita. Masih belum terlambat kerana anda masih berpeluang untuk mencari ‘tok guru’ sajian-sajian ini dan belajar daripada mereka.

The post 7 Kuih Tradisional ‘Rare’ Yang Perlu Dikembalikan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/7-kuih-tradisional-rare-yang-perlu-dikembalikan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top 5 Kuih Raya Tradisional

Top 5 Kuih Raya Tradisional

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 2444 hits
Zaman era moden ni kuih raya moden pun dah tumbuh seperti cendawan selepas hujan kan Macam macam jenis kuih ada Sedap sedap belaka kan Dalam sibuk beraya dengan segala jenis kuih moden kuih raya tradisional jangan dilupa Kalau tak ada yang ...
Cucu Mandela Masuk Islam Cetus Kebimbangan Pemimpin Tradisional

Cucu Mandela Masuk Islam Cetus Kebimbangan Pemimpin Tradisional

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 230 hits
RABAT Cucu bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mencetuskan kontroversi dengan memeluk Islam menyebabkan pemimpin tradisional negara itu mula menyuarakan keresahan mereka berhubung perkara berkenaan Mandla Mandela 42 memegang jawata...
Dapatkan Rawatan Saraf Secara Tradisional

Dapatkan Rawatan Saraf Secara Tradisional

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 289 hits
Alhamdulillah Pusat Rawatan Saraf Tradisional Selepas ini rawatan akan lebih tertumpu di sini berbanding rawatan rumah ke rumah ke hospital Minyak Tradisional Malaysia juga ada di jual Untuk temujanji rawatan sila hubungi 0124489400 ATAU te...
Tarian Tradisional Lengkapi Pertunjukan Festival Crossborder Nunukan 2019

Tarian Tradisional Lengkapi Pertunjukan Festival Crossborder Nunukan 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 320 hits
Festival Crossborder Nunukan 2019 tak hanya menghadirkan pertunjukan bersifat kekinian Kegiatan ini juga menjadi wadah untuk mengenalkan seni budaya daerah
20 Binatang Warna Putih Rare Habis

20 Binatang Warna Putih Rare Habis

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 815 hits
Albino dalam bahasa latin membawa maksud putih yang juga merupakan satu penyakit dimana gangguan kongenital menyebabkan pigmen kulit tidak lengkap secara separa atau menyeluruh Bagi mereka yang menghidap penyakit ini bukan saja kulit mereka...
Rm925 Juta Dana 1mdb Telah Dikembalikan Kepada Kementerian Kewangan

Rm925 Juta Dana 1mdb Telah Dikembalikan Kepada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 239 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
8 Kontainer Sampah Impor Diduga Terpapar Limbah B3 Dikembalikan Ke Australia

8 Kontainer Sampah Impor Diduga Terpapar Limbah B3 Dikembalikan Ke Australia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 201 hits
Kami memberikan waktu selama 90 hari dari sekarang kepada perusahaan yang mengimpor delapan kontainer ini untuk mengembalikan ke Australia katanya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities