6 Langkah Dalam Rutin Harian Penjagaan Muka Untuk Kulit Kekal Cantik Dan Sihat


Ramai yang tak berapa tahu rutin harian penjagaan muka terutama di waktu pagi. Meh k.fiezz kongsikan sikit info yang k.fiezz cari dari Mr Google. Hasil carian di Mr Google, k.fiezz jumpa langkah penjagaan muka ni di Pinterest. Jadi K.fiezz kongsikan di sini pula sebab untuk rujukan diri sendiri & boleh share dengan pembaca blog k.fiezz juga. Maklumlah dah berusia, pelupa. hehe. Tulis dalam blog, nanti bila-bila boleh baca semula.  
Rutin Asas Penjagaan Muka

Siapa macam k.fiezz?Tak tahu rutin harian penjagaan muka ni. Angkat tangan!!Sebab sebelum ni yang k.fiezz tahu cuci muka saja. Lain-lain tu memang tak tahu. Dulu sebelum berjinak dengan blog & k.fiezz masih tak tahu minat diri sendiri ke arah kecantikan, memang tak ambil tahu pun pasal langkah penjagaan muka ni. Yang tahu pagi-pagi, bangun tidur. Masuk bilik air, gosok gigi & cuci muka. Tu saja. Segala toner, serum, moisturizer, sunscreen memang out lah nak ambil tahu. Dulu lagi lah ingatkan pakai sunscreen bila berkelah di pantai saja. Rupanya tak yea korang. Duduk rumah pun kena pakai. Tak tahu masa tu kesan kalau tak pakai sunscreen ni boleh sebabkan proses cepat jeragat naik & kulit cepat kusam.
Ni bila dah tahu sekarang, memang ambil tahu sangat-sangat lah terutama bila usia dah makin meningkat ni. Kalau macam korang yang dah tahu masa usia masih muda ni, boleh mulakan rutin harian penjagaan muka ni dari awal. Tak rugi pun. Kulit korang juga yang cantik dan sihat bila makin meningkat usia. Orang pun tak boleh nak teka berapa umur korang sebenarnya. hehe. 
Untuk yang baru tahu rutin harian penjagaan muka ni di peringkat usia macam k.fiezz sekarang, macamana?Sebenarnya boleh je korang nak mulakan walaupun sikit lambat dari yang masih muda. Yang penting kita R.A.J.I.N.. Tak ada istilah lambat atau cepat. Cuma kelebihan untuk yang masih muda, diaorang dah mula lebih awal jadi kesan tu nampak lebih cepat. Macam kita yang berusia ni, ambil masa sikit. Maklumlah kulit dah degil sikit. hehe. 
Untuk yang masih belum tahu rutin harian penjagaan muka terutama di waktu pagi ni. Jom baca di bawah ni. 

Waktu pagi muka kita masih segar & lembap. Untuk kekalkan kelembapan tu cuci dengan air biasa pun cukup tapi sekiranya nak guna pencuci muka, ambil sikit di hujung jari. Kemudian sapu pada keseluruhan muka & gosok perlahan. Lepas tu baru bilas dengan air. Seeloknya cari pencuci muka yang berasaskan water base. 

Toner untuk seimbangkan ph muka kita sebab pencuci muka bersifat alkali & selepas setiap kali cuci muka dengan pencuci muka, ph akan naik sikit dari asal yang menyebabkan kulit muka kering. Fungsi toner ni dapat kembalikan semula keanjalan muka. Selain toner juga bersihkan muka kita dari segala kotoran yang masih ada selepas cuci dengan pencuci muka. Toner juga berfungsi untuk memutihkan, anti-penuaan & lain-lain lagi. Elakkan toner yang mengandungi alkohol sebab muka cepat kering, berkedut & bermasalah. 


Pilih serum mengikut keperluan kulit kita. Setiap serum ada fungsinya sendiri seperti masalah jerawat, kulit kering ataupun masalah jeragat. Jadi setiap serum kandungannya khusus untuk merawat masalah kulit masing-masing. 


Berfungsi untuk kekalkan kelembapan kulit muka. Pilih pelembap yang bersesuian dengan kulit sendiri. Kulit jenis berminyak - Pakai pelembap bentuk gel sebab berasaskan air yang tak menyebabkan kulit jadi lebih berminyak & boleh kekalkan kelembapan kulit. Kulit Kering - Pakai pelembap jenis krim sebab melembapkan lagi kulit yang kering. Seeloknya sebelum tidur, pakai pelembap sebab semasa kita tidur pelembap ni bekerja & merawat masalah kulit kita.


Berfungsi untuk elakan kedutan, lebam & garis halus muncul di sekitar kawasan mata



Memandangkan kita di Malaysia, sentiasa cuaca panas & kita terdedah dengan cahaya matahari. Kita memang wajib pakai sunblock/sunscreen. Kalau boleh yang ada SPF50 & PA++  untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. UVB boleh menyebabkan kulit terbakar dan gelap. Manakala UVA pula buatkan kulit kita cepat berkedut dan terdedah dengan kanser kulit. Jadi tips untuk pilih sunblock/sunscreen, cari yang SPF50 & ada PA++ sebab fungsi  dia untuk lindungi kulit kita di dalam rumah ataupun luar rumah. Kalau tak ada PA ni, jangan beli. 
Cara pakai sunscreen/sunblock ni , letak di 2 jari telunjuk dan jari hantu bila disatukan. Pakai semula selepas 5jam sebab sunscreen ni akan hilang. 

BARU TAHU RUTIN ASAS PENJAGAAN MUKA

Sama lah kita kalau yang baru tahu rutin harian penjagaan muka ni. K.fiezz pun ketinggalan sebelum ni uolls. Bila dah tahu ni, complete semua barang penjagaan muka k.fiezz. Nak kekalkan kulit sihat & cantik gitu. perahsan. haha. Kalau sebelum ni rasa lecehnya nak buat semua rutin harian penjagaan muka ni sebab banyak sangat bahan nak tepek di muka tapi bila dah terbiasa, lama-lama rasa senang je. K.fiezz sendiri bila ter miss mana-mana langkah penjagaan muka ni, rasa macam ada yang kurang je kat muka ni. 
Serius korang, tak ada lah susah sangat pun rutin harian penjagaan muka ni. Cuma perangai kita kan bila baca di internet, tengok langkah penjagaan muka ni banyak sangat, tu yang kita rasa malas. Penyakit M tu lagi tinggi. Cuba lah korang cuba buat sekali dulu. Lepas tu  cuba pula buat hari-hari. Alah bisa tegal biasa kata orang-orang dulu. 
Nak kulit muka cantik dan sihat tak? Kalau nak, sila mula jadikan rutin harian penjagaan muka ni perkara wajib dibuat setiap hari. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/03/6-Langkah-Dalam-Rutin-Harian-Penjagaan-Muka-Untuk-Kulit-Kekal-Cantik-Dan-Sihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shinjumi Bita V9 Vitamin C Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Shinjumi Bita V9 Vitamin C Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Shinjumi Bita V9 Vitamin C Untuk Kulit Sihat dan Cantik pula dengan korang Biasa lah bila dah meningkat umur nie kena jaga dan amalkan supliment untuk daya ketahanan badan untuk kulit le...
4 Langkah Mudah Kulit Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Series

4 Langkah Mudah Kulit Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Series

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 700 hits
4 Langkah Mudah Kulit Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Series Hai Assalamualaikum Lama busyra tak share pasal skincare di blog kan haaa kebetulan sangat ni sebab busyra baru je try produk terbaru dari cosmoderm Hampir 2 minggu busyr...
Kehidupan Jadual Rutin Harian Ustaz Ismail Kamus

Kehidupan Jadual Rutin Harian Ustaz Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 578 hits
Assalamualaikum semua Sebelum nia bercakap dengan lebih lanjut mengenai jadual rutin harian ustaz ismail kamus nia nak mengajak semua pembaca yang beragama islam marilah kita bersama sama membacakan surah alfatihah untuk disedekahkan kepada...
9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 387 hits
9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas Musim panas membahang sekarang ni kan Ramai juga yang tak sihat di musim ini Memang panas betul dengan lapisan ozon dah nipis Lagilah terasa Setiap malam wajib pasang air cond kalau tak memang anak rimas ta...
Kulit Cantik Dengan Suplemen Vitamin C Kunyah Tak Perlu Telan Shinjumi Bita V9

Kulit Cantik Dengan Suplemen Vitamin C Kunyah Tak Perlu Telan Shinjumi Bita V9

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 365 hits
Kulit Cantik dengan Suplemen Vitamin C Kunyah Tak Perlu Telan Shinjumi Bita V9 Cerita tentang supplement kunyah tak perlu telan ini mummy teringat dengan kawan kawan mummy Walau dorang dah besar dan dah jadi mak mak orang Ramai antara kawan...
Pelitup Muka Mesti Kekal Dipakai Khairy

Pelitup Muka Mesti Kekal Dipakai Khairy

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 184 hits
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID 19 di Putrajaya hari ini Foto BERNAMA PUTRAJAYA Indi...
Anak Hisap Jari Usia 5 6 Tahun Wajib Berhenti Nanti Gigi Kekal Keluar Tak Cantik

Anak Hisap Jari Usia 5 6 Tahun Wajib Berhenti Nanti Gigi Kekal Keluar Tak Cantik

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 392 hits
Anak saya suka menghisap ibu jarinya terutamanya waktu tidur Adakah perlu saya risau Perlu jika sudah besar pun masih lagi hisap jari Menghisap jari pada usia masih bayi macam 5 6 bulan adalah normal Anak sudah tahu dengan cara itu boleh me...
Individu Yang Sudah Pun Divaksin Perlu Kekal Memakai Pelitup Muka Dan Penjarakan Fizikal

Individu Yang Sudah Pun Divaksin Perlu Kekal Memakai Pelitup Muka Dan Penjarakan Fizikal

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 188 hits
PUTRAJAYA Individu yang sudah mendapatkan pelalian COVID 19 termasuk dos kedua masih perlu mengamalkan semua kaedah pencegahan wabak berkenaan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata keadaan masih terlalu awal manakala...
Kulit Cantik Awet Muda Dengan Shinjumi Bita V9

Kulit Cantik Awet Muda Dengan Shinjumi Bita V9

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 344 hits
Korang biasa tak ambil vitamin C Tahu tak yang vitamin C nie juga penting dan sangat diperlukan untuk tubuh badan Untuk mendapatkan kulit cantik dan awet muda cubalah ShiNjuMI Bita V9Kebaikan atau manfaatnya bukan setakat berupaya membina d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025