6168 Siswa Mall Bakal Diwujud Galak Penuntut Berniaga Utusan Malaysia 18 12 2020


 

CYBERJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat mewujudkan Siswa Mall di setiap universiti awam tempatan sebagai usaha melahirkan ramai usahawan dalam kalangan pelajar.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, inisiatif itu hasil kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dimeterai akhir bulan lalu.
Melalui skim dikenali sebagai Program KPT-MEDAC Siswaprenuer itu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan dengan sasaran 1,500 usahawan pelajar perintis dalam tempoh enam bulan.
“Kita akan cuba mewujudkan Siswa Mall dan buat permulaan 15 institusi pengajian tinggi awam dipilih sebelum diperluaskan bagi mewujudkan budaya berniaga di kampus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan kampus baharu Raudhah College dan melancarkan Kempen Graduan Bekerjaya di Malakat Mall, Cyberjaya dekat sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Mengulas lanjut, Mansor berkata, berdasarkan pengalaman meninjau situasi pusat pengajian tinggi tempatan didapati ramai pelajar ada bakat menjadi usahawan yang berjaya jika dipupuk baik.
“Malangnya idea mereka itu tidak dikomersialkan di pasaran lebih luas selain kekangan dari segi modal permulaan dan lokasi perniagaan yang tidak strategik,” katanya dalam nada kesal.
Justeru, beliau berharap pihak Malakat Mall dapat bekerjasama dengan kementeriannya bagi memberi kepakaran idea untuk penubuhan Siswa Mall sebagai platform penuntut berniaga.
Pada masa sama, kemahiran keusahawan itu diharap mampu mengatasi masalah lambakan graduan yang menganggur kerana tiada pekerjaan sesuai selepas menamatkan pengajian.
Ini juga ujarnya, sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan 2015 – 2025 bagi melahirkan ramai lagi lepasan universiti yang ada wawasan sebagai pencipta kerja dan bukan lagi pencari kerja.
“Setakat ini dianggarkan ada hampir 200,000 graduan menganggur dan kerajaan berharap, program diwujudkan itu dimanfaatkan pelajar universiti untuk bina pengalaman,” tegasnya.
Mansor turut memaklumkan, beliau sendiri mengambil inisiatif bincang dengan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) bagi bantu penuntut pusat pengajian tinggi.
Hasil pertemuan agensi itu bulan lalu jelas beliau, akhirnya berjaya mencapai persetujuan untuk ia bertindak sebagai pembiaya skim mikro kredit untuk pelajar memulakan perniagaan.
TEKUN memperuntukan sebanyak RM20 juta dengan sasaran seramai 20,000 usahawan dalam kalangan penuntut universiti dapat diwujudkan menjelang mereka habis pengajian.
“Saya lihat pelbagai usaha itu sebagai tanda kerajaan prihatin membina ruang dan peluang terbaik untuk bantu perkasa peniaga sejajar misi Malaysia Negara Keusahawanan,” katanya.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
SISWA MALL BAKAL DIWUJUD GALAK PENUNTUT BERNIAGA
https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/siswa-mall-bakal-diwujud-galak-penuntut-berniaga/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/6168-siswa-mall-bakal-diwujud-galak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6147 Aktiviti Lawatan Reappear Motorcycles Club Malaysia Ke Malakat Mall Ppim 12 12 2020

6147 Aktiviti Lawatan Reappear Motorcycles Club Malaysia Ke Malakat Mall Ppim 12 12 2020

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 464 hits
Lawatan Reappear Motorcycles Club Malaysia ke Malakat Mall Cyberjaya Lawatan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Turut serta Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia Datuk Seri Hj Syed Ibrahim Kader
6173 Raudhah College Berpindah Ke Cyberjaya Utusan Malaysia 22 12 2020

6173 Raudhah College Berpindah Ke Cyberjaya Utusan Malaysia 22 12 2020

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 584 hits
Setelah 14 tahun berada di Damansara Damai Selangor Raudhah College mulai Mac lalu berpindah ke tapak baharu yang lebih luas dan bersebelahan dengan Malakat Mall di Cyberjaya Selangor Kampus moden yang mampu memuatkan lebih 1 000 pelajar it...
2020 A Year Like No Other For Malaysia

2020 A Year Like No Other For Malaysia

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 372 hits
This has been an eventful year for all of us not just for Aliran We had the Sheraton Move at the worst possible time in February when the coronavirus pandemic had begun spreading in Malaysia The backdoor takeover of government shocked many ...
Ini Adalah 10 Youtuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020 Diterajui Isa Isarb

Ini Adalah 10 Youtuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020 Diterajui Isa Isarb

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 479 hits
YouTube hari ini telah mengeluarkan senarai tahunan mereka memperlihatkan para pencipta kandungan paling popular di Malaysia sepanjang 2020 ini Senarai ini diterajui oleh Isa Isarb yang sering berkongsi video eksperimen sosial selain turut ...
Google Classroom Bantuan Prihatin Nasional Dalgona Coffee Adalah Antara Carian Popular Google Malaysia Pada 2020

Google Classroom Bantuan Prihatin Nasional Dalgona Coffee Adalah Antara Carian Popular Google Malaysia Pada 2020

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 356 hits
Google Malaysia hari ini telah mengeluarkan senarai carian popular di enjin carian berkenaan sepanjang tahun 2020 ini Carian ini dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk antaranya adalah berita individu resipi sukan dan juga gajet Seca...
Best Investment In Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 Dari B4u Global Malaysia

Best Investment In Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 Dari B4u Global Malaysia

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 693 hits
Best Investment In Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 Dari B4U Global MalaysiaB4U Global boleh dikatakan syarikat pelaburan best investment in Malaysia 2020 2021 2022 2023 2024 berdasarkan prestasi cemerlang syarikat membayar dividen kepada ...
33 Tokoh 16 Negara Bakal Meriahkan World Mawlid Celebration 2020

33 Tokoh 16 Negara Bakal Meriahkan World Mawlid Celebration 2020

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 438 hits
WORLD MAWLID CELEBRATION 2020 SELAMA 24 JAM YANG PERTAMA DI DUNIA SECARA VIRTUAL Temasya Cinta Perpaduan Rasulullah SAW Mari kita ramai ramai berselawat sebagai amalan harian juga utk sama sama berdoa agar Allah menghapuskan virus Covid19 y...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman