7 Amalan Yang Dijanjikan Ke Syurga
Amalan-amalan baik yang dilakukan secara istiqamah akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah SWT. Tak kira amalan apa yang dilakukan seperti berzikir, membaca al Quran dan banyak lagi pasti diberikan ganjaran pahala yang tidak dapat kita bayangkan banyaknya. Kita mungkin sangka dapat pahala sekian banyak sekian bentuknya, tetapi bagaimana rupa ganjaran di akhirat nanti hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Amalan-amalan yang dimaksudkan di sini adalah amalan sunat yang kita lakukan sebagai menambah baik solat wajib yang terkurang di sana sini. Maka, sebagai tanda penyesalan, kita memohon Allah menerima amalan-amalan sunat kita yang lain
7 AMALAN DIJANJIKAN KE SYURGA
Bersama-sama kita mengambil iktibar dan ilmu yang dikongsikan di bawah demi mendapatkan tempat terbaik di sisi Allah
1 - Membaca Doa Selepas Wuduk
Sabda Rasullullah SAW maksudnya:“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,
اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ. وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ، وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalahu . Wa asyhadu anna Muhammadan’abduhu wa rasuuluhu Allahumma-j alnii minattabinna waj alnii minal mutathohiirina waj alnii min ‘ibadatishalihin.”
Maksudnya : "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri"
akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka."
- Hadis Riwayat ImamTarmizi( 50) ; Sahih: Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148) -
2 - Membaca Ayat Kursi Selepas Solat Fardhu
Daripada Abi Umamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.
- Hadis Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Hadis Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban -
3 - Membaca Penghulu Istighfar
*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*
Maksudnya, "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau”
Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.”
- Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya No. 5947 dan 5964 -
4 - Membaca Zikir : Laa hawla wa laa quwwata illa billah’
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Maksudnya, "Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah"
Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada ‘Abdullah bin Qois,
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ . فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga”
- HR. Bukhari no. 7386 -
5 - Mengucapkan Kalimah : La ilaha illaLlah” Di Akhir Hayat Sebelum Meninggal Dunia
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wasallam:
Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga"
- Hadis Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479 -
6 - Berdoa Mohon Syurga
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”
- HR. Ahmad 12585, Nasai 5521, Tarmidzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al Albani -
7 - Membaca Surah Al Ikhlas 10 Kali
Dari Mu’adz bin Anas Al-Juhaniy radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْراً فِى الْجَنَّةِ
“Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai ia merampungkannya (surah Al-Ikhlas, pen.) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.”
- HR. Ahmad, 3: 437.
Alhamdulillah ♥️
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/07/7-amalan-yang-dijanjikan-ke-syurga.html