6 Ciri Jam Garmin Malaysia Vs Jam Suunto Malaysia
Bagi korang yang minat atau aktif bersukan, salah satu peralatan atau gear yang penting adalah jam. Smart watch atau jam sukan merupakan pilihan pada masa kini terutama di dalam sukan untuk long distance seperti marathon, hiking , cycling atau pun berenang. Jam yang popular adalah jam Garmin dan juga jam Suunto, walaupun terdapat jam lain yang mampu memberikan saingan seperti jam Amazfit Stratos atau Amazfit Pace . Jom kita kaji jam suunto Malaysia dan jam garmin Malaysia...kedua duanya memang memberi wajah kepada peminat sukan terutama runner..Jom baca..
Untuk pengetahuan semua, jam Garmin atau jam Suunto mempunyai ciri ciri asas yang perlu difahami.
Ciri asas Jam Garmin Dan Jam Suunto 1. Jam untuk bersukan seperti jam Garmin atau jam Suunto menggunakan bateri yang perlu di charge. Maknanya setiap jam ini sewaktu dibeli sepatutnya mempunyai wayar untuk charging di samping kotak dan juga warranty serta resit
2. Beroperasi dengan menggunakan GPS (Global Positioning System) atau glonass ( GPS versi Russia) untuk merekodkan semua pergerakan daripada berjalan sehinggalah kepada pergerakan berkelajuan seperti menaiki basikal.Maksudnya wujud link antara satelit dengan jam untuk merekod jarak yang kemudiannya akan di baca oleh jam untuk menentukan heart rate atau nadi sehinggalah kepada bacaan kalori( jika terdapat ciri tersebutlah)
3. Untuk keluaran terbaru jam garmin dan suunto serta jam di dalam kelasnya, terdapat heart rate atau bacaan nadi yang di build in. Biasanya terdapat lampu kecil di bahagian belakang jam. Terdapat juga heart reat strap yang perlu di pasang di dada.
4. Sama ada garmin atau suunto kedua-duanya menggunakan software dan software tersebut kebiasaannya perlu di update , apabila adanya update file terbaru.Untuk ini kita perlu synckan dengan aplikasi di telefon atau computer atau laptop. Garmin menggunakan aplikasi garmin connect sementara suunto menggunakan aplikasi movecount atau app suunto
5. Ramai pelari menggunakan jam suunto atau garmin kerana keduanya dua boleh di sync dengan media sosial untuk sukan seperti strava. Strava merupaka aplikasi yang diminati, sehinggakan ramai pelari yang bermuram durja je bila jam yang merekodkan larian mereka tidak mampu di sync kan ke strava yang berada di telefon..betul ke..hehehe
Pandangan aku kalau korang hendak pilih jam sama ada suunto atau garmin ianya terpulang kepada aktiviti yang korang lakukan. Kalau setakat penggunaan untuk larian short distance seperti 5km, 7km sehingga 10km jam Suunto Ambit atau jam garmin foreunner 235 sudah memadai. Namun jika pilihan korang sukan atau larian untuk lebih lasak dan mengambil masa yang lama seperti full marathon iaitu 42km ke atas serta ultra seperti 50km, 80km sehingga 100 km ke atas maka pilihan yang perlu dipertimbangkan ialah ketahanan bateri jam tersebut..tak kisah sama ada suunto atau garmin.
Suunto merupakan pengeluar jam dari Finland dan sememang mereka sangat menjaga jam mereka dari segi kualiti dan reka bentuk. Manakala jam Garmin merupakan pengeluar gajet terkenal di dalam navigator menggunakan GPS .Jam garmin juga mempunyai rekabentuk yang menarik dan sentiasa memperbaiki perstasi jam mereka.
Apa kriteria pemilihan jam, jika korang ada modal atau duit yang mencukupi jam Garmin ? atau jam Suunto. Maka aku listkan pertimbangan aku, setakat ilmu sedikit sebanyak yang aku tahu, so aku listkan.Ini pandangan aku sahaja, boleh jadi korang yang lebih cekap serta mahir boleh share dekat komen, kalau salah pun boleh betulkan aku...tak de hal bro.
Ketahanan bateri.Kalau tidak mengambil kira design dan juga shape jam, ketahanan bateri memainkan peranan yang sangat penting untuk merekodkan segala maklumat pergerakan GPS . Jam bateri habis tidak ada maknanya, even ianya solid dan cantik. Bagi pelari ultra yang berlari sehingga 100km keatas maka pilihan bateri jam garmin atau suunto yang mampu bertahan lama adalah penting.
Untuk jam suunto Jam Suunto 9 adalah pilihan terkini kerana ketahanan baterinya sehingga 120 jam! dalam mode ultra berdasarkan maklumat web site mereka Kalau korang seorang pelari atau out door person yang biasa biasa je seperti larian 10km je..boleh dapatkan jam Suunto Spartan wrist HR sudah mencukupi. Atau jam Garmin Forerunner 235 sudah mencukupi. Pilihan aku sudah tentu jam suunto dari segi ketahanan bateri. Pencabar jam suunto 9 dari segi ketahanan bateri sudah tentunya Garmin Forerunner 935 ketahanan bateri sehingga 60 jam dalam mode penggunaan GPS ultra. Bateri Suunto dikatakan antara paling tahan lama berbanding jam garmin. Rekabentuk.Pada asasnya kedua dua jam mempunyai bentuk yang menarik. Pada pandangan aku jam suunto nampak lebih robust dan kemas serta maskulin. Manakala jam garmin tampak lebih casual dan menarik. Jadi pilihannya terpulang kepada korang memilihnya di samping tujuan utama, jam yang korang pilih untuk bersukan sahaja?mendaki? berenang? Berbasikal atau bergaya? Jam suunto dari segi rekabentuk atau design memang cantik dan menarik. Hampir kesemua jam Suunto datang dengan bentuk yang robust dengan bahagian depan berbentuk bulat yang kemas serta strap lebar dan besar. Cuma strap suunto seperti keluarga Suunto Ambit, bentuk strap atau tali jamnya sudah tetap dan tidak boleh diubah berbanding dengan garmin. Strap garmin tampak lebih santai, namun strap suunto nampak garang dan roburst. Namun rekabentuk Garmin Fenix 5 dan Garmin forerunner 935 memang menarikkan ? ...yang membezakan keduanya hanya material plastic dan juga steel. Jadi apa pilihan korang?
Update software dan dataApabila jam garmin atau suunto digunakan keduanya mampu menyimpan data. Memang superb suatu jam yang kecil mampu menyimpan data terutama rekod pergerakan dan aktiviti seperti larian, pendakian, berenang dan sebagainya. Pada pembacaan aku garmin lebih mudah atau user friendly, mudah untuk dibaca serta watch face paparan data yang lebih mudah serta jelas. Kedua duanya mempunyai support update software. Untuk ini korang kena rajin rujuk website rasmi jam suunto atau garmin Malaysia...kenapa perlu update? Kerana dengan update jam korang mempunyai ciri terkini , memudahkan untuk urusan data atau rekod pergerakan serta aktiviti.
Pandangan aku Garmin mendahului suunto dari segi interface app phone yang perlu di sync dengan jam. Setakat pengetahuan dan pembacaan aku jam garmin boleh diupdate menggunakan app di telefon je...berbanding jam suunto interface atau app movelink2( korang kena install dekat PC) yang menyambungkan pc dan juga jam suunto seperti jam suunto Ambit black yang aku gunakan. Jam terbaru suunto sekarang mempunyai Bluetooth yang mampu synckan data jam suunto dengan telefon. Suunto sekarang hadir dengan app kedua, selain movecount yang dinamakan Suunto App yang berfungsi menyambungkan atau sync data jam ke phone korang. Namun dikatakan masih diperingkat percubaan dan hanya sesuai untuk keluarga Suunto Spartan sahaja
Multisport.Sama ada jam suunto atau jam garmin, terdapat keluaran yang sememangnya berbaloi di cuba kerana jam multisport ini membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti sukan yang direkodkan.Keluarga suunto Spartan dan keluarga Ambit 3 mempunyai ciri ciri untuk multi sport atau triathlon. Sementara jam Garmin sudah tentulah dengan keluarga Fenixnya terutama Fenix 5X yang cukup gagah dan menarik.Malahan kewujudan forerunner 935 juga dianggap sebagai adik kepada Garmin Fenix 5 yang mempunyai pelbagai ciri atau jenis sukan. Jadi pilihan terpulang kepada kehendak dan keperluan masing masing
Warranty.Sebelum membeli jam Garmin atau Suunto korang kena semak dan bertanyakan seller, warranty berapa tahun. Jam datang dari mana..untuk Garmin ada yang datang sebagai asia version dan ada yang international version. Jangan malu bertanya bosku.. Dari segi originality jam Garmin belum ada fake lagi setakat ini, namun jam suunto sudah ada fake dari China, namun kita boleh tahu dari segi harga kerana jam fake suunto, biasanya RM 100 ke bawah..memang tak logiklah.
Cuma jam Garmin dari segi warranty kena lihat sama ada international atau tak.Sekarang sudah banyak jam Garmin APAC version atau Asia Pasific version. Malah pengedar rasmi Garmin Malaysia juga turut menjual APAC version. Satu lagi version kalau tak salah ialah ROW version atau Rest Of World ( bukan APAC dan versi international). Apa apa hal boleh sahaja korang nak beli online atau sebaliknya, dan bertanyakan seller tentang maklumat jam tersebut sampai lengkap. Macam aku aku beli dari Kedai gooutdoor di Lazada je Jam suunto Ambit Black, siap warranty 2 tahun untuk unit serta setahun warranty untuk tali....menarik bukan? Aku suggest korang kalau berminat dengan jam Suunto yang ada warranty selama 2 tahun dan original datang dari Finland..maka boleh ke kedai Gooutdoor Lazada. Jam di sana memang cantik dan cun.Dengar khabarnya jam original Suunto ada banyak diskaun harga sehingga 60% serta warranty sehingga 2 tahun atau korang boleh lihat di official Suunto Malaysia
Harga
Faktor terpenting juga sebenarnya. Sebenarnya kembali kepada tujuan korang nak menggunakan garmin atau suunto. Kalau korang terlibat sebagai runner sehingga menyertai marathon, anggaran RM 2K ke bawah sudah mencukupi untuk mendapatkan sebuah jam garmin atau suunto yang boleh merekodkan kesemua aktiviti larian korang, malah boleh sync ke strava lagi... Namun kalau korang pencinta ultra atau iron man maka bajet jam korang mungkin lebih sedikit..sehingga 3K ..semua terpulang kepada korang. Jam berharga 1K ke bawah seperti Suunto Ambit atau Forerunner 235 sudah mencukupi..terpulang kepada bro atau sis lah...
Baik...sebenarnya banyak lagi yang hendak ditulis, namun cukuplah dulu setakat ini, Cuma nasihat aku simple sahaja, Korang beli jam kena lihat tujuan serta sekali beli biar puas hati. Lihat keperluan korang. Kalau setakat nak berlari sahaja, sama ada 5km, 10km, 15km, half marathon 21km atau Full Marathon 42 km boleh dapatkan jam Garmin forerunner, boleh sahaja dengan Garmin Forerunner 235 , atau Suunto Ambit atau Suunto Spartan sport wrist. Terpulanglah pada korang. Pada aku lebih baik beli yang multi sport atau pelbagai, serta mengambil kira factor yang dinyatakan di atas.
Jom kita semak harga di Lazada jam Garmin dan Jam suunto .Aku senaraikan yang aku lihat legit dan trusted serta mendapat rating tinggi dan kalau garmin ianya dari AECO Malaysia,pengedar rasmi Garmin di Malaysi atau pengedar rasmi Suunto Malaysia.
Garmin Fenix 5X di Lazada
Garmin Forerunner 935
Garmin Instinct (siri terbaru Garmin )
Garmin Forerunner 235
Garmin Forerunner 645 (boleh pasang lagu)
Garmin Vivoactive 3
Suunto Spartan Trainer
Suunto 9 Lime
Suunto Spartan Sport Forest Edition
Suunto Spartan Sport Wrist HR Baro STEALTH
Suunto 3 Fitness Black
pay per click advertising
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lovehijau.net/2019/01/6-ciri-jam-garmin-malaysia-vs-jam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HijauLestari+%28Hijau+Lestari%29