642 Kenderaan Masih Degil Cuba Rentas Daerah


Larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan sepanjang Aidilfitri dijadual kembali kepada larangan mengikut zon membabitkan enam zon semuanya mulai esok yang mana daerah berada dalam zon sama tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan.
642 Kenderaan Cuba Nasib Rentas Daerah Di Sabah Diarah Patah Balik
Ramai individu dikesan masih berdegil mahu mencuba nasib untuk merentas daerah walaupun mengetahui perkara itu dilarang sepanjang sambutan Aidilfitri dalam usaha mengekang penularan COVID-19. J urucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pendedahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 642 kenderaan diarah berpatah balik dalam cubaan untuk merentas daerah bermula 10 Mei lalu sehingga semalam.

Beliau berkata, perbuatan sengaja cuba melanggar larangan merentas daerah itu mengganggu kelancaran sekatan jalan raya di seluruh negeri.

"Sekatan jalan raya dilaksanakan bermula 10 Mei lalu sehingga 16 Mei bagi menyekat kenderaan bukan perkhidmatan perlu dan tidak mendapat kebenaran untuk merentas daerah.

"Pihak PDRM melaporkan sehingga petang semalam sebanyak 642 kenderaan diarah berpatah balik. PDRM mendapati bahawa mereka yang diarah berpatah balik sememangnya tahu mengenai larangan itu tetapi masih mencuba nasib untuk merentas daerah.

"Orang awam yang ingin merentas daerah dan bukan dalam golongan perkhidmatan perlu atau tidak mendapat kebenaran khas adalah diingatkan supaya tidak berbuat demikian. Ini bagi membolehkan sekatan jalan raya dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.


Secara keseluruhan 53 sekatan jalan raya yang beroperasi 24 jam sehari dilaksanakan di seluruh negeri dengan sebanyak 21,161 kenderaan diperiksa semalam, manakala 179 kenderaan diarah berpatah balik, selain 10 dikompaun kerana kesalahan merentas daerah.

Larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan sepanjang Aidilfitri dijadual kembali kepada larangan mengikut zon membabitkan enam zon semuanya mulai esok yang mana daerah berada dalam zon sama tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan majlis Aidilfitri atau rumah terbuka pada tahun ini.

"Kerajaan negeri sudah memutuskan untuk tidak membenarkan majlis hari raya atau rumah terbuka pada tahun ini. Masyarakat diingatkan supaya mematuhi keputusan ini bagi membendung penularan COVID-19," katnya.

Selain larangan penganjuran majlis berkaitan sambutan perayaan, majlis sosial lain termasuk perkahwinan turut dilarang, namun masih ada dikesan tidak mematuhinya dengan satu kompaun atas kesalahan mengadakan majlis perkahwinan dikeluarkan di Sabah semalam.

Dalam pada itu, Sabah semalam mencatat 60 kes baharu COVID-19, manakala seramai 101 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan baki pesakit yang masih dirawat di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) seluruh Sabah seramai 517 orang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/05/642-kenderaan-masih-degil-cuba-rentas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebanyak 1 472 Kenderaan Di Pandu Individu Cuba Rentas Daerah Di Arah Berpatah Balik

Sebanyak 1 472 Kenderaan Di Pandu Individu Cuba Rentas Daerah Di Arah Berpatah Balik

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 229 hits
SHAH ALAM Sebanyak 1 472 kenderaan yang dipandu individu degil cuba merentas daerah di sekitar Selangor telah diarahkan berpatah balik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 6 Mei lalu Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohame...
3 Lelaki Kena Kompaun Rm5 000 Cuba Rentas Daerah Negeri

3 Lelaki Kena Kompaun Rm5 000 Cuba Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 252 hits
Tiga lelaki dikompaun RM5 000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di Pantai Bagan Pinang Port Dickson di Negeri Sembilan semalam Ketu
Mulai 10 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Sabah

Mulai 10 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 268 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata ziarah Hari Raya dibenarkan namun hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang Sumber Kenyataan Media Harian Kerajaan Negeri Sabah 6 Mei 2021 Rentas da...
Sedih Tidak Dapat Rentas Negeri Dan Daerah

Sedih Tidak Dapat Rentas Negeri Dan Daerah

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 329 hits
Ini 7 Idea untuk Menyambut dan Menggamit Suasana Lebaran di Negeri Selangor dengan PusingSelangorDulu Tidak boleh pulangberaya ekoran larangan merentas negeri dalam usaha melandaikan penularan jangkitan Covid 19 Namun ianya tidak menjadi pe...
Misha Omar Tegur Orang Kelantan Cuba Rentas Negeri

Misha Omar Tegur Orang Kelantan Cuba Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 239 hits
Semalam tular berita apabila 1 000 kenderaan ditahan atas cubaan merentas negeri masuk ke Kelantan sebelum diarah untuk berpatah balik Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Misha Omar yang tampil menegur khususnya buat rakyat Pantai...
Puteri Umno Rayu Mkn Benar Rentas Daerah Di S Gor Pada 1 Syawal

Puteri Umno Rayu Mkn Benar Rentas Daerah Di S Gor Pada 1 Syawal

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 166 hits
MALAYSIAKINI Puteri Umno merayu Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan orang ramai merentas daerah di Selangor pada 1 Syawal bagi menyambut Adifilfitri Ketuanya Zahida Zarik Khan berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan k...
Kah Kah Kah Woiii 22 Kali Tak Lawan Woiii Rentas Daerah Tak Ikut Sop Woiii

Kah Kah Kah Woiii 22 Kali Tak Lawan Woiii Rentas Daerah Tak Ikut Sop Woiii

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 221 hits
Mohd Shah RimBijak puak PAS mainkan isu ni seolah wujud gerakan menentang Ulama dan Ustaz Aku nak tanya ada yang menentang Ustaz Ebit Lew yang berdakwah dan membantu rakyat susah dan miskin ada Apa yang rakyat tolak adalah segolongan Ustaz ...
Rentas Daerah Negeri Bagi Tujuan Vaksinasi Covid 19 Tak Perlu Surat Polis Kj

Rentas Daerah Negeri Bagi Tujuan Vaksinasi Covid 19 Tak Perlu Surat Polis Kj

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 261 hits
By 4 May 2021Khairy Jamaluddin Abu BakarKUALA LUMPUR Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID 19 di Pusat Pemberian Vaksin di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada p...
Terkini Pkp 6 Daerah Di Selangor Termasuk Petaling Dan Gombak Bermula 6 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan

Terkini Pkp 6 Daerah Di Selangor Termasuk Petaling Dan Gombak Bermula 6 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 310 hits
PENINGKATAN kes Covid 19 yang membimbangkan mendorong pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di enam buah daerah negeri Selangor Hari ini sebanyak 3 120 kes positf Covid 19 baharu dilaporkan yang mana Selangor mencatat jumla...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega