6 Hari 5 Malam Di Chiba Jepun Beri Pengalaman Berbeza
Jepun boleh dikatakan antara negara favourite aku buat masa ini, dalam setahun 5-6 kali jugalah aku ke sana. Banyak destinasi menarik yang ada di Jepun yang korang boleh explore sebenarnya. Dari segi culture, instagram places dan makanan semua best di Jepun. Sebelum ni aku dah jejakkan kaki di Tokyo, Hokkaido, Kobe, Shikoku, Hiroshima, Okayama dan banyak lagilah. Jepun juga antara destinasi terbaik untuk tengok bunga sakura. Baru-baru ni aku berjaya masukkan satu lagi destinasi di Jepun dalam list travel aku iaitu Chiba.
Chiba boleh dikatakan juga antara destinasi yang masih belum ramai yang familiar. Agak baru lagi buat pelancong Malaysia. Menariknya Chiba ini banyak hidden spot yang korang boleh pergi. Last januari aku ke sana selama 4 hari 3 malam (Actually 5 hari 4 malam) sebab my flight is delay kerana Airbus MAS A380 tak dapat mendarat di Narita Airport waktu tu landasan problem kena langgar oleh flight Japan Airlines (JAL). So dia terpaksa mendarat di Kansai Airport. Sehari juga delay. Nasib MAS bagi penginapan dan baucer percuma untuk penumpang. Thanks to MAS dan semua staff MAS di Narita Airport kerana berjaya handle masalah ini dengan cemerlang sekali. First time juga aku mengalami situasi flight delay sehari.
Chiba terletak di area Kanto, di mana Kanto ni area yang popular di Jepun. Dalam Kanto area ni juga ada Tokyo, Kanagawa, Gunma, Tochigi, Ibaraki dan Saitama. Kira lokasi dia sebelah dengan Tokyo lah senang kira. Airport pun adalah Narita. Chiba juga adalah lokasi ke-6 popular di Jepun tau.
Nama Chiba berasal dari 2 perkataan Kanji iaitu, “thousand” dan “leaves”. Kalau nak dicerita tentang sejarah Chiba ni terlalu banyak untuk diceritakan mungkin ambil masa 1 minggu kot kalau aku nak tulis. Jadi aku ringkaskan je lah pasal sejarah Chiba ni kan. Aku tahu korang pun bukan minat sejarah sebab kelas sejarah korang tidur je termasuk aku. Itu dulu lah rasa menyesal juga tidur dalam kelas sejarah sebab sejarah ni menarik sebenarnya.
Ok tak nak cerita panjang aku teruskan dengan aktiviti dan tempat menarik sepajang 3 hari aku dekat sana ya! Hari keempat tak kira sebab aku stay kat hotel jer.
DAY 1
Flight aku malam, aku suka ambil flight malam sebab boleh jimatkan masa dekat sana nanti. Penerbangan MAS A380 depart from KLIA jam 11.30 malam dan sampai Narita Airport jam 7.15 pagi keesokkan harinya. Alhamdulillah sepanjang berada di atas awan tak ada pergolakan angin. Rasa tenang jer. Aku paling takut naik flight bila ada turbulence. Scary siot. Sampai Narita aku sempatlah solat subuh dekat airport. Buat yang tak pernah ke Jepun, dekat airport ada disediakan tempat solat dan kalau korang nak segarkan diri ada juga ruang untuk mandi. Boleh sewa sejam or dua jam. Maklumlah aktiviti aku akan terus bermula sebaik sahaja aku tiba di tanah matahari terbit ni. Jadi kena fresh dan cukup rehat. Baru best nak jalan-jalan.
Naritasan Shinshoji Temple
Naritasan Shinshoji Temple
Naritasan Shinshoji Temple
Naritasan Shinshoji Temple
Omotesando
Jam 8.30 pagi kami dah start bertolak dari terminal 2 untuk ke lokasi pertama iaitu Naritasan Shinshoji Temple. Dari Narita Airport ke Naritasan Shinshoji Temple hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Sekejap sangat.
Naritasan Shinshoji Temple ini popular dengan tempat untuk Sightseeing & shopping. Kalau datang Jepun memang tak sah ok tak singgah temple dia. Setiap temple yang ada dekat Jepun sangat berbeza, kadang-kadang nampak sama tapi lain. Masing-masing ada kisah sendiri.
Naritasan Shinshoji Temple adalah temple Budha yang sangat popular di Bandar Narita dan terbesar. Terletak berhampiran dengan Narita Airport. Ianya telah wujud hampir 940 tahun dahulu. Lama gila kan. Bangunan temple ni terletak betul-betul di landasan Naritasan dan mempunyai kawasan yang agak luas di sekitarnya. Terdiri daripada 3 tingkat Pagoda yang dinamakan The Great Pagoda of Peace.
Paling best Naritasan Shinshoji Temple juga ada tempat shopping di Omotesando dimana korang boleh beli souvenir dan cuba makanan tradional Jepun. Tempat ini agak menarik kerana ianya masih lagi mengekalkan structure Jepun di zaman samurai dahulu. Kalau korang nak rasa berada di bandar lama Jepun silalah datang ke sini. Nak lagi best korang boleh lah pakai pakaian Samurai Jepun jalan-jalan di sekitar ini. Serius aku suka suasana dekat Omotesando sebab memang tenang gilalah. pastu ada feel Jepun zaman dahulu.
Yoneya Tourist Centre
Rindu makanan Jepun
Habis jalan-jalan sekitar Naritasan Shinshoji kami terus gerak ke Yoneya Tourist Centre untuk lunch memandangkan perut pun dah mula berkeroncong. Makanan standard makanan Jepun, they give everything dalam satu plate tu. Nampak sikit tapi mengeyangkan. Ah rindu gila dengan makanan Jepun ni. Pada mereka yang risau halal tu dont worry, makanan dekat Yoneya Tourist Centre semestinya Halal.
Sanbu Narutou
Sammu Naruto Strawberry
Ommnono… Sedap, ni rasa Peach
45 minit kami ambil masa untuk habiskan hidangan yang disediakan. Dah siap makan kami teruskan perjalanan di hari pertama ini ke Sanbu Narutou untuk aktiviti strawberry picking.
Strawberry kat sini bukan macam kat Cameroon ya. Pada yang tak tahu strawberry kat sini ada banyak jenis dan macam-macam perisa yang ada. Jika di Okayama aku dah cuba Peach picking tapi dekat Chiba aku cuba Strawberry pulak.
Sammu Naruto Strawberry ni memang sangat popular untuk mereka yang suka makan Strawberry. Terbanyak banyak jenis dan yang paling best Strawberry yang ada rasa macam buah Peach tu. Pergh sedap. Strawberry + Peach. Antara strawberry paling sedap pernah aku makan seumur hidup aku. Makan lah banyak mana pun.
Kalau korang naik kereta dari Narita Airport hanya 40 mini jer. Lokasi pandai-pandai guna waze search Sammu Naruto Strawberry. Kalau korang naik public transport boleh naik train dan turun dekat Wagamachi Goannaidokoro Stn.
Access: By Train turun dekat Wagamachi Goannaidokoro Stn.Masa: 10.30am- 3pm (December – May)Harga: 300 – 2,000 Yen Alamat: Wagamachi Goannaidokoro, 305, Tsube, Sammu City, 289-1345
Choshi City sightseeing
Tokawa Station
Seterusnya kami ke Choshi City untuk belanja mata dengan pemandangan yang terbaik di Chiba. Dari Strawberry picking tu ambil masa dalam 2 jam 30 minit dengan kereta.
Choshi City ni adalah bandar nelayan. Kampung dia agak menarik persis macam kawasan rumah Doraemon tu. Macamlah tu lah layout dia. Pastu dia bersebelahan dengan laut. Memang cantiklah kawasan ni. Tenang, tak banyak kenderaaan, nyaman memang best.
Kat sini juga ada stesen kereta api lama iaitu Tokawa. Boleh tengok kereta api. Sangat Instragramable!
Memandangkan hari dah makin gelap kami terus ke Hotel untuk rehatkan diri di hari pertama ini. Jarak ke hotel dalam 5 minit jer.
Inubohsaki Hotel
View cantik, sebab tu aku malas nak keluar lepas check in
Dinner Time
Hotel ni best. View laut dan lighthouse. Kalau korang rajin malam tu jalan-jalanlah sekitar hotel. Aku just rehat jer dalam hotel. Penat bossku. Lagipun kat hotel ni ada Onsen. Kalau datang Jepun tak masuk Onsen memang rugi!
Lagipun musim ni masih lagi winter, so cuaca sejuk lagi. Lagi-lagi waktu malam. Tiada aktiviti lain yang best untuk dilakukan selain lepak dekat Onsen. Ini yang best kalau stay dekat hotel luar kota. Sebab ada Onsen semula jadi.
Dah segar mandi Onsen, masa untuk tidur. Berakhirlah sudah cerita aku di hari pertama.
DAY 2
Nice View, belakang aku punya hotel je pun
Lighthouse, sumpah penat!
Hari kedua kami bertolak seawal jam 8.45 pagi selepas breakfast di Hotel. Destinasi pertama adalah Inubosaki Lighthouse, Inubosaki Terasu Terrace. Tempat ni terletak belakang hotel yang aku stay tu jer. Lighthouse ni antara spot wajib korang pergi jika ke Inubosaki. Dari atas tu boleh tengok seluruh pemandangan sekitar Inubosaki. Bagi yang gayat maybe boleh tengok dari bawah jer. Tu pun dah cantik gila.
Lighthouse ini dibina pada tahun 1874 dah bercirikan reka bentuk British. Lighthouse ini juga tersenarai antara top 100 Lighthouse terbaik di dunia dan top 50 di Jepun.
Inubosaki Lighthouse
Access: By Train Choshi Electric Railway Inubo Sta.Masa: 8.30am- 4pm Harga: 200 Yen
Inubosaki station, Senbei experience
Senbei yang dah hancur aku kerjakan
Lepas tu kami singgah kejap di Inubosaki stasion untuk buat Senbei. Senbei ni macam biskus beras kot. So kami berpeluanglah bakar biskut tu dah siap bakar kena cicah sos macam kicap masin tu. Sedap kalau pandai balancekan sos tu. Kalau terlebih sos akan rasa masin. Aku buat 2 kali sebab first tu tak jadi biskut aku hancur aku tekan kuat sangat. haha dasar tangan tak de seni.
Sunrise Kujukuri
Then, kami terus ke Sunrise Kujukuri untuk makan tengah hari… Makanan macam biasa set makanan Jepun…
Mother Farm
Mother Farm
Kalau datang musim bungai lagi cantik
Mustard Flowers with Cheeseeland
Farm Show
Dah kenyang terus gerak ke Mother Farm. Dari Kujukuri nak ke Mother Farm ni jauh sikit. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandandangan sangat indah. Biasalah pemandangan gunung di Jepun ni. Memang cantik. Sebelum sampai dekat Mother Farm, aku singgah kejap untuk bergambar tepi jalan tu. Sebab cantik sangat. Rasa rugi je kalau tak singgah. Tapi tak leh lama, cuaca sejuk gila.
Dalam jam 2.15pm sampai dekat Mother Farm. Dalam fikiran serius aku terfikir kenapa Mother Farm, adakah Farm ni ada mak-mak yang akan datang sambut aku nanti. Pastu dia jemput minum-minum kat rumah dia.
Dah sampai ternyata apa yang aku bayangkan jauh meleset. haha. Rupanya Mother Farm ni macam tempat festival gitu, ada kedai souvenir, pastu ada ladang bunga yang sangat luat. Bunga warna kuning tu. Biasa ko akan nampak dalam drama Korea jer. Macam dekat Jeju Island. Haa kat sini pun macam tu lah tapi kena datang pada musim bunga. Aku datang musim sejuk jadi bunga baru nak tumbuh.
Selain tu ada perlbagai permainan macam karnival tu. Ada Ferris wheel. Lepas tu ada show binatang kat situ. Ada Illama pastu boleh bagi makan kat kambing biri-biri. Hati-hati biri-biri kat sini ada elektrik.
Sejuk-sejuk makan Ais Krim
Kalau nak bawa anak-anak memang sesuai lah. Kalau nak rasa romantik boleh datang musim bunga.
The best time nak datang sini ofkoz musim bunga sekitar Februari – Mei. Farm ni luas nakhabiskan masa kat sini kena satu hari kot. Baru puas. Paling menjadi tumpuan adalah ladang bunga kuning atau Mustard Flowers Ada dekat 3.5 juta bunga kat sini dan ladang Mustard terbesar di Kanto area. Selain Mustard ada juga Poppy Flowers pada bulan Mei hingga September.
Eh kalau nak cerita aktiviti kat sini memang melampau aku rasa sebab banyak sangat. Ada Blueberry picking, Horse Riding, Food Tasting, Camp Site, Waku-waku Land & Amusement Park, Ais Krim yang sedap dan Fresh, Farm Show dan banyak lagilah…
Access: By Train dari Chiba boleh turun dekat Kimitsu Station (JR Uchibo Line)Access: By Bus naik bas Aqua-Line Nonstop ke Sanukimachin Station / Kimitsu Station lepas tu naik bas ke Mother FarmMasa: 9.00am- 5pm (Feb – Dec), 9.30am – 4.00pm (Dec – Jan)Harga: 1,500 Yen (Dewasa), 800n Yen (Kanak-kanak)
Umihotaru
Sunset with Mount Fuji Background
Best Sunset View
Senang untuk pelancong muslim
Lepas order
Sebelum balik hotel, kami singgah di Umihotaru untuk dinner. Tempat ni bukan sekadar Dinner jer taw, tapi best spot untuk tengok sunset berlatarbelakng Gunung Fuji. Sambil tu boleh tengok flight yang melintasi Gunung Fuji juga. Istimewanya Umihotaru, dia macam tempat parking kereta bertingkat tapi dalam tu macam ada Mall. Sumpah menarik gila. Food Court kat sini kena order pakai vending machine. Untuk muslim akan ada tanda halal untuk makanan yang korang nak nanti. Canggih.
Dah Dinner kami terus ke Hotel untuk habiskan aktiviti di hari kedua. Penat beb tapi berbaloi. Hari kedua aku stay di Washington Hotel Kisarazu.
DAY 3
Hari ni kita naik train
Hari ketiga aku start keluar jam 9 pagi. Dah satu malah recharged tenaga, hari ketiga lebih bersemangat. Biasalah kalau trip jauh-jauh macam ni biasa waktu malam aku rehat kat hotel jer. Tak de maknanya nak merayau keluar malam-malam. Penat je nanti. Melainkan aku stay satu tempat boleh jer keluar merayau waktu malam. Hari ketiga banyak kena jalan kaki dan travel by train jer. Memang akan guna banyak tenaga.
Kisarazu
Ni lah train yang landasan kat atas tu
My step in Chiba
Tako-Tako
Takoyaki
Sedap. Tak tipu weh
Aktiviti pertama adalah merayau sekitar Kisarazu. Dari Kisarazu station aku ke Yoshikawa Kouen Station. Specialnya train ni, track di kat atas, bila tengok dari luat train ni macam tergantung. Scary pun ada. Satu lagi yang aku perasan design setiap train kat sini berbeza. Ada tema tersendiri based on watak anime.
Masa jalan-jalan tu aku nampak ada kedai Tokoyaki. Perghh sedap gila tokoyaki dia. Makan panas-panas dalam keadaan cuaca sejuk macam tu memang heavenlah. Tako Tokoyaki nama dia, alamak aku macam dah lupa dah alamat kedai tu. Nanti aku cuba update balik bila ingat.
Chiba Islamic Culture Center
Chiba Islamic Culture Center
Tempat solat
Masing-masing excited nak beli makanan halal, padahal tinggil 2 sehari je lagi
Sambung lagi jalan-jalan, aku singgah di Chiba Islamic Center untuk solat Zohor. Boleh turun dekat stesen Nishi Chiba Station. Kat situ terjumpa dengan beberapa student Malaysia yang study dekat Chiba University. Sempat sembang kejap. Lepas tu kat bawah ada satu kedai runcit yang jual makanan halal. Banyak makanan dari Malaysia dan Indonesia kat sini. Kot-kot korang nak beli makanan halal boleh je datang sini. Nak bawa dari Malaysia macam memyusahkan pula. Actually kat Jepun ni banyak je korang boleh dapat makanan halal dari Malaysia.
Suchi Ichi – Experience making sushi
Sushi Making
Dari situ aku naik train lagi ke Makuhari Hongo Station untuk Experience making sushi. Ingat senang je nampak seketul macam tu, tapi kalau tak der skill memang tak jadi Sushi sangat. Dah buat kami terus makan. Penat berjalan tapi perut penuh sebab asyik makan je kerja. Memang aktiviti aku hari tu macam jalan-jalan cari makan pun ada.
Mitsui Outlet Park Makuhari
Tak sempat habiskan Sushi aku terus kena gerak untuk Dinner. hahah Serius rasa macam what??? Kenyang lagi kot. Tapi bab makan abang tak tolak. Haha. So dah habis makan Sushi terus gerak ke Kaihin Makuhari Station untuk Shopping dan Dinner di Mitsui Outlet Park Makuhari. Time to shopping. Tapi sayang shopping bukan aku punya favourite. So ikut je lah member-member yang kaki shopping produk dari Jepun. Abang ada lah beli sikit produk kecantikan jenama apa tah untuk bini abang.
Sampai malam juga ikut diorang shopping. Ha satu lagi kat Mitsui Outlet Park Makuhari food court ada makanan halal. See tak susah pun nak cari makanan halal di Jepun ni.
Dah settel masa untuk balik hotel tidur. Hotel Port Plaze Chiba menjadi destinasi bermalam aku untuk hari ketiga. Penat tah yah cakap lah sebab seharian jalan kaki turun naik train. Boleh kurus kalau hari-hari macam ni.
DAY 4
Last day, tak tahu nak exited atau nak sedih sebab trip dah sampai ke penghujung. Seawal jam 9.00 pagi dah gerak. Kali ni nasib baik naik kereta. Hahah, nampak tak aku jenis travel pemalas kadang-kadang. Tapi biasalah bila dah last day ni kita akan penat. Nak bergambar pun dah tak se excited macam first day.
Sakae Town Doramuno Sato
Sakae Town Doramuno Sato
Dari hotel aku terus ke Sakae Town Doramuno Sato. Sakae Town ni town lama yang korang boleh nampak dalam cerita Jepun samurai semua tu. Kat sini juga korang boleh sewa baju tradional Jepun untuk jalan-jalan sekitar Town. Kalau korang bertuah boleh terserempak dengan pelakon Jepun yang buat shooting kat area ni. Aku sewa pakaian Samurai sebab macam Macho je nampak. Memandangkan aku pergi musim sejuk, agak beku juga dengan pakaian samurai jalan sekitar town ni. Namun demi beberapa keping gambar untuk diupload dekat Instagram daku gagahkan jua diri ini tahan sejuk. Actually baju aku pakai tu baju Ninja bukan Samurai.
Sakae Town Doramuno Sato juga antara favourite destinasi aku juga sepanjang dekat Chiba ni. Dia punya feel tu lain macam beb. Kalau datang Chiba memang rugi kalau tak singgah sini.
Kat sini juga ada rumah Samurai dan rumah-rumah petani zaman dahulu, masa zaman Edo sampailah era Meiji. Pelancong yang datang kat sini juga boleh ambil bahagian dalam pembuatan kraftangan. Aku macam biasa asalkan dapat bergambar cukuplah.
Dekat Boso-no-Mura Museum juga korang boleh sewa Kimono. Nampak kiut pula tengok gegadis pakai Kimono. Bila lagi kan datang Jepun nak pakai Kimono pastu jalan-jalan sekitar kawasan Sakae Town. Selain Kimono dan Samurai ada juga Hakama dan Ninja.
Singgah makan
With tour guide
Selain budaya dan budi bahasa yang tinggi, orang Jepun dalam menghasilkan sesuatu macam replika memang kelas A. They give everything untuk korang rasa berada di era Jepun dahulu. Macam makanan diorang juga. They give everything. Salutt…
Kalau korang datang dengan keluarga ada anak kecil memang mereka akan seronok sangat boleh pakai baju tradisional Jepun ni. Riang ria diorang bermain nanti.
Tips: Aku nak pesan sila sediakan cash untuk sewa baju dekat sini sebab dia tak terima kad.
Sawara city
The Old City Edo Period of Sawara
Sawara City
Actually hari last ni semua tempat yang aku pergi memang best gila. Lepas Sakae Town aku gerak ke Sawara city. Sawara City sangat populat dengan pengankutan air, zaman dahulu diorang menggunakan perahu untuk transportation dari Sawara City ke bandar-bandar lain di Jepun. Sawara juga salah satu bandar yang menghasilkan beras dan ubi terbesar di Jepun, Diorang hantar semua dengan perahu. Sehingga sekarang perahu tu masih beroperasi. Korang pun bolehnaik perahu tu keliling Sawara City tapi perahu dah canggih guna elektrik dah sekarang.
Dekat Sawara City ni memang korang kena naik perahu tu, dalam canal tu ada Swan yang akan berenang bermain-main depan korang. Pastu ada sunset pulak memang cantik.
Kalau korang familiar dengan sejarah Jepun, Pada Era Edo dahulu, Sawara City ni memang antara bandar penting masa tu. Korang boleh rasai dia punya atmosphera bila korang lalu sekitar sini dengan perahu di One River tu. Street views pun masih lagi dikekalkan seperti zaman Edo.
Boleh kata kalau korang nak tengok Era Edo datang je kat Sawara City ni. Sepanjang tahun 2018 memang tak ramai orang Malaysia yang datang kat sini. Ada dalam 6 orang je. Termasuk aku adalah dalam 8 orang. Aku sempat makan ubi panas tu. Sedap! rasa manis-manis sikit.
Dah penat jalan-jalan kami ke Aeon Mall Narita untuk Dinner dan shopping sikit. Besar beb Aeon Mall dia. Diorang ni memang pantang dengar Shopping laju jer nak pergi. Aku ni lebih kepada views jer. Dari hotel ada disediakan bas untuk ke Aeon Mall ni. Boleh lah kalau korang kaki shopping
One River, Sawara City
Dah habis ikut member-meber shopping kami balik hotel jam 11 malam. Paling best masa on the way balik Salji turun dengan lebatnya. Masing-masing excited, ada yang first time dapat rasa salji. Aku pun bukan selalu dapat rasa Salji lebat ni.
Dengan itu berakhirlah sudah kisah aku di Jepun.
Eh belum habis. Masih ada hari kelima.
DAY 5.
Pagi-pagi dah gerak ke Airport. Flight dijadualkan pada jam 9.45pagi. Sampai airport flight delay, tunggu punya tunggu flight delay lagi, 3 kali delay status flight dari delay ke cancelled. hahaha…
So balik hotel dan sambung shopping lagi satu hari. Hari ke-6 baru balik Malaysia.
The post 6 Hari 5 Malam di Chiba Jepun Beri Pengalaman Berbeza! appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/03/14/6-hari-4-malam-di-chiba-jepun-beri-pengalaman-berbeza/