7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka
7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka | Penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit muka adalah sama pentingnya dengan penggunaan pembersih muka.
Selama ini, toner dikenali sebagai salah satu langkah penjagaan kulit yang berfungsi untuk menghilangkan sisa kotoran dari kulit wajah.
Selain itu, toner juga dikenal sebagai astringen, penjernih atau penyuling air, ternyata tidak hanya membersihkan kulit tetapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain untuk kesihatan kulit muka
Membersihkan muka dengan hanya pencuci muka adalah tidak mencukupi. Kotoran yang melekat di kulit muka bukan hanya habuk tetapi juga minyak yang dihasilkan oleh kalenjar minyak.
Jadi, untuk menanggalkan semua kotoran tersebut, penjagaan kulit muka memerlukan rangkaian rawatan dan salah satunya adalah toner
Mungkin selama ini ramai yang kurang tahu kebaikan menggunakan toner muka, jadi Sisyat akan kongsikan 7 kebaikan menggunakan toner muka dalam entry ini
7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka
#1 Mengimbangi pH Kulit MukapH kulit atau keasidan kulit boleh berubah kerana pengaruh pengeluaran minyak, pencemaran di persekitaran, penggunaan alat solek, atau produk kecantikan yang mengandungi alkohol. Jenis toner tertentu dapat mengimbangkan keasidan kulit pada pH 5-5.5 mengikut pH semula jadi kulit
#2 Membuang Sisa Kotoran Yang Masih MelekatToner membantu membersihkan sisa kotoran, minyak dan alat solek yang tidak dapat dibersihkan atau ditanggalkan ketika menggunakan susu pembersih atau sabun muka.
#3 Keluarkan Minyak Dari KulitJenis toner yang diklasifikasikan sebagai astringen dapat mengurangkan minyak atau sebum pada permukaan kulit wajah. Toner jenis ini juga dapat mengurangkan kilauan, sehingga menjadikan solekan wajah lebih tahan lama.
#4 Melembapkan KulitUntuk mengembalikan kelembapan kulit, sapukan toner secara merata ke seluruh muka selepas mencuci muka. Fungsi toner untuk melembapkan kulit dapat dicapai dari toner yang mengandungi asid amino, asid hyaloronic atau minyak mineral.
#5 Menghilangkan Parut JerawatToner yang mengandungi asid glikolat dapat memudarkan bintik hitam ringan dari parut jerawat. Tetapi untuk parut jerawat yang dalam atau bahkan berongga, penggunaan penjagaan kulit tidak mencukupi. Untuk memudarkan parut jerawat yang diklasifikasikan sebagai teruk, ianya perlukan penjagaan khas dari pakar dermatologi.
#6 Mencegah Kulit Menjadi KeringToner juga dapat mencegah kehilangan air yang menyebabkan hilang kelembapan pada permukaan kulit. Fungsi toner penting untuk menjaga kesihatan semua jenis kulit wajah, terutama kulit muka jenis kering.
#7 Mengatasi Masalah JerawatToner dapat mengatasi jerawat jika penggunaannya disertai dengan produk untuk merawat jerawat. Keadaan jerawat ringan dapat diatasi, dengan penggunaan toner yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida. Toner dengan ramuan ini dapat membersihkan dan mengurangkan pori, mencegah jerawat dan bintik hitam.
Semoga perkongsian 7 kebaikan menggunakan toner muka dapat membantu anda bertambah yakin dan suka untuk mengamalkan toner muka dengan konsisten
Di Korea, terdapat satu teknik yang dikenali sebagai teknik 7 lapisan. Teknik ini menggunakan 7 lapisan toner yang ditampal pada muka menggunakan tisu bagi tujuan melembabkan kulit
Tapi, teknik ini boleh dipermudahkan lagi dan mengikut kesesuaian untuk diamalkan di negara kita
Cukup hanya mengamalkan penggunaan toner muka yang bersesuaian dengan jenis kulit secara konsisten. Lebih elok sekiranya toner muka dipilih berasaskan bahan botani atau bahan semulajadi
Baca juga :YOUTH Perfecting Toner Shaklee
Penggunaan toner muka yang mengandungi alkohol menyebabkan kulit muka menjadi kering dan sensitif. Jadi, elakan dari toner tersebut
-Sisyat-Rakan Kulit Sihat Anda
Kredit / sumber:https://www.thebestwayforhealthylife.com/2019/08/7-benefits-using-facial-toner.html?m=1
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hayatisuki.com/2020/12/7-kebaikan-menggunakan-toner-muka.html