7 Hari Menjelang Wafat Rasulullah Saw



Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.

Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.

Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.

Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.

Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.

Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.

Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;

مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..

Ertinya:
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;

إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..

Ertinya:
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..

Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".
sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sahihke.blogspot.com/2020/04/7-hari-menjelang-wafat-rasulullahSAW.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Tauladan Rasulullah Saw Dan Kucing Mueeza

Kisah Tauladan Rasulullah Saw Dan Kucing Mueeza

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 883 hits
Mueeza Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan Mueeza Muezza Kesayangan RasulullahSetiap kali Rasulullah ...
Curhat Berlinang Air Mata Sebelum Meninggal Yuli Enggak Makan Dua Hari Anak Sempat Sakit

Curhat Berlinang Air Mata Sebelum Meninggal Yuli Enggak Makan Dua Hari Anak Sempat Sakit

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 204 hits
Seorang warga Kota Serang Banten bernama Yuli meninggal dunia Senin usai dikabarkan kelaparan dan tak makan selama dua hari Ia empat anak dan suaminya yang seorang pemulung terpaksa hanya meminum air galon untuk mengganjal perut lapar merek...
52 Hari Berlalu Kami Tidak Akan Lupa Ingat Kami Akan Bantai Habis Habisan

52 Hari Berlalu Kami Tidak Akan Lupa Ingat Kami Akan Bantai Habis Habisan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 173 hits
Apa yang telah terjadi selepas PH tumbang 1 Solat Jumaat tidak dibenarkan 2 Kuliah agama tidak dibenarkan di masjid 3 Bazar Ramadhan tidak dibenarkan 4 Solat tarawih tidak dibenarkan di masjid 5 Solat 5 waktu tidak dibenarkan di masjid 6 Me...
Pasangan Usd Cad Ipda Pergerakan Harga Julat 60 Hari Untuk 22 April 2020

Pasangan Usd Cad Ipda Pergerakan Harga Julat 60 Hari Untuk 22 April 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 342 hits
Seperti yang dapat kita lihat pada carta 4 jam Dolar Kanda kini berada di kawasan premium ini bermaksud pasangan USD CAD boleh menurun Perbezaan antara CCI juga menunjukkan kebarangkalian tersebut Semasa penembusan Covid 19 harga Minyak Men...
Covid 19 Wanita Indonesia Mengadu Tidak Makan 2 Hari Meninggal Dunia

Covid 19 Wanita Indonesia Mengadu Tidak Makan 2 Hari Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 517 hits
JAKARTA Seorang wanita di daerah Banten Indonesia yang mengadu tidak makan selama dua hari meninggal dunia sehari selepas ditemu bual sebuah stesen televisyen tempatan Kisah keluarga Allahyarhamah Yulie Nuramelia 43 bersama suami dan empat ...
Hilang 10kg Sepanjang 30 Hari Pkp Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Slow And Steady

Hilang 10kg Sepanjang 30 Hari Pkp Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Slow And Steady

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 463 hits
Bukan mudah untuk sesetengah orang yang sanggup turunkan berat badan untuk tampil berkeyakinan dalam kehidupan mereka Ada juga yang bertubuh kecil tetapi cara makan ibarat tiada hari esok namun badan mereka tetap kecil Lain pula bila seseor...
Hari Ini Aku Nak Ajar Macai Ph Tentang Gambar

Hari Ini Aku Nak Ajar Macai Ph Tentang Gambar

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 574 hits
Gambar 1Geng PH cuba ambil kesempatan menyebarkan gambar abu syafiq dengan presiden PAS lalu terus cop dia ahli PAS dengan harapan rakyat akan marahkan PAS dek kerana beberapa isu yg ditimbulkannya Sebenarnya gambar tersebut diambil semasa ...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis