6 Rohingya Ditahan Disyaki Terlibat Seludup Orang


 
Warga Rohingya yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen pada Sabtu lepas, disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup orang. (Gambar Jabatan Imigresen Malaysia)PETALING: Enam warga Rohingya disyaki terbabit dengan kegiatan menyeludup orang ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen di sekitar Kota Bharu, Kelantan, pada Sabtu lepas.
Operasi berkenaan dijalankan Pasukan Taktikal Khas Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Kelantan.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun.
Berdasarkan aduan awam dan hasil risikan selama tiga minggu, katanya, pasukan operasi yang diatur gerak bertembung dengan sebuah Proton Wira dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.
“Suspek kemudiannya memecut kenderaan setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu,” katanya, lapor Bernama.
“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menahan dua lelaki Rohingya disyaki ‘transporter’ dan ‘pembantu’ bersama dua lagi lelaki (juga Rohingya) disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.”
Ruslin berkata, hasil soal siasat, pasukan operasi memeriksa kediaman di sekitar Kota Bharu dan menahan dua lagi lelaki warga Rohingya disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.
Katanya, semakan awal mendapati, empat lelaki warga Rohingya itu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala dua lagi lelaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
Beliau berkata, sindiket itu menjalankan kegiatan menyeludup masuk pendatang Rohingya melalui laluan haram di sempadan.
Mereka kemudian ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres, diiringi oleh seorang lelaki Rohingya yang datang dari ibu kota.
“Pendatang yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR palsu bagi mengaburi pihak berkuasa. Mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM500 setiap seorang oleh sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur.
“(Sebanyak) RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu,” katanya.
Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut merampas dua dokumen UNHCR palsu, wang tunai RM2,000 dan sebuah Proton Wira yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pendatang.
Tiga lelaki warga Rohingya itu disiasat bawah Seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, manakala tiga lagi lelaki juga Rohingya disiasat bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/6-rohingya-ditahan-disyaki-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Remaja Ditahan Disyaki Curi Motosikal

5 Remaja Ditahan Disyaki Curi Motosikal

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 171 hits
KLUANG Lima remaja ditahan polis kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Jalan Sutera 1 Taman Mewah Layang Layang dekat sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata tindakan kumpulan remaja berkena...
Disyaki Geng Rompakan Berkumpulan Rider Ditahan

Disyaki Geng Rompakan Berkumpulan Rider Ditahan

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 152 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myLOKASI kejadian dua warga asing dirompak sekumpulan lelaki bersenjata parang di Jalan Pandan Jaya Ampang Jaya Mei lalu FOTO Ihsan PolisAmpang Pekerja p hailing disyaki anggota geng rompakan berse...
Pramugari Ditahan Seludup 1 Kilogram Emas Dalam Dubur

Pramugari Ditahan Seludup 1 Kilogram Emas Dalam Dubur

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 177 hits
KOSMO NEW DELHI nbsp Seorang pramugari ditahan kerana cuba menyeludup hampir satu kilogram emas yang dibawa dari Muscat ke Kannur dengan menyembunyikan emas berkenaan di dalam duburnya lapor portal berita NDTV semalam Pendedahan itu dibuat ...
Pura Pura Ambil Gambar 4 Lelaki Asing Ditahan Disyaki Ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

Pura Pura Ambil Gambar 4 Lelaki Asing Ditahan Disyaki Ceroboh Pusat Hidrografi Nasional

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 213 hits
BernamaSHAH ALAM Empat lelaki warga asing ditahan disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah Klang dekat sini pada Ahad lalu Semua mereka yang berumur antara 21 hingga 36 tahun itu ditahan anggota tenter...
Anggota Bomba Ditahan Disyaki Sebabkan Kebakaran Ragut 137 Nyawa

Anggota Bomba Ditahan Disyaki Sebabkan Kebakaran Ragut 137 Nyawa

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 206 hits
AFPGAMBAR fail menunjukkan seorang wanita melintasi kenderaan yang terbakar di bandar peranginan Vina del Mar pada Februari lalu FOTO AFPSantiago Seorang bomba ditangkap Jumaat lalu di Chile kerana disyaki memulakan kebakaran pada Februari ...
Cuba Seludup Anak Kucing Warga Malaysia Ditahan Di Singapura

Cuba Seludup Anak Kucing Warga Malaysia Ditahan Di Singapura

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 150 hits
BHarianonlineSINGAPURA Seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan setelah pihak berkuasa menemui enam ekor anak kucing disembunyikan di dalam papan pemuka keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands Law Wei Bin 28 dihadapkan ke mahkamah pada ...
Bekas Datuk Bandar Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih Rm1 Juta

Bekas Datuk Bandar Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 462 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Kluang menahan seorang bekas Datuk Bandar di negeri ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta Menurut sumber suspek berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira ...
Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah Rm1 7 Juta

Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah Rm1 7 Juta

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 347 hits
Terkini dunia hiburan dikejutkan dengan berita berhubung suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang telah didakwa melakukan penyelewengan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya
Pengarah Pbt Direman Disyaki Terima Suapan Rm20 000

Pengarah Pbt Direman Disyaki Terima Suapan Rm20 000

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 178 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pengarah pihak berkuasa tempatan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor untuk meluluskan ubah suai bangunan Sumber berkata suapan i...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi