68 Motosikal Musnah Terbakar Di Apartmen Alor Vista Relau Bayan Lepas



GEORGE TOWN, 17 April - Sebanyak 68 buah motosikal yang diparkir di kawasan meletak kenderaan apartmen Taman Alor Vista Relau, Bayan Lepas dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Muzamer Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku kebakaran di kawasan parkir itu pukul 2.52 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


"Sebaik tiba, api sedang marak dan sebahagian motosikal berkenaan telah musnah. Pihak kami menjalankan kerja memadam kebakaran dari terus merebak ke motosikal serta kenderaan lain yang terdapat di situ," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya tindakan pantas pihak bomba mengawal dan memadam kebakaran telah berjaya menyelamatkan 300 hingga 400 buah motosikal yang terdapat di kawasan parkir berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 40 buah motosikal musnah 100 peratus dan bakinya terbakar kira-kira 50 peratus manakala empat buah kereta yang berada di situ turut terbakar akibat terkena bahang api daripada kebakaran itu.

Muzamer berkata setakat ini pasukan forensik kebakaran masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan sekiranya terdapat unsur khianat sehingga menyebabkan kebakaran berlaku.

Katanya kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 4.00 pagi dan pihaknya membuka Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) bagi memudahkan pemilik motosikal yang terlibat membuat laporan.

Sementara itu, seorang mangsa Zulfadli Hishamudin, 35, berkata motosikal jenis Kawasaki Z800 miliknya yang berharga kira-kira RM35,000 baru dibeli tiga minggu lepas musnah dalam kebakaran berkenaan.

"Saya dapat tahu terdapat kebakaran di kawasan parkir kenderaan kira-kira pukul 3.00 pagi tadi dan terus bergegas untuk melihat apa yang berlaku kerana motosikal saya juga diletakkan di situ. Saya sangat sedih kerana motosikal itu hangus terbakar," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Husni Abdul Wahab, 52, berkata dua buah motosikal jenis Honda dan Yamaha milik beliau dan anak lelakinya yang diparkir di situ turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

"Saya harap pihak berkuasa terutama polis dapat menyiasat sama ada kebakaran itu berunsur khianat atau sebaliknya dan jika ia ada unsur jenayah, kami mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/68-musnah-terbakar-di-apartmen-alor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
68 Motosikal Musnah Angkara Khianat

68 Motosikal Musnah Angkara Khianat

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 337 hits
Shamsul Munir Safini SEBANYAK 68 motosikal musnah dalam kebakaran di parkir motosikal di Taman Alor Vista Relau Bayan Lepas jam 2 50 pagi ini Dalam kejadian itu 40 motosikal hangus 100 peratus manakala 28 lagi terbakar 50 peratus dan empat ...
Jururawat Diculik Is 5 Tahun Lepas Dipercayai Masih Hidup

Jururawat Diculik Is 5 Tahun Lepas Dipercayai Masih Hidup

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 385 hits
Jururawat diculik IS 5 tahun lepas dipercayai masih hidup Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Apr 2019 8 00PM
Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 423 hits
Din Pagoh Muhyidin Yassin menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengelirukan rakyat dalam soal pelaburan Felda dalam Eagle High Plantation dan KL Vertical City Project Tuduh Din Pagoh lagi Najib menggunakan calculated statement untuk meng...
Tak Kunjung Diperbaiki Warga Lepas Buaya Di Jalan Berlubang

Tak Kunjung Diperbaiki Warga Lepas Buaya Di Jalan Berlubang

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 301 hits
Romi Pakaya melepas seekor buaya peliharaan di badan jalan di Kelurahan Dulalowo Kecamatan Kota Tengah Kota Gorontalo Sabtu sore Aksi itu sebagai protes terhadap pemerintah karena jalan tak kunjung diperbaiki Buaya yang berukuran dua meter ...
Lepas Turn Dia Dapat Duit Kutu Rm5 000 Terus Senyap

Lepas Turn Dia Dapat Duit Kutu Rm5 000 Terus Senyap

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 438 hits
Aktiviti Duit Kutu sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita Ia bertujuan bagi memudahkan seseorang itu mengumpul wang dan membeli barang keinginannya Akan tetapi permainan ini sangat berisiko di mana ada ah...
Menteri Susi Lepas 69 005 Benih Lobster Hasil Selundupan Di Karimun Jawa

Menteri Susi Lepas 69 005 Benih Lobster Hasil Selundupan Di Karimun Jawa

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 300 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti melepas 69 305 ekor lobster pasir dan lobster mutiara hasil dari penggagalan penyelundupan ke luar negeri di perairan Pulau Cemara Karimun Jawa Meski demikian pihaknya menyisihkan beberapa eko...
Aksi Anggota Polri Lepas Kaos Untuk Bocah Aremania Terpisah Dari Orangtuanya

Aksi Anggota Polri Lepas Kaos Untuk Bocah Aremania Terpisah Dari Orangtuanya

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 349 hits
Polwan dan Perwira Polres Malang tidak tega melihat wajah imut itu bibirnya gemetar karena kedinginan Seorang anggota polisi yang sedang bertugas pun akhirnya rela melepas kaos dalamnya untuk sang bocah
Penat Nak Jawab Makcik Pakcik Yang Sibuk Shakilla Fizi Dedah Wajah Anak Lepas 30 Hari

Penat Nak Jawab Makcik Pakcik Yang Sibuk Shakilla Fizi Dedah Wajah Anak Lepas 30 Hari

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 417 hits
Shakilla Khoriri suaminya Fizi Ali akan mendedahkan wajah anak mereka Ameena Sofia selepas 30 hari Pasangan pelakon penyampai radio ini mempunyai alasan sendiri untuk tidak mendedahkan wajah Ameena yang dilahirkan pada 14 Mac 2019 lalu Akan...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu

Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Unrestrained An All Out Yamaha Tr1 Caf Racer From France


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuk Rusuk Pengkisahan Dari Tirai Besi Part 1

Drama Bf Green Flag

Puding Tembikai Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Yang Mengagumkan

Amad Dayyan Mendewasa Chord

Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

Hiburan Nubhan Seorang Abah Yang Baik Dr Afifah Tawfek