7 Fakta Kenapa Kos Pembedahan Di Hospital Sangat Mahal


Kita semua tahu prosedur pembedahan yang dilakukan di hospital memerlukan kos yang sangat tinggi walaupun begitu, kita masih bernasib baik mempunyai sistem perubatan nasional yang sangat mementingkan kebajikan golongan kurang berkemampuan, berbanding negara-negara lain.

Gambar hiasan

Ura-ura untuk negara kita menukar sistem tanggungan perubatan ini kepada sistem di mana setiap rakyat diwajibkan mencarum dalam perubatan negara kita, semakin kuat disebutkan selepas pertukaran kerajaan berlaku.

Seandainya pengenalan sistem seolah insurans ini benar-benar dilaksanakan, ini akan menambah satu lagi beban kewangan pada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

Keluhan berkenaan kos perubatan khasnya pembedahan yang terlalu tinggi, memang biasa kedengaran tetapi mengapa kos pembedahan mampu mencapai harga tak masuk akal?

1. Kos pembayaran pakar bedah

Majoriti pembedahan major kebiasaannya memerlukan sekurang-sekurangnya dua orang pakar, dengan seorang bertindak untuk menjalankan operasi dan seorang lagi bertindak sebagai pakar pelalian.

Ada kalanya, dalam kes yang rumit - penglibatan beberapa orang pakar yang akan melakukan operasi diperlukan.

Dalam sistem perubatan peringkat swasta, kebiasaannya doktor yang terlibat akan mengenakan caj mengikut kadar yang telah mereka persetujui dengan pihak pengelola hospital.

2. Kos pekerja bilik pembedahan

Selain daripada minima dua orang doktor yang terlibat, perlu ada sekurang-kurangnya dua orang lagi pekerja yang bertugas di dalam dewan bedah pada setiap masa.

Seorang pekerja yang dilabelkan sebagai 'circulating nurse' bertugas untuk merekodkan semua yang berlaku semasa pembedahan.

Seorang lagi yang digelarkan sebagai 'surgical technologist' atau ST bertanggungjawab untuk memastikan semua peralatan yang digunakan semasa pembedahan bebas dari kuman.

3. Kos dewan pembedahan

Dewan pembedahan atau 'operating theatre' yang akan digunakan akan disediakan supaya bebas daripada kuman.

Setiap tatacara pembersihan yang dilakukan akan dikenakan bayaran-bayaran tertentu bergantung kepada kerumitan kes.

Di Amerika Syarikat misalnya, bayaran untuk dewan pembedahan dikira menggunakan sistem durasi, dengan kadar caj dewan pembedahan dikira berdasarkan tempoh penggunaan setiap 15 minit.

4. Kos bilik PACU

Di kebanyakan hospital selepas setiap pembedahan, semua pesakit akan diletakkan di Post Anesthesia Care Unit atau PACU terlebih dahulu.

Di sini pesakit akan dipantau sehinggalah kesan pelali yang telah digunakan semasa pembedahan hilang sepenuhnya, dalam mengawasi adakah berlaku sebarang komplikasi dan kesan sampingan selepas pembedahan selesai.

5. Kos bayaran bilik hospital

Seandainya pesakit perlu diawasi selepas pembedahan di wad, kos penggunaan bilik atau wad akan dikenakan, termasuklah kos untuk penjagaan yang disediakan.

Semasa peringkat ini, semua prosedur kecil yang dilakukan seperti memasukkan saluran IV, ubat-ubatan, ujian dan pelbagai lagi akan menambah kepada jumlah kos yang perlu ditanggung.

6. Kos ICU

Bagi pesakit yang kurang bernasib baik dan perlu ditempatkan dalam unit rawatan rapi, seperti kes-kes pembedahan jantung terbuka dan pemindahan organ misalnya, kos akan meningkat dengan lebih cepat disebabkan kos ICU jauh lebih tinggi berbanding pesakit yang hanya duduk di wad biasa untuk pemulihan.

Seandainya semasa mereka berada di situ dan memerlukan ujian darah, imbasan x-ray dan ubat-ubatan, semua itu akan dimasukkan ke dalam kos yang perlu dibayar.

7. Kos konsultasi

Setiap kali doktor menemui pesakit khasnya dalam sistem perubatan hospital swasta, doktor berhak untuk mengenakan bayaran ketika melawat pesakit yang belum atau sudah menjalani pembedahan.

Setiap sesi konsultasi akan dicaj mengikut kelayakan doktor tersebut, dengan kadar caj berbeza-beza dikenakan pada pesakit.

Ketika semua ini dijumlahkan, barulah kos sebenar sesuatu pembedahan itu dapat dilihat.

Bagi mereka yang gemar ke hospital awam kerana kos yang rendah, mungkin kita tidak menyedari kos sebenar setiap prosedur rawatan.

Namun, bagi mereka yang biasa ke hospital swasta, pasti anda sudah biasa melihat bagaimana semua item yang digunakan seperti picagari pun direkodkan satu per satu harganya, sehingga mampu membuatkan pesakit yang sepatutnya semakin sihat, pitam semasa melihat jumlah yang perlu dibayar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Dr. Christiaan Barnard Pakar Bedah Pemindahan Jantung Pertama Di DuniaHospital Sultanah Aminah Wad ICU Pertama Di Malaysia
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/fakta-kos-pembedahan-di-hospital-mahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Filem Blockbuster Dengan Kos Produksi Mahal

5 Filem Blockbuster Dengan Kos Produksi Mahal

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 220 hits
Filem filem blockbuster ini antara yang berjaya tersenarai dalam carta pecah panggung dan berjaya mengumpul keuntungan besar sehingga mencecah angka jutaan dollar Khabarnya kos produksi pun bukan calang calang Hebat pasti membuatkan ramai p...
Cekiik Pekerja Stesen Minyak Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

Cekiik Pekerja Stesen Minyak Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 773 hits
TINDAKAN penyanyi Zynakal menyerang seorang pekerja stesen minyak baru baru ini berkait rapat dengan masalah gangguan mental apabila komposer muda itu ditahan di wad psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur pada Sabtu Cekiik Pekerja Stesen Min...
Meremang Bulu Roma Bangga Sangat Pelanggan Semua Berdiri Restoran Tiba Tiba Pasang Lagu Negaraku

Meremang Bulu Roma Bangga Sangat Pelanggan Semua Berdiri Restoran Tiba Tiba Pasang Lagu Negaraku

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 326 hits
Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan baru baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat menghargai pengorbanan lampau yang telah dicurahkan oleh pejuang pejuang terdahulu Perkara ini dapat dilihat tidak kira apa pun bangsa mahupu...
Pencari Suaka Mengaku Bantuan Rp 1 Juta Sangat Sedikit

Pencari Suaka Mengaku Bantuan Rp 1 Juta Sangat Sedikit

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 217 hits
Pencari Suaka Mengaku Bantuan Rp 1 Juta Sangat Sedikit Salah satu pencari suaka yang menerima uang tersebut adalah Ahmed pengungsi asal Afganistan Ia mengaku mendapatkan uang Rp 1 juta
Isteri Jarang Sangat Tak Serabai Kalau Bersiap Suami Snaplah Gambar Untuk Kenangan Anak Anak

Isteri Jarang Sangat Tak Serabai Kalau Bersiap Suami Snaplah Gambar Untuk Kenangan Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 726 hits
Sekeping gambar menceritakan segala galanya Apa yang dikongsikan Hanis Zalikha ini ada benarnya Rakamlah seberapa banyak gambar sebagai kenangan dan tatapan anak anak Perkongsian Hanis ini mungkin turut dirasai para ibu ibu yang lain Mungki...
Dia Sangat Penyayang Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan Pergi Bersama Bayi Dikandung

Dia Sangat Penyayang Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan Pergi Bersama Bayi Dikandung

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 570 hits
Dalam keterujaan menunggu hari melahirkan anak kelima lelaki ini terpaksa menerima kehilangan isteri sedang sarat hamil Dua nyawa hilang sekali gus dalam sekelip mata Allahyarham Faridah Md Nayen yang sedang sarat mengandung terkorban dalam...
Introvert Bukanlah Teruk Sangat

Introvert Bukanlah Teruk Sangat

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 488 hits
Mama Yan suka tengok Vlog Markian ni Memang best Tapi Mama Yan tak mampu nak buat macam ni Tengok saja dahh Buat video memang bukan kepakaran Mama Yan Mama Yan pernah sekali cuba cuba rakam video Kekonon nak buat vlogger Bila tengok sendiri...
Adiwira Ke Smk Seksyen 16 Shah Alam Cantik Sangat

Adiwira Ke Smk Seksyen 16 Shah Alam Cantik Sangat

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 904 hits
Sampai juga hajat hati nak berkunjung ke SMK Seksyen 16 Shah Alam Ceria Lawaa sangat Penuh mural depan belakang kiri kanan atas bawah Lagi seronok bila dengar mural yang sama sama di lukis dan dicat murid dari pelbagai kelas nih membantu ke...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut