6 Bulan Dah
Hai readers..
Selamat petang.. Petang camni buat apa je?
Yang duduk rumah tu mesti tengah layan mata..
Tak dan layan mata, mesti ngadap tv kan..
Sama la kita ni. Tengah dok layan Naagin 2 ni haaa..
Tapi mata ke fon, jap jap je tengok ke tv..
Sekejap je kita dah berada di pertengahan bulan Disember 2018 kan. Sikit lagi bakal menjengah ke tahun baru. Anak anak mula bersekolah. Kita pun anak mula tadika tahun ni.
Pipi kiri merebeh sebelah
Dalam tak sangka juga, dah 6 bulan kita menanggung sakit. Yang dikatakan sakit kalenjar airliur ni. Sejujurnya, perasaan give up tu ada je muncul dalam diri. Jarang sekali airmata ni nak jatuh. Tapi dek kerana sakit ni, berkali kali menahan sabar.
Sekarang ni sakitnya boleh tahan. Sakit menangkap ke kepala sebelah kiri. Sakitnya tu Allah je yang tahu. Sampai satu tahap terpikir, apakah pengakhiran sakit ni? Bolehkah baik sendiri? Atau adakah ianya perlu dioperate??
Sejujurnyaa.. Kalau la duit banyak, mungkin kita dah pergi ke swasta. Tak tahan rasanya menanggung sakit 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau sebelum ni sakit kepala ni akan datang bila kita makan. Sebab mengunyah. Tapi sekarang?? Tengah baring tengok tv pun ianya boleh menyerang. Tengah tido pun boleh tersedar dek kerana sakit kepala.
Kalau anak bising bising, dekat dengan telinga, terus zassss sakit kepala berdenyut denyut. Rasa macam nak pecah kepala. Mak tanya juga, kena migrain ke apa. Allah.. Kalau migrain takkan setiap hari selama 24jam sakit nya.
Sekarang ni standby Uphamol 500 tu la dalam bag. Mana mana pergi kena bawak. Kalau tak, merana laaa kalau sakit dah datang. Sometime cakap kat husband, selama mata kita nak hidup menanggung sakit dan perlu makan ubat?? Kadang rasa giveup dengan semua ni. Selalu berdoa.. Moga Allah ringankan sakit yang ditanggung.. Minta Allah beri keizinan untuk sembuh.
Sekarang ni hidup kita berbekalkan ubat. Minyak angin 24jam. 😭
Itulah perfume kita. Sentiasa bau minyak angin. Kalau dah terasa tak selesa, minyak angin disapu didahi. Disapu dileher tempat sakit benjolan tu.
Kawan-kawan yang disayangi.. 😞
Doakan ye kita boleh sembuh dengan keizinan Allah..
Sebolehnya kita nak elak dari di Operate. Bukan takut. Tapi kita jauh dari keluarga. Kita taknak susahkan suami. Nanti anak anak pun terabai..
Moga moga Allah ringankan kesakitan kita. 😔
Kalau kengkawan ada cara untuk pulihkan ke, atau tahu makanan apa perlu dielakkan makan ke apa, share la ye. Mana tahu dengan izin Allah boleh sembuh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2018/12/6-bulan-dah.html