6 Tabiat Harian Tanpa Sedar Buat Dagu Berlapis
6 Tabiat Harian Tanpa Sedar Buat Dagu Berlapis
“Eh, kenapa bawah dagu ni macam ada satu lagi?” – Pernah tak anda ambil gambar dan rasa macam ni?
Itulah yang kita panggil dagu berlapis atau “double chin”. Ia berlaku bila kawasan bawah dagu nampak menebal atau berlipat, sama ada akibat lemak berkumpul, kulit mula kendur atau postur kepala yang selalu ke depan.
Sebenarnya, ramai tak sedar dagu berlapis bukan hanya isu besar untuk mereka yang ada masalah berat badan. Sama macam perut buncit, badan kurus pun boleh ada dagu berlapis. Malah, ramai yang cuba sorokkan masalah ini tanpa orang lain sedar.
Punca dagu berlapis
Menurut Public Health Malaysia (PHM), banyak punca dagu berlapis datang dari rutin harian yang kita anggap remeh. Antaranya:
1. Postur harian
Duduk tunduk lama tengok telefon, bekerja depan komputer dengan kepala condong ke depan atau scroll media sosial sambil baring dengan bantal tinggi.
Lama-kelamaan, kawasan bawah dagu ‘belajar’ duduk dalam posisi lipat itu.
2. Gaya hidup dan tabiat harian
Tidur tak cukup, makan masin dan minum air kurang – muka mudah sembap termasuk bawah dagu.
Makan lewat malam dan kerap snek manis – perlahan-lahan menambah lemak badan.
Merokok atau vape – kulit cepat kendur kerana kolagen susut lebih cepat.

Kredit: Public Health Malaysia
Cara mudah kurangkan & elakkan dagu berlapis
Kongsi PHM, ada beberapa langkah mudah yang boleh mula diamalkan dari sekarang untuk kurangkan atau elakkan dagu berlapis. Antaranya:
1. Perbaiki postur – Angkat telefon ke paras mata. Bayangkan ada tali menarik kepala ke atas supaya leher tak condong ke depan.
2. Senaman dagu (chin tuck) – Duduk tegak, tarik dagu ke belakang macam nak buat dagu berlipat kecil, tahan 3 saat, ulang 10 kali. Buat 2–3 set setiap hari.
3. Kawal tabiat harian – Kurangkan makanan masin terutama waktu malam. Minum air mencukupi. Tidur cukup setiap malam.
4. Turunkan lemak badan secara perlahan – Jika ingin hasil lebih ketara, fokus pada diet seimbang dan latihan rintangan untuk kurangkan lemak badan.
Jelas PHM, dagu berlapis bukanlah masalah kesihatan serius. Namun, ia adalah isyarat kecil bahawa tubuh dan rutin harian anda mungkin memerlukan perhatian lebih.
Semoga bermanfaat.
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
Sumber: Public Health Malaysia
The post 6 Tabiat Harian Tanpa Sedar Buat Dagu Berlapis appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/17/6-tabiat-harian-tanpa-sedar-buat-dagu-berlapis/