60 Perkara Yang Telah Dan Akan Berlaku Apabila Upsr Dan Pt3 Dikembalikan
Mari kita tarik nafas sekejap dan renungkan. Lebih 30 tahun kita terlibat dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia, dari UPSR, PT3, SPM, hingga STPM. Ditambah pula dengan sekolah agama seperti UPKK, PSRA, SMA, dan lain-lain.
Apa yang berlaku bukan teori atau retorik semata-mata; ini real happen. Murid, guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah telah melalui pengalaman yang sama, tekanan untuk skor tinggi, latihan berulang, tusyen, kelas tambahan, dan ujian percubaan yang bermula bertahun-tahun sebelum peperiksaan sebenar.
Bahkan, dari segi amalan keagamaan pun tidak terkecuali; majlis solat hajat, mohon restu, dan aktiviti rohani lain dijalankan beriringan dengan persediaan akademik. Semua ini menjadi sebahagian daripada ekosistem yang membentuk pengalaman pembelajaran mereka.
Pengalaman ini memberi kita gambaran jelas tentang bagaimana sistem pendidikan kita obses dengan peperiksaan. Murid belajar untuk lulus, bukan untuk faham. Guru mengajar untuk menanda dan memastikan markah, bukan menggalakkan kreativiti. Ibu bapa menekan anak untuk skor tinggi, bukan membina minat belajar; dan sekolah pula menilai kejayaan melalui prestasi peperiksaan semata-mata. Kreativiti, kemahiran insaniah, pembangunan holistik, dan pembelajaran abad ke-21 sering diketepikan kerana semua tumpuan tertumpu pada peperiksaan.
Maka, apabila kita membincangkan kesan kembalinya UPSR dan PT3, kita bukan bercakap secara hipotesis. Kita bercakap berdasarkan PENGALAMAN NYATA selama lebih tiga dekad, dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, termasuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama petang, yang telah terdedah kepada budaya peperiksaan berulang, latihan tusyen, kelas tambahan, ritual kerohanian sebagai sokongan mental, dan aktiviti kokurikulum yang sering terpinggir.
Untuk peringkat persijilan seperti SPM dan STPM, kita boleh faham kepentingan kesediaan akademik, namun di peringkat awal persekolahan, yang sepatutnya mengembangkan potensi, perkembangan seimbang, dan harmoni, kita sudah melihat banyak isu yang jelas menunjukkan kecenderungan sistem untuk menekankan skor dan peperiksaan, bukannya perkembangan murid secara menyeluruh.
Dari pengalaman inilah kita boleh menyenaraikan 60 perkara yang telah berlaku, yang menjadi refleksi mendalam tentang apa yang terjadi dalam sistem pendidikan kita selama ini.
Percayalah, jika digali lagi, senarai ini boleh bertambah, menunjukkan betapa mendalam dan kompleksnya cabaran sistem berorientasikan peperiksaan ini.
1. Latihan intensif bermula awal – Murid Tahun 4–5 sudah bersiap untuk UPSR Tahun 6. Ada yang bermula seawal tahun 3.
2. Tusyen dan kelas tambahan meningkat – Murid dihantar ke kelas tambahan sejak Tahun 1–2 untuk persediaan awal.
3. Tekanan emosi murid – Murid berdebar, gelisah, dan hilang minat belajar kerana fokus peperiksaan.
4. Guru bertindak sebagai jurulatih peperiksaan – Fokus kepada menanda, skema jawapan, dan teknik menjawab.
5. Tiada Autonomi guru – Guru terikat silibus, jadual ketat, dan keperluan menghabiskan silibus sebelum peperiksaan.
6. Pengasingan pelajar mengikut prestasi – Kelas depan cemerlang, kelas belakang lemah; jurang motivasi meningkat.
7. Subjek bukan teras dipinggirkan – Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dll kurang diberi perhatian.
8. Aktiviti kokurikulum terganggu dan menjadi second class – Kelab, sukan, badan beruniform, terganggu kerana jadual tambahan.
9. Budaya hafalan dominan – Fokus murid kepada hafalan fakta dan formula.
10. Tekanan kepada murid cemerlang – Risiko burnout meningkat kerana perlu mengekalkan prestasi tinggi seawal tahun empat dan lima.
11. Jurang sosial melebar – Murid bandar/berkemampuan mendapat tusyen, murid luar bandar ketinggalan.
12. Kreativiti PdPc terabai – Projek, pembelajaran kreatif, pemikiran kritikal dikurangkan.
13. Keputusan sekolah dinilai berdasarkan markah – Tekanan pada guru dan murid meningkat.
14. Kebocoran soalan meningkat – Tekanan tinggi menimbulkan isu integriti peperiksaan.
15. Guru dibebani pelaporan – Ujian bulanan, percubaan, rekod prestasi akan menjadi high stakes.
16. Burnout guru dan murid – Tekanan berpanjangan menjejaskan motivasi dan kesihatan mental.
17. Penilaian berterusan dikurangkan – PBD dan penilaian projek kurang diberi perhatian, mungkin diabaikan.
18. Ibu bapa lebih demanding – Tekanan skor tinggi meningkatkan tuntutan ke atas guru.
19. Sekolah fokus skor, bukan pembelajaran – Kejayaan diukur melalui peperiksaan semata-mata.
20. Pengalaman pendidikan sempit – Murid belajar untuk peperiksaan, bukan kehidupan.
21. Pengulangan soalan lama menjadi norma – Murid belajar format yang dikenali, bukan konsep.
22. Kebosanan PdPc meningkat – Pengajaran berulang, berorientasikan soalan.
23. Tekanan pelajar pra-UPSR – Tahun 4–5 sudah menghadapi latihan intensif.
24. Guru mengajar untuk peperiksaan – Guru mengajar berfokus dan mengejar untuk habiskan silibus secara menjawab soalan peperiksaan.
25. Guru kurang masa bimbingan individu – Fokus pada markah keseluruhan murid.
26. Persaingan murid meningkat – Rivaliti antara murid cemerlang dan lemah.
27. Kehilangan minat membaca – Fokus murid pada hafalan nota dan soalan.
28. Soft skills terabai – Kepimpinan, kerja berpasukan, empati dikurangkan.
29. Murid takut gagal – Rasa takut menguasai motivasi, bukan minat belajar.
30. Drilling menjadi norma – Latihan intensif berulang, kurang eksplorasi.
31. Pusat sumber kurang dimanfaatkan – Fokus pada buku latihan UPSR/PT3.
32. Tekanan ibu bapa meningkat – Memaksa anak belajar lebih lama.
33. Kebiasaan ponteng kelas – Murid hilang motivasi menghadiri kelas.
34. Guru kurang masa inovasi PdPc – Pendekatan pedagogi baru tidak diteroka.
35. Pendidikan inklusif terhad – Murid berkeperluan khas kurang diberi perhatian.
36. Kebergantungan kepada soalan setara – Format peperiksaan lama menguasai pembelajaran.
37. Kesihatan mental terancam – Burnout, anxiety, tekanan meningkat.
38. Guru dinilai berdasarkan keputusan murid – Tekanan tambahan kepada guru.
39. Pendidikan abad ke-21 terabai – Kreativiti, problem solving kurang.
40. Polarisasi pengalaman pendidikan – Murid luar bandar/kurang berkemampuan terpinggir.
41. Budaya sekolah berorientasikan peperiksaan – Suasana kompetitif menguasai pembelajaran.
42. Masa rehat murid berkurang – Kokurikulum dan PdPR dikorbankan.
43. Kepelbagaian kaedah pengajaran hilang – Guru fokus format soalan.
44. Tekanan pentadbir meningkat – Pengetua/GPK dinilai berdasarkan keputusan UPSR/PT3.
45. Buku latihan dan soalan setara meningkat – Fokus murid pada latihan berulang.
46. Motivasi intrinsik menurun – Minat belajar diganti motivasi markah.
47. Persaingan antara sekolah meningkat – Sekolah berlumba-lumba skor tinggi.
48. Murid belajar untuk lulus, bukan faham – Pembelajaran bermakna diganti hafalan.
49. Tekanan ibu bapa terhadap anak meningkat – Konflik rumah-sekolah.
50. Pengalaman pendidikan tidak seimbang – Murid B40 dan luar bandar terpinggir.
51. Kelas tambahan agama dan akademik dijalankan serentak – Tahun 1–6, murid sekolah agama juga ikut kelas tambahan.
52. UPKK dan PSRA menambah tekanan – Murid sekolah agama petang menghadapi peperiksaan setara pusat.
53. Majlis kerohanian dijadikan persediaan mental – Solat hajat, majlis pohon restu digunakan untuk fokus peperiksaan.
54. Ritual keagamaan digabungkan dengan akademik – Kerohanian menjadi alat sokongan tekanan akademik.
55. Persaingan akademik antara sekolah agama dan kebangsaan meningkat – Tekanan seimbang prestasi akademik.
56. Guru sekolah agama menjadi jurulatih peperiksaan – Fokus menyiapkan murid untuk PSRA/UPKK.
57. Beban ganda kepada murid – Akademik kebangsaan + sekolah agama + kelas tambahan.
58. Kehilangan masa bermain dan eksplorasi – Aktiviti santai dan kreatif dikorbankan.
59. Peningkatan penggunaan teknik hafalan dan drilling dalam sekolah agama – Fokus kepada lulus peperiksaan, bukan kefahaman holistik.
60. Tekanan keseluruhan murid meningkat – Murid kecil belajar untuk berjaya dalam pelbagai peperiksaan serentak, akademik dan agama.
Malaysia Mendidik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/11/60-perkara-yang-telah-dan-akan-berlaku.html