6025 Jom Wujudkan Gerakan Boikot Produk Perancis Ismaweb 27 10 2020


 

BANGI, 10 Rabiulawal 1442H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa diwujudkan gerakan boikot produk dan perkhidmatan jenama Perancis – susulan kenyataan Presiden, Emmanuel Macron yang sengaja mencetuskan Islamophobia.
Umat Islam di Perancis hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan yang berbaur polisi pemisahan Macron baru-baru ini.
PPIM berkata, polisi berkenaan telah menyebabkan salah anggap yang mencetuskan sikap kebencian dan antimuslim serta gesaan untuk membakar masjid-masjid di seluruh Perancis.
“Sejak Presiden Macron mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2017, umat Islam telah mula merasa terancam dengan polisi-polisi anti-Islam yang dilancarkan secara halus dan secara terang-terangan.
“Malah, kenyataan beliau juga telah menimbulkan rasa resah di kalangan masyarakat Islam di sana,” kata persatuan itu dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, PPIM memaklumkan sedang meneliti insiden itu secara dekat dan menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar berikutan perkembangan ini dengan menghantar satu memorandum bantahan di kedutaan Perancis.
“Kami juga menggesa pihak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.
“Boikot ini akan berkuat kuasa serta merta dan kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha yang sama sehingga kerajaan Perancis memberikan jaminan keselamatan dan keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu,” katanya.
Gesaan memboikot barangan buatan Perancis semakin memuncak di dunia Arab dan tempat lain selepas Macron mengkritik umat Islam serta berikrar mempertahankan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad ﷺ.
Macron membuat kenyataan itu, Rabu lalu, sebagai mengulas insiden kepala seorang guru, Samuel Paty, dipenggal di luar sekolahnya yang terletak di pinggir kota luar Paris pada awal bulan ini.
Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad ﷺ ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara.

Artikel oleh: Ismaweb
JOM WUJUDKAN GERAKAN BOIKOT PRODUK PERANCIS
https://ismaweb.net/2020/10/27/1jom-wujudkan-gerakan-boikot-produk-perancis/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/6025-jom-wujudkan-gerakan-boikot-produk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Ringkas Boikot Produk Perancis 2020

Kronologi Ringkas Boikot Produk Perancis 2020

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 1540 hits
Dalam islam bersabar tu penting Ikut hati binasa Dunia ambil kesempatan terhadap islam akibat perbuatan pelajar ini memenggal kepala cikgunya sebab karektor hina Nabi Muhammad s a w Bukannya kita diam kita takut Tapi merancang perancangan y...
6030 Boikot Segera Jenama Produk Dan Perkhidmatan Perancis Kenyataan Media Ppim 27 10 2020

6030 Boikot Segera Jenama Produk Dan Perkhidmatan Perancis Kenyataan Media Ppim 27 10 2020

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 1130 hits
Berikutan insiden kekerasan terhadap umat Islam yang sedang berlaku di beberapa buah bandar di Perancis Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyeru agar satu gerakan memboikot produk dan perkhidmatan jenama Perancis dicetuskan Umat Islam di n...
Dr Mahathir Sokong Seruan Boikot Produk Perancis

Dr Mahathir Sokong Seruan Boikot Produk Perancis

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 370 hits
Orang Islam di Mumbai India berdemonstrasi membantah kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan melancarkan kempen boikot produk Perancis PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan seruan supaya orang Isl...
Malaysia Tak Benarkan Kempen Boikot Produk Kedutaan Perancis

Malaysia Tak Benarkan Kempen Boikot Produk Kedutaan Perancis

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 288 hits
Kami gembira dengan jaminan diberikan oleh pihak berkuasa KUALA LUMPUR Kedutaan Perancis di Malaysia berkata Perancis tidak memihak atau memburukkan mana mana agama dan ia menjamin wujudnya kedamaian untuk semua penganut agama dalam kerangk...
Boikot Produk Perkhidmatan Perancis Ppim

Boikot Produk Perkhidmatan Perancis Ppim

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 714 hits
Kuala Lumpur Boikot produk dan perkhidmatan dari Perancis Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada kerajaan dan pengguna Islam dalam usaha menyekat tindakan kekerasan terhadap umat Islam di negara berkenaan Umat Islam di negara i...
Boikot Produk Perancis Tanda Protes Sentimen Anti Islam

Boikot Produk Perancis Tanda Protes Sentimen Anti Islam

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 690 hits
DOHA Gesaan untuk memboikot produk Perancis semakin meningkat di rantau Arab dan negara Muslim beberapa hari selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron dengan angkuh menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan...
Hina Islam Pas Seru Umat Islam Boikot Barangan Buatan Perancis

Hina Islam Pas Seru Umat Islam Boikot Barangan Buatan Perancis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat Ia juga susulan kenyataan Presiden negara itu Em...
Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie Sebuah Filem Pertama Arahan Syahmi Sazli Tahun 2020

Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie Sebuah Filem Pertama Arahan Syahmi Sazli Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 528 hits
Jom Saksikan Official Trailer Mael Totey The Movie sebuah filem pertama arahan Syahmi Sazli tahun 2020 Bakal menemui anda mulai 22 Oktober ini istimewa hanya di Astro First Saluran 480 Di Pawagam Rumah Anda
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools