Dia Sangat Penyayang Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan Pergi Bersama Bayi Dikandung


Dalam keterujaan menunggu hari melahirkan anak kelima, lelaki ini terpaksa menerima kehilangan isteri sedang sarat hamil. Dua nyawa hilang sekali gus dalam sekelip mata.
Allahyarham Faridah Md Nayen yang sedang sarat mengandung terkorban dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Langkap – Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat di Teluk Intan, pagi semalam.
PERJALANAN KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN KANDUNGAN
Tiada siapa menjangka perjalanan ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan kandungannya adalah saat-saat terakhir Allahyarham. Allahyarham Faridah menumpang kenderaan jirannya yang turut maut dalam kemalangan tersebut.

DIMAKLUMKAN HANYA KEMALANGAN KECIL
Berita menyayatkan hati itu diterima suami Allahyarham Faridah, Ahmad Ismail, 45, pada 11.30 pagi daripada sepupunya yang memaklumkan hanya kemalangan kecil.
“Sebaik terima panggilan saya bergegas ke Hospital Teluk Intan, namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan malam ini.
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya bersama tiga yang lain yang juga jiran sebelah rumah sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Tanjung Keramat menuju ke Klinik Kesihatan Desa Tanjung Keramat terletak kira-kira 1 kilometer.
Gambar hiasan. ALLAH LEBIH MENYAYANGI
Bapa kepada empat cahaya mata ini reda dengan ketentuan Allah yang lebih menyayangi isterinya dan bayi mereka.
“Saya reda dan terima kehendak tuhan ini. Kami menunggu kelahiran anak kelima namun tuhan lebih menyayangi mereka dan anak itu turut meninggal dunia dalam perut kandungan,” katanya sayu.
Gambar hiasan. “IBU SEORANG YANG SANGAT PENYAYANG”
Lebih memilukan ialah apabila anak anak sulung, Allahyarham Faridah, Mohd Firdaus Ahmad, 15 mengatakan ibu yang dikasihi seorang yang sangat penyayang. Ternyata dia tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui selepas kehilangan ibu tersayang.
“Ibu adalah seorang yang sangat penyayang, namun sentiasa tegas dalam pelajaran. Hasrat ibu adalah untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran dan arwah sering menasihatkan saya supaya rajin belajar serta mahu saya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lama lagi.
“Saya ingin memenuhi hasrat arwah yang mahu saya memperoleh keputusan cemerlang itu,” kata Firdaus.

BAYI 8 BULAN ANTARA YANG CEDERA
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kemalangan mengakibatkan tiga wanita maut iaitu suri rumah, Farah Ain Salim, 19; pesara Fuziyah Sarjuni, 62 dan Faridah Md Nayen, 38 yang sarat mengandung 35 minggu.
Kemalangan membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga itu turut mengakibatkan anak kepada Farah Ain iaitu Nur Afrina Miqaila berusia lapan bulan cedera dan seorang lelaki berusia 43 tahun luka di hidung.
Sumber: hmetro.com.my
Artikel berkaitan: Tak Kesampaian Jadi Ibu, Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan. Sempat Jamah Hidangan Diidam

Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
The post “Dia Sangat Penyayang…”Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan, Pergi Bersama Bayi Dikandung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dia-sangat-penyayang-ibu-hamil-menunggu-hari-maut-kemalangan-pergi-bersama-bayi-dikandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 457 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 2...
Bayi Antara Maut Kes Denggi Ibu Bapa Ambil Tindakan Sebelum Terlambat

Bayi Antara Maut Kes Denggi Ibu Bapa Ambil Tindakan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 454 hits
Perkara yang ibu bapa sering utamakan untuk anak anak ialah kesihatan mereka Menjadi kebimbangan buat ibu bapa bila anak yang ceria menjadi lemah gara gara kesihatan yang mendatang Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun ini hingga b...
Bayi Dari Ibu Hamil Yang Ditandu Menuju Puskesmas Di Lebak Meninggal

Bayi Dari Ibu Hamil Yang Ditandu Menuju Puskesmas Di Lebak Meninggal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 216 hits
Kejadian ini bukan pertama kali Warga sakit atau ingin melahirkan di desa tersebut terpaksa harus ditandu karena jalan rusak
Ibu Sawan Bersalin Bayi Meninggal Mayat Terbiar Dalam Peti 3 Hari Kerana Gagal Kumpul Rm500

Ibu Sawan Bersalin Bayi Meninggal Mayat Terbiar Dalam Peti 3 Hari Kerana Gagal Kumpul Rm500

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 486 hits
Pilunya hati membaca kisah benar ini Hanya kerana kurangnya gagal mengumpul kos pengurusan jenazah tubuh si bayi terpaksa dibiarkan dalam peti sejuk 3 hari sebelum dikebumikan Perkongsian daripada organisasi sukarela ini amat menyentuh hati...
Begini Cara Penting Dalam Memenuhi Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Begini Cara Penting Dalam Memenuhi Nutrisi Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 205 hits
Dilansir dari Health Me Up Dr Shilpa Mittai ahli nutrisi dan konsultan diet memberikan beberapa tips yang harus diperhatikan ketika wanita hamil Menurutnya wanita hamil membutuhkan 300 Kcal ekstra kalori ekstra protein 15 gram ekstra protei...
Anies Sanksi Apoteker Yang Beri Obat Kedaluwarsa Ke Ibu Hamil

Anies Sanksi Apoteker Yang Beri Obat Kedaluwarsa Ke Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 213 hits
Dia memastikan apoteker yang telah lalai telah diberhentikan dari posisinya Ia meminta pelayanan kesehatan kepada masyarakat harus dilakukan secara profesional
Ibu Pijak Bayi Yang Baru Dilahirkan Sehingga Mati

Ibu Pijak Bayi Yang Baru Dilahirkan Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 648 hits
Ibu pijak bayi yang baru dilahirkan sehingga matiSeorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan 22 Ogos lalu Welmince Alunat 38 hanya mengangg...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord