6103 Bmf Teruskan Melangkah Jangan Toleh Kebelakang Malakat Tribune 08 07 2020



KEMPEN Buy Muslim First atau BMF telah bermula lama sebelum diledak oleh kempen yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sehingga mencetuskan kesedaran umat Islam di negara ini.

Dari segi sejarah dan asasnya, BMF sudah bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi sebaik sahaja baginda sampai ke kota Madinah selepas berhijrah dari Kota Mekah.

Rasulullah pada ketika itu membuat sebuah pasar untuk umat Islam berniaga secara berasingan daripada bangsa Yahudi yang sudah lama menguasai ekonomi Madinah demi untuk tidak terlibat dalam urusan perniagaan berasaskan riba.

Selain matlamat memperkasakan penguasaan dalam bidang perniagaan, prinsip paling utama dalam kempen yang digerakkan itu adalah membebaskan diri daripada sistem riba ciptaan kapitalis.

Alhamdulillah pada tahun ini, kempen BMF yang sebelum ini dicemuh dan tidak langsung diyakini, termasuk oleh segelintir umat Islam sendiri mula menampakkan hasil.

Contoh terbaik kepada 'kelahiran' model perniagaan baharu itu tidak lain tidak bukan adalah pembukaan pusat beli-belah serba moden berkonsepkan Islam di Cyeberjaya iaitu Malakat Mall.

Diilhamkan oleh pengasasnya, Coach Mohd. Fadzil Hashim, Malakat Mall diwujudkan untuk memberi peluang dan bantuan kepada usahawan-usahawan Islam berkecimpung seterusnya menguasai dunia perniagaan.

Pelbagai kritikan diberikan pada mulanya. Ada yang mengatakat idea Malakat Mall sebagai idea gila dan tidak kurang juga yang hanya menunggu masa untuk melihat kegagalannya.

Bahkan pada peringkat awal, tawaran 'perniagaan tanpa sewa' di pusat beli belah itu juga tidak banyak disahut oleh usahawan.

Pendek kata ramai yang lebih mencurigai dan membuat andaian sebelum sempat memahami konsep perniagaan yang cuba diketengahkan.

Selain berdepan cabaran persepsi, laluan perjalanan pasar raya ini juga bukan sembarangan. Penutupan operasi selepas hari ketiga dibuka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah salah satu daripadanya.

Syukur berkat kegigihan pasukan warga kerja dan usaha tidak mengenal penat lelah oleh pihak pengurusan, pasar raya milik kumpulan Brainy Bunch yang bertapak dari 'kosong' ini kini semakin dikenali.

Tapi apa yang lebih penting, sambutan baik yang diterima bukan kerana sentimen BMF semata-mata sebaliknya kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Tarikan terbesar sudah tentu pada pasar raya Raudhah Grocer yang kini menempatkan kira-kira 5,000 produk keluaran usahawan Muslim.

Di Raudhah Grocer anda boleh melihat produk-produk BMF yang datang dari seluruh negara berada setanding dengan produk yang sudah lama menguasai pasaran.

Bagi penulis, melalui lorong yang dipisahkan oleh rak-rak barang di situ seperti membelek katalog produk di negara asing. Penuh dengan produk-produk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Daripada produk makanan yang dihasilkan di rumah sehinggalah barangan keperluan harian yang dihasilkan di kilang-kilang komersial.

Yang pentingnya di Raudhah Grocer, tiada keraguan untuk berbelanja kerana kesemua produk yang dipasarkan dijamin halal apatah lagi setiap pembelian dapat membantu usahawan kita untuk terus berkembang.

Rantaian manfaat daripada perbelanjaan itu juga tidak berakhir di situ kerana pertambahan pendapatan pada usahawan turyt menyumbang kutipan zakat yang pada akhirnya memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Selain cawangan utama di Cyberjaya, idea Malakat Mall sebagai pencetus ekosistem ekonomi Islam yang mesra pelanggan dijangka akan melebarkan sayap perniagaan dengan pembukaan dua lagi cawangan iaitu di Masjid Tanah dan Melaka Tengah tidak lama lagi.

'Penyatuan' ekonomi ini juga diharap dapat menghakis monopoli dan menundukkan keegoan syarikat pengeluar jenama utama melalui produk pesaing yang selama ini tidak diangkat di pasaran.

Bak kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi, usaha atau kempen BMF mungkin kecil pada mata individu tetapi memberi kesan dan impak yang cukup kuat pada ekonomi orang Islam.


Artikel oleh: Malakat Tribune

BMF : TERUSKAN MELANGKAH, JANGAN TOLEH KEBELAKANG

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/bmf-teruskan-melangkah-jangan-toleh-kebelakang/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/07/6103-bmf-teruskan-melangkah-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6118 Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Teruja Dengan Perjuangan Malakat Mall Malakat Tribune 11 07 2020

6118 Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Teruja Dengan Perjuangan Malakat Mall Malakat Tribune 11 07 2020

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 434 hits
CYBERJAYA Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan perasaan kagum dan teruja dengan perjuangan yang dibawa oleh Malakat Mall untuk menjadi pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia Berik...
6086 Selama Mana Lagi Kita Mahu Terhina Malakat Tribune 02 07 2020

6086 Selama Mana Lagi Kita Mahu Terhina Malakat Tribune 02 07 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 331 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama Coach Fadzil dan Toqqi pada Hari Bertemu Vendor di Malakat Mall hari ini CYBERJAYA Kelemahan umat Islam terutama dalam bidang ekonomi berpunca daripada sikap dan ...
6068 Fadzilah Kamsah Teruja Lihat Malakat Mall Malakat Tribune 29 06 2020

6068 Fadzilah Kamsah Teruja Lihat Malakat Mall Malakat Tribune 29 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 344 hits
RAUDHAH CITY Pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang pertama kali datang ke Malakat Mall di sini melahirkan perasaan kagum dan teruja dengan konsep yang diketengahkan oleh pusat beli belah BMF itu Mohd Fadzilah berkata ji...
6083 Aktiviti Hari Bersama Vendor Malakat Mall Ppim 02 07 2020

6083 Aktiviti Hari Bersama Vendor Malakat Mall Ppim 02 07 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 423 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menyampaikan taklimat di program Hari Bersama Vendor Malakat Mall Cyberjaya
6101 Perjumpaan Ketua Menteri Melaka Bersama Malakat Mall Dan Ppim Melaka Hari Ini 06 07 2020

6101 Perjumpaan Ketua Menteri Melaka Bersama Malakat Mall Dan Ppim Melaka Hari Ini 06 07 2020

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 440 hits
Ketua Menteri Melaka Datuk Haji Sulaiman Md Ali mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn Bhd Mohd Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan di Pejabat Ketua Menteri di...
6110 Aktiviti Kunjungan Hormat Majlis Daerah Machang Ke Malakat Mall Ppim 09 07 2020

6110 Aktiviti Kunjungan Hormat Majlis Daerah Machang Ke Malakat Mall Ppim 09 07 2020

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 388 hits
Malakat Mall telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Daerah Machang yang diketuai oleh Ketua Jajahan Machang Tn Hj Wan Shuhaimi Wan Mustapha Kunjungan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Kupas Tuntas Seputar Utbk Sbmptn 2020 Jangan Panik Dulu Kalau Ada Perubahan

Kupas Tuntas Seputar Utbk Sbmptn 2020 Jangan Panik Dulu Kalau Ada Perubahan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 240 hits
Masa pandemi ini bikin mekanismenya beda dengan tahun tahun sebelumnya Semangat ya kamu
6115 Kunjungan Ppim Dan Malakat Mall Ke Medac Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 11 07 2020

6115 Kunjungan Ppim Dan Malakat Mall Ke Medac Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar 11 07 2020

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 552 hits
11 Julai 2020Hari ini saya menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dato Nadzim Johan Coach Fadzil Hashim dan team besar Malakat Mall Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi M...
6058 Malakat Mall Menyatukan Kuasa Pembelian Pengguna Muslim Azeez Rahim 26 06 2020

6058 Malakat Mall Menyatukan Kuasa Pembelian Pengguna Muslim Azeez Rahim 26 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 538 hits
Bersama sama ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dato Nadzim Johan yang merupakan sahabat seperjuangan seawal usia saya 14 tahun Membesar bersamanya kami mempunyai minat dan matlamat yang sama memperjuangkan bangsa dan agama sem...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah