6 Hujah Karut Hj Hadi Dan Jawapan Balas



Presiden Pas Hj Hadi Awang mendakwa bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 memihak kepada majoriti non muslim dalam Pakatan Harapan (PH).
Kemenangan calon Non Muslim adalah melalui PRU dan mereka menang di kawasan majoriti Non Muslim mengalahkan calon-calon Non Muslim daripada parti kerajaan sebelumnya iaitu BN seperti MCA, MIC dan Gerakan.
Tidak ada satu pun calon calon Non Muslim daripada Pakatan Harapan memenangi kerusi yang ditandingi oleh calon Muslim. Bahkan terdapat calon-calon Muslim Pakatan Harapan berjaya memenangi kerusi yang ditandingi calon non Muslim daripada Barisan Nasional.
Contohnya Parlimen Kuantan yang dimenangi calon PKR, Fuziah Saleh yang mengalahkan calon calon MCA (BN). Begitu juga Parlimen Tanjung Piai, calon Pakatan Harapan Dr Mohamed Farid Md Rafik berjaya menewaskan calon MCA (BN) Wee Jeck Seng.
Adakah Abdul Hadi akan menyuarakan kebimbangan yang sama jika majoriti calon non Muslim yang menang itu daripada MCA dan MIC yang hari ini bekerjasama dengan mereka? Tindakan Abdul Hadi mempertikaikan kemenangan calon calon non Muslim melalui pilihanraya menunjukkan sikap beliau yang tidak menghormati proses demokrasi
Hj Hadi mendakwa bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempunyai keanggotaan majoriti Cina beragama Kristian dan saki baki Parti Komunis yang telah diharamkan.
Rekod rasmi keahlian DAP, hanya 10 peratus anggotanya beragama Kristian. Manakala lebih 50 peratus beragama Buddha dan bakinya pelbagai agama termasuk beragama Islam.
Parti DAP adalah parti berbilang kaum dan ada di antara ahli parlimen dan adunnya yang memenangi kerusi beragama Islam.
Menuduh DAP adalah saki bagi Parti Komunis adalah satu fitnah. Ini kerana adalah fakta sejarah bahawa DAP adalah lahir dari parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965. PAP sejak dulu terkenal sebagai parti yang sangat anti komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri telah di haramkan sejak sekian lama di Malaysia. Jika benar DAP adalah saki baki Komunis, mengapa ia tidak diharamkan seatelah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia. Oleh itu tiada sebarang bukti diberikan oleh Abdul Hadi bagi menyokong dakwaan beliau tersebut.
Hj Hadi mendakwa tiada perjanjian bertulis menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan.
Menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir Muhamad adalah muafakat bertulis Pakatan Harapan yang ditandatangani oleh lima tokoh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM), Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Tan Kok Wai (Pengerusi DAP) dan diistiharkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Dato Saifuddin Abdullah dalam Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam pada 6 Januari 2018.
Muafakat bertulis ini bukanlah dokumen rahsia kerana ianya dihebahkan kepada umum dan menjadi antara bahan kempen utama Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14.
Tun Dr Mahathir juga beberapa kali menyebut bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar. Perbincangan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar juga dilakukan dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir sendiri dan akhirnya semua bersepakat dengan keputusan menyerahkan kepada Tun Mahathir menentukan tarikh peralihan kuasa tersebut.
Aneh apabila Hadi membuat tuduhan ianya usaha dalaman dan tidak dipersetujui sedangkan majoriti rakyat Malaysia mengetahuinya melalui media media utama negara pada 7 Januari 2018.
Hj Hadi mendakwa bahawa jumlah ahli parlimen Muslim sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang tidak mencapai majoriti di parlimen.
Dakwaan Hadi ini sangat mengelirukan. Ini kerana ahli parlimen Malaysia beragama Islam berjumlah 140 orang berbanding 82 orang yang bukan Islam. Ia membentuk 63 peratus iaitu satu jumlah yang majoriti. Selain itu seramai 13 orang ahli parlimen UMNO beragama Islam telah keluar UMNO dan menyertai PPBM menjadikan jumlah ahli parlimen beragama Islam di dalam Pakatan Harapan sebelum kejatuhan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir adalah melebihi jumlah ahli parlimen bukan Islam iaitu berjumlah 73 orang berbanding ahli parlimen bukan Islam.
Walaupun begitu beberapa keputusan besar kerajaan yang perlu melibatkan kelulusan parlimen, maka undian akan dilakukan oleh kesemua ahli ahli parlimen kerajaan dan pembangkang yang pastinya 63 peratusnya beragama Islam.
Hj Hadi mendakwa terdapat usaha meminda perlembagaan untuk melemahkan kedudukan Islam dan Bumiputera.
Tidak ada sebarang pindaan atau usaha meminda perlembagaan berkait Islam dan Bumiputera sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan. Yang ada ialah usaha meminda perlembagaan untuk meletakkan negeri Sarawak dan Sabah sebagai wilayah yang sama taraf dengan Semenanjung, bukan sekadar negeri. Namun pindaan ini gagal kerana ditolak pembangkang termasuk PAS.
Sebaliknya yang berlaku ialah kerajaan PH sepanjang 22 bulan pemerintahan berusaha gigih bagi memperkasakan system pentadbiran undang-undang Islam dan mahkamah syariah melalui pelbagai inisiatif antaranya penggubalan Akta Profesyen Guaman Syarie 2019 dan penubuhan Mahkamah Khas Hadhanah & Nafkah bagi membantu wanita Islam.
Keduanya untuk meminda perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli parlimen yang semestinya memerlukan sokongan pembangkang juga. Maka mustahil akan berlaku pindaan perlembagaan tanpa sokongan pembangkang.
Ketiganya, pindaan perlembagaan yang melibatkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kaum Bumiputera, mestilah mendapat perkenan Majlis Raja Raja. Maka satu pembohongan mendakwa ahli ahli parlimen kerajaan berusaha untuk meminda perlembagaan berkait Islam dan bumiputera kerana ia tidak boleh berlaku sama sekali tanpa majoriti dua pertiga dan sokongan Majlis Raja Raja. Ia adalah fitnah daripada PAS.
Jadi dakwaan ahli parlimen Muslim minoriti adalah tidak benar sama sekali.
Hj Hadi mendakwa bahawa Anwar Ibrahim, AMANAH dan DAP telah pergi bertemu Tun Mahathir menyerahkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan adalah cadangan Tun Dr Mahathir, bukannya cadangan Anwar Ibrahim, AMANAH dan DAP. Sehari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, Tun telah memanggil setiap ketua ketua kesemua parti ke Putrajaya menawarkan membentuk kerajaan perpaduan. Ia berlaku selepas Tun mendakwa dijanjikan sokongan oleh PAS dan UMNO untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri.
Ternyata ianya satu pembohongan, apabila PAS dan UMNO menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Sebelumnya, selepas mengadap Yang Dipertuan Agung, PAS dan UMNO melalui sidang media Setiausaha Agung kedua dua parti mengumumkan desakan agar dibubarkan parlimen dan bukannya menamakan Tun Dr Mahathir. Jelas PAS membohongi Tun Mahathir


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27126

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Akan Balas Surat Hadi Penuh Fitnah Kerana Cemburu

Anwar Akan Balas Surat Hadi Penuh Fitnah Kerana Cemburu

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 431 hits
Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik ini bahaya kata Anwar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membalas surat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dihantar kepada...
Hadi Lebih Cerdik Dari Anwar

Hadi Lebih Cerdik Dari Anwar

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 276 hits
Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Khas ke Timur Tengah mewakili Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin TTF difahamkan bahawa pelantikan bertaraf Menteri ini adalaDulu jika Anwa...
Special Envoy For Hadi Only The First Big Concession From Weak Muhyiddin Imagine What Zahid Najib Are Going To Get

Special Envoy For Hadi Only The First Big Concession From Weak Muhyiddin Imagine What Zahid Najib Are Going To Get

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 315 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri Ini bermakna lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah ber...
Analysts Say Abdul Hadi S Appointment Aimed At Appeasement

Analysts Say Abdul Hadi S Appointment Aimed At Appeasement

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 225 hits
PETALING JAYA The appointment of PAS president Datuk Seri Dr Abdul Hadi Awang as the special envoy with ministerial position to the Middle East which came under heavy criticism during the height of a health crisis was a political decision a...
Zahid Ucap Tahniah Perlantikan Hadi Awang

Zahid Ucap Tahniah Perlantikan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas perlantikannya sebagai Duta Khas negara ke Timur Tengah Ucapan tersebut dibuat dalam satu hantaran di laman Fa...
Netizen Bantah Lantikan Hj Hadi Di Tengah Tengah Covid 19

Netizen Bantah Lantikan Hj Hadi Di Tengah Tengah Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 162 hits
Netizen hari ni mula mempertikaikan perlantikan serta merta Abdul Hadi Awang sebagai duta khas PM bertaraf menteri ke Timur Tengah di saat kerajaan masih bergelut dengan Covid 19 dan kesan ekonomi yang bakal dihadapi kerajaan selepas ini Se...
Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 302 hits
Perlantikan Presiden Pas Hj Hadi Awang sebagai duta khas ke negara negara Arab membangkitkan bantahan rakyat kerana Pas sebelum ini pernah mempertikaikan perlantikan duta khas ke China yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan Timbalan Presid...
Pelantikan Hadi Bantu Perkasa Semula Hubungan Dengan Negara Arab

Pelantikan Hadi Bantu Perkasa Semula Hubungan Dengan Negara Arab

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Tertinggi Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pelantikan Abdul Hadi Awang sebagai duta khas perdana menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah mampu memperkasakan semula hubungan dengan negara di Timur Tengah Beliau y...
Hadi Jadi Duta Kepada Pak Arab Tapi Saudi Egypt Bahrain Abu Dhabi Dubai Tuduh Hadi Ahli Persatuan Terroris

Hadi Jadi Duta Kepada Pak Arab Tapi Saudi Egypt Bahrain Abu Dhabi Dubai Tuduh Hadi Ahli Persatuan Terroris

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 386 hits
Hadi lashed out at Sunni Shia sectarianism saying he would choose Qatar Turkey and Iran over other Arab powers in the Middle East the servant of the Two Holy Cities has forged intimate ties with Israel and the United States my faith is not ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator