6 Gambar Dekorasi Anyaman Daun Kelapa Akad Nikah Luna Maya Maxime Bouttier Gambar Ke 3 Paling Unik
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, 42 tahun, bernikah dengan jejaka pilihan hati, Maxime Bouttier, 32 tahun, juga seorang pelakon, di sebuah pusat peranginan terkemuka di Bali, Indonesia. Biarpun jarak usia 10 tahun antara mereka bukan penghalang membina mahligai impian yang sekian lama diimpikan.
Majlis perkahwinan selebriti Indonesia, Luna Maya atau nama sebenarnya, Luna Maya Sugeng, merupakan bintang kacukan Indonesia dan Australia bukan saja mencuri tumpuan peminat bahkan turut menjadi bualan kerana sentuhan seni tradisi yang sangat indah. Apa yang menarik perhatian, adalah dekorasi majlis perkahwinannya iaitu pelamin ayaman.
Bukan calang-calang untuk buat ayaman begitu, malah menerusi perkongsian video ia hasil kerja tangan tradisional yang sangat teliti dan berseni. Ayaman yang digunakan merupakan hasil kraftangan dari daun kelapa dan buluh, diolah jadi latar pelamin yang eksklusif tapi penuh jiwa. Memang ‘rare’ dan jarang kita lihat dalam majlis selebriti.
Gabungan elemen tradisi dan moden menjadikan suasana majlis itu sangat elegan, tenang dan sarat makna. Warna-warna neutral seperti putih, krim dan hijau daun buatkan dekorasi tu nampak classy.
Jom kita tengok 6 gambar dekorasi sekitar majlis akad nikad pasangan ini.
1.Dekorasi akad nikah Luna Maya dan Maxime Bouttier tampil memukau dengan sentuhan ornamen anyaman janur, mewujudkan suasana yang tenang dan asri dalam kombinasi warna hijau serta putih yang lembut dan menyejukkan mata.
2. Meja akad nikah dihiasi dengan anyaman janur yang sudah kekuningan, menyerlahkan sentuhan tradisional yang unik, sementara bahagian atasnya dilapisi dengan kain alas daripada kuncup bunga melur yang wangi dan menenangkan suasana.
3. Perincian anyaman janur pada kerusi dihasilkan dengan sangat teliti, menggabungkan janur muda bersama daun yang mula menguning, menghasilkan tekstur dan warna yang harmoni serta penuh seni.
4.Terdapat permadani yang diperbuat daripada anyaman bunga melur – memang rasa macam raja sehari betul!
5.Perincian-perincian kecil nyaman benar-benar menambah nilai estetika pada majlis tersebut.
6.Kursi bergaya French Louis yang klasik dipadukan dengan kerusi telus pandang Louis Ghost, semuanya berdiri anggun di atas lantai bermotif batik yang penuh seni.
Majlis perkahwinan Luna Maya bukan saja meriah, tapi jadi simbol keindahan seni warisan yang digarap dalam suasana penuh kasih sayang. Harap lepas ni makin ramai bakal pengantin berani guna elemen tradisi buat majlis mereka!
INFO ANYAMAN JANUR:
Ayaman janur merujuk kepada hasil seni tangan yang dibuat menggunakan daun kelapa muda atau dikenali sebagai janur. Dalam budaya Melayu dan juga di Indonesia, janur sering dianyam menjadi pelbagai bentuk hiasan seperti:
– Bunga hiasan
– Kelongsong makanan (contoh: ketupat)
– Dekorasi majlis seperti perkahwinan dan adat istiadat
Dalam konteks perkahwinan, ayaman janur digunakan untuk menghiasi pelamin, meja akad nikah, pintu gerbang, kerusi pengantin dan sebagainya. Ia bukan sahaja cantik, malah melambangkan unsur alam, kesederhanaan, dan nilai tradisi.
Warna janur biasanya hijau muda, tapi bila dah mula menguning, dia beri efek warna semula jadi yang sangat klasik dan estetik.
Sumber: Deco Luna Maya & Deko Majlis Luna Maya
The post 6 Gambar Dekorasi Anyaman Daun Kelapa Akad Nikah Luna Maya & Maxime Bouttier, Gambar Ke-3 Paling Unik! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/6-gambar-dekorasi-anyaman-daun-kelapa-akad-nikah-luna-maya-maxime-bouttier-gambar-ke-3-paling-unik/