Perkahwinan antarabangsa, atau “international Marriage”, adalah perkahwinan antara dua orang dari negara yang berbeza. Di Malaysia, “international Marriage” begitu sangat sinonim dengan kita. Apa tidaknya, saban hari kita mendengar ada sahaja artis atau orang kenamaan mahupun rakyat biasa yang berkahwin dengan warga asing. Zaman sekarang ini, tiada yang mustahil. Hujung jari sahaja kita boleh mencari pasangan dari perbagai negara
Ini tips yang paling penting. Untuk apa kita nak berkahwin dengan orang bukan warganegara? Sebab duit? Kemewahan? Paras Rupa atau untuk mendapatkan pujian? Jika niat kita tak betul, kemungkinan penceraian itu boleh belaku. Jadi, betulkan niat anda dahulu
Bahasa memainkan peranan yang paling penting dalam “international Marrige”. Anda perlu menetapkan satu Bahasa yang menjadi Bahasa rasmi keluarga anda. Kenapa? Ia boleh mengurangkan salah faham yang paling minimum. Namun begitu, kedua-dua belah pihak juga perlu belajar Bahasa Eknik pasangan. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan.
Jika sebelum ini, kita hanya mengetahui budaya kita sahaja. Tapi setelah kita bercinta atau menuju ke “international Marrige”apa kata belajar serba sedikit tentang budaya pasangan anda. Budaya bukan sahaja tentang adat, tapi secara menyeluruh termasuk gaya hidup, perayaan, pemakanan dan sebagainya yang melambangkan budaya sesuatu kaum tersebut
Sentiasa belajar cara masakan makanan kegemaran pasangan anda. Mungkin pasangan anda suka cara masakan negara dia. Jadi tak salah anda belajar selain dapat mengasah lagi skill masakan anda. Sekali lagi Riss bersyukur sebab walaupun berlainan negara, tapi masih lagi serumpun. Jadi, masakan antara Brunei dan Malaysia agak sama. Kalau beza pun, mungkin sedikit sahaja
Restu Ibu bapa amat penting ye pembaca sekalian. Tanpa restu ibubapa, kita tak mungkin bahagia. Yakinkan ibubapa anda bahwa anda bersedia untuk berkahwin dengan orang yang berlainan bangsa dan negara.
Apabila anda berpegang pada cinta tanpa syarat yang anda miliki, segala sesuatu mungkin berlaku. Apabila keadaan menjadi sukar, cubalah Cara-Cara untuk Menimbulkan kembali Cinta dalam hubungan yang mati. Insyaallah, dengan cara itu, perkahwinan anda akan berkekalan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |