6 Ubat Cirit Birit Dewasa Yang Anda Boleh Cuba


Adakah anda sedang mencari ubat-cirit birit yang berkesan?
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut sehingga mengganggu aktiviti harian.
Terdapat beberapa jenis ubat dengan fungsi tertentu yang anda boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi bagi mengurangkan masalah cirit-birit.
Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
6 Ubat Cirit-Birit Untuk Dewasa 1. Garam Rehidrasi Oral (Oral Rehydration Salt) Doktor atau ahli farmasi boleh mengesyorkan pesakit cirit-birit untuk mengambil garam rehidrasi oral (ORS) bagi mengelakkan atau merawat dehidrasi yang berlaku akibat cirit-birit yang teruk.
Ia perlu dilarutkan dalam air dan diminum bagi menggantikan glukosa, garam serta mineral yang hilang ketika cirit-birit.
Selain didapati di klinik, garam rehidrasi boleh didapati tanpa preskripsi di farmasi.
2. Ubat Cirit-Birit Ubat cirit-birit seperti Diphenoxylate dan Loperamide adalah ubat yang membantu mengurangkan serta memendekkan masa cirit-birit.
Kedua-dua ubat ini berfungsi dengan melambatkan pergerakan otot dalam usus agar lebih banyak air diserap di kawasan usus.
Ini menjadikan najis yang terbentuk lebih pejal. Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, ahli farmasi biasanya akan memberi tahu maklumat dos yang sesuai kepada pesakit.
Namun, harus diingat bahawa penggunaan ubat ini adalah bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sahaja.
3. Ubat Tahan Sakit Meskipun ubat tahan sakit tidak merawat cirit-birit, namun ia boleh membantu melegakan demam dan sakit kepala sementara akibat cirit-birit.
Setelah makan ubat tahan sakit, anda perlulah berjumpa doktor segera.
4. Bismuth subsalicylate Bismuth subsalicylate (Kaopectate, Pepto-Bismol) merupakan sejenis ubat yang dapat mengimbangi cara cecair bergerak di saluran penghadaman anda.
Ubat ini mampu meredakan keradangan serta melindungi usus daripada kuman. Pada masa yang sama, ia juga boleh meredakan gejala cirit-birit lain seperti loya atau sakit perut.
5. Antibiotik Penggunaan antibiotik hanya sesuai bagi merawat cirit-birit yang teruk dan doktor telah kenalpasti jenis bakteria sebagai puncanya.
Ubat antibiotik hanya diberikan oleh doktor sahaja kerana sesetengah antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan.
Ia juga boleh menjadi kurang berkesan bagi merawt keadaan yang lebih serius jika berulang kali digunakan untuk merawat keadaan ringan.
6. Probiotik Probiotik adalah bakteria hidup serta yis yang boleh didapati dalam makanan tambahan seperti kapsul atau cecair serta makanan tertentu seperti yogurt.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa probiotik tertentu boleh memendekkan tempoh cirit-birit.
Ia juga boleh membantu memulihkan keseimbangan sihat pada saluran usus dengan meningkatkan tahap bakteria baik.
Namun begitu, masih belum terdapat bukti kukuh untuk menjadikan probiotik sebagai rawatan utama cirit-birit.
Amaran Sebelum Membeli Ubat Cirit-Birit Walaupun kebanyakan ubat ini boleh dibeli tanpa preskripsi, namun sesetengah individu tidak boleh mengambil ubat tertentu.
Loperamide
Sekiranya anda mempunyai tanda jangkitan, jangan ambil loperamide. Anda juga perlu berhenti serta merta sekiranya anda mengalami tindak balas alahan seperti ruam atau demam.
Loperamide juga perlu dielakkan oleh pesakit yang mempunyai masalah najis berdarah atau hitam. Ini mungkin petanda masalah serius seperti jangkitan bakteria.
Bismuth Subsalicylate
Ubat ini tidak boleh diambil sekiranya seseorang alami alahan terhadap aspirin.
Jauhi Ubat Cirit-Birit Daripada Kanak-Kanak dan Ibu Hamil
Kandungan ubat seperti magnesium, aluminum dan bismuth boleh terkumpul dalam badan kanak-kanak.
Bagi ibu hamil, anda juga tidak boleh mengambil bismuth subsalicylate atau ubat antidiarea tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Tips Kurangkan Cirit-Birit Sementara menunggu masalah cirit-birit untuk sembuh, anda juga boleh kurangkan gejala berkaitan cirit-birit dengan mengamalkan beberapa kaedah berikut :
Minum banyak air kosong, sup dan jus. Elakkan pengambilan kafein dan alkohol Tambahkan makanan semipejal dan rendah serat secara beransur-ansur untuk membantu pergerakan usus kembali normal. Anda boleh cuba makan telur, nasi, atau roti bakar. Elakkan makanan tertentu seperti makanan berlemak, makanan berserat tinggi, dan produk tenusu. Ketika membeli ubat cirit-birit di farmasi, jangan malu untuk bertanya atau dapatkan maklumat lanjut.
Elakkan mengambil ubat cirit-birit sekiranya terdapat darah atau lendir dalam najis atau suhu badan meningkat (demam).
Dalam situasi ini, anda perlulah merujuk kepada doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.
Sekiranya anda hamil dan mempunyai masalah kesihatan lain, anda juga perlu dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.
Sumber : KKM, hellodoktor.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-cirit-birit/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-cirit-birit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sudah Mula Tumbuh Gigi Kekal Inilah Masa Sesuai Ibu Bapa Tukar Ubat Gigi Orang Dewasa

Anak Sudah Mula Tumbuh Gigi Kekal Inilah Masa Sesuai Ibu Bapa Tukar Ubat Gigi Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 162 hits
Apabila anak sudah mula tumbuh gigi kekal ini bermakna sudah tibalah masanya untuk ibu bapa menukarkan ubat gigi orang dewasa Anak sudah boleh mula berhenti menggunakan ubat gigi kanak kanak Menurut Doktor Gigi Dr Izaza Mohd Zan ramai ibu b...
Anak Dah Boleh Makan Makanan Pejal Biar Anak Cuba Semua Jangan Pilih Pilih

Anak Dah Boleh Makan Makanan Pejal Biar Anak Cuba Semua Jangan Pilih Pilih

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 117 hits
Ibu mana yang tak teruja bila mana anak sudah pun menghampiri usia enam bulan Seronoknya anak sudah boleh makan Apa tip untuk anda memilih makanan terbaik Sebelum itu kenal pasti dahulu bila anak sudah cukup bersedia untuk makan Dah bersedi...
12 Ubat Selsema Dewasa Yang Disyorkan Oleh Ahli Farmasi

12 Ubat Selsema Dewasa Yang Disyorkan Oleh Ahli Farmasi

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 298 hits
Adakah anda sedang mencari ubat selsema yang berkesan Tidak dinafikan terdapat banyak jenama serta jenis ubat untuk merawat selsema sehingga boleh membuatkan kita keliru Namun ada sesetengah ubat selsema yang mungkin tidak sesuai bagi orang...
15 Menu Air Di Zus Coffee Boleh Cuba Kalau Tak Tahu Nak Order Apa

15 Menu Air Di Zus Coffee Boleh Cuba Kalau Tak Tahu Nak Order Apa

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 302 hits
Kalau nak beli zus coffee tapi tak tahu nk order ape nah senarai air yang korang boleh cube yang tak suke coffee boleh lah try air frappe dia Australian Chocolate Add On Chocolate drizzle and Whipped CreamCaramel Cream Frappe Add On Chocola...
Bagaimana Bisnes Kecil Boleh Memulakan Tahun Baharu Dengan Langkah Kanan Walaupun Dalam Suasana Sukar

Bagaimana Bisnes Kecil Boleh Memulakan Tahun Baharu Dengan Langkah Kanan Walaupun Dalam Suasana Sukar

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 201 hits
Azam tahun baharu bukan sahaja boleh ditetapkan oleh individu tetapi juga sesuai untuk perniagaan Selepas menempuh tahun yang penuh dengan peluang dan cabaran banyak syarikat tidak sabar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 d...
Begini Cara Sembunyikan Story Whatsapp Hanya Orang Tertentu Boleh Melihatnya

Begini Cara Sembunyikan Story Whatsapp Hanya Orang Tertentu Boleh Melihatnya

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 127 hits
Di Instagram pengguna boleh mengehadkan Story hanya kepada kenalan terdekat sahaja dengan memilih sebahagian daripada Follower Instagram Begitu juga dengan WhatsApp terdapat ciri yang sama boleh dilakukan untuk memilih Contact tertentu untu...
Sejauh Mana Rantai Motorsikal Jenis O Ring Boleh Bertahan

Sejauh Mana Rantai Motorsikal Jenis O Ring Boleh Bertahan

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 92 hits
Setelah setahun lebih menggunakan rantai motorsikal jenis O Ring ternyata aku amat berpuas hati dengan prestasi rantai tersebut walaupun harganya agak mahal sedikit dari harga rantai biasa Jika hendak dibandingkan dengan rantai biasa Baca A...
5 Perkara Yang Anda Tidak Boleh Pos Di Facebook

5 Perkara Yang Anda Tidak Boleh Pos Di Facebook

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 253 hits
Saya baru sahaja menemui carta yang benar benar membuka mata tentang bagaimana jenayah dilakukan dan dipecahkan menggunakan Facebook Dalam satu cerita rumah seseorang telah dirompak oleh orang yang baru dia tambah sebagai rakan di Facebook ...
Motorsikal Pun Boleh Guna Khidmat Towing Secara Percuma

Motorsikal Pun Boleh Guna Khidmat Towing Secara Percuma

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 145 hits
Kehidupan kita penuh dengan ketidakpastian dan kadang kadang kita mengalami situasi yang tidak dapat kita ramalkan Salah satunya ialah apabila kenderaan kita rosak di jalan raya Namun dengan polisi insurans yang tepat kita boleh mengambil m...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara