5g Di Malaysia Sebuah Penantian Yang Berakhir Dengan Penantian Sekali Lagi



Kita sudah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan 5G di negara ini. Apa yang menyedihkan, nampaknya kita masih perlu terus menerus menunggu kerana jika mengikut perancangan dan peta masa DNB, 5G hanya akan meliputi seluruh kawasan Malaysia sekitar 80% hanya pada tahun 2031, yang bermaksud kita ada masa lebih kurang 9 tahun lagi untuk menikmati 5G tanpa kawasan ‘dead spot’.
Ini belum lagi mengambil kira telco-telco di Malaysia yang tidak sefahaman dengan DNB, kerana mereka ingin melancarkan 5G sendiri.
Sepertimana kita sedia maklum, dua telco yang menyahut seruan DNB untuk menggunakan 5G dikendalikan syarikat tersebut ialah YTL Communications (Yes) dan TM (unifi Mobile). Buat sementara waktu ini, pengguna pascabayar unifi Mobile masih belum dapat memanfaatkan 5G, tetapi pengguna prabayar dan pascabayar pelan FT5G dari Yes sudah dapat menikmatinya.
Malangnya, telco utama di Malaysia iaitu Maxis, Digi, Celcom, dan U Mobile masih belum mahu bekerjasama dengan DNB, dan ini adalah dapat difahami kerana mereka ingin menawarkan 5G sendiri berbanding sekadar ‘menumpang’.
Tidak lupa juga, 5G yang tersedia hanya dapat dinikmati sehingga akhir bulan Mac 2022 sahaja (secara percuma). Selepas itu, terserah kepada telco untuk mengenakan cas mereka sendiri. Kawasan liputan pula adalah amat-amat terhad, yang bererti sekiranya anda tidak bermastautin di kawasan tersebut (iaitu sekitar Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur), anda akan kembali menggunakan 4G yang ditawarkan oleh Yes.
Kelajuan 5G yang telah saya uji di Putrajaya. Kita juga maklum, rangkaian 4G dari Yes dan unifi (serta kelajuannya) adalah amat tidak memuaskan. Saya sendiri pernah menggunakan unifi Mobile dan hanya dapat ‘bertahan’ selama 6 hari sahaja sebelum ‘port out’ dan kembali ke Maxis. Anda boleh ikuti perkongsian saya tentang unifi Mobile dengan mencari menggunakan kata kunci ‘unifi Mobile’ di halaman Facebook kami.
Disebabkan perkara ini, apabila saya menggunakan kad SIM Yes 5G, saya juga terpaksa menyediakan sandarannya iaitu kad SIM oleh Maxis. Mujurlah saya memang menggunakan pelan MaxisONE Prime, menjadikan saya tidak beberapa bimbang sekiranya terpaksa berpatah balik ke 4G.
Apa yang saya ingin cadangkan kepada pihak DNB ialah, buat masa ini sebelum rangkaian 5G mereka lebih menyeluruh di Malaysia dan lebih stabil lagi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya DNB melancarkan pelan ‘5G Home Internet’ – sebagai alternatif kepada fiber di kawasan yang sudah pun dipenuhi dengan menara 5G DNB (kita bolehlah samakan pelan ini dengan Maxis Home 4G WiFi, atau unifi Air yang menawarkan pelan beserta peranti penghala).
Ini dapat mengukuhkan lagi pendapatan ‘sampingan’ DNB disamping kerjasama mereka dengan telco Yes dan unifi. Juga, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kredibiliti ulasan 5G mereka kerana semestinya di kawasan yang tersedia kemudahan 5G ini, kelajuan dan liputan pasti memuaskan – sekurang-kurangnya 100Mbps seperti yang dijanjikan.
Ia juga bersesuaian dengan status 5G semasa yang masih tidak menyokong ciri panggilan suara. Ciri Voice over 5G New Radio (VoNR) adalah penting, kerana tanpanya, pengguna perlu menggunakan pula panggilan suara VoLTE yang didasari oleh 4G.
Secara konklusi, buat sementara waktu ini lebih baik kita nantikan tawaran 5G dari telco-telco lain dahulu. 5G dari DNB bolehlah dikatakan sebagai memuaskan kualitinya, namun sebagai pengguna internet, kita tidak dapat bergantung kepada 5G sepenuhnya, tambahan pula untuk individu yang sering keluar negeri.
Kita tidak selalunya memerlukan internet berkelajuan tinggi sehingga 200-300Mbps apatah lagi 1Gbps, tetapi kita pastinya perlu kepada internet yang stabil di seluruh pelusuk negeri, dan 5G yang ada kini masih di peringkat percubaan semata serta tidak meluas liputannya. Sesiapa yang sudah menggunakannya bolehlah disebut sebagai ‘beta tester’, dan mereka yang berada di luar kawasan liputan pada ketika ini bolehlah disebut sebagai ‘berputih mata’.
Sabarlah semua. 5G di Malaysia, belum dapat dinikmati oleh sekalian jelata.
The post 5G Di Malaysia: Sebuah Penantian Yang Berakhir Dengan Penantian Sekali Lagi appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/5g-di-malaysia-sebuah-penantian-yang-berakhir-dengan-penantian-sekali-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 290 hits
1 Bencana Banjir pecahkan tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Sebenar tidak ada kerjasama sesama Menteri antara Menteri BN UMNO dengan Menteri PN 2 Malah Menteri dari PN PAS pun ikut senyap sunyi Walhal dua Menteri PAS jaga Alam Sekitar da...
Anak Malaysia Cipta Robot Pembantu Pembedahan

Anak Malaysia Cipta Robot Pembantu Pembedahan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 187 hits
Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan KINI boleh dikatakan kebanyakan kes perubatan semakin kompleks dan memerlukan pendekatan lebih canggih bagi menangani keperluan semasa terutamanya dalam melakukan pembedahan Banyak negara berhad...
Hiburan Turut Bersimpati Keadaan Banjir Kilat Di Malaysia Ceo Apple Sedia Hulur Bantuan

Hiburan Turut Bersimpati Keadaan Banjir Kilat Di Malaysia Ceo Apple Sedia Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 450 hits
Sedia maklum beberapa hari yang lalu terdapat sesetengah negeri di Malaysia dilanda banjir kilat ditahap yang agak teruk sehingga ada yang terkorban akibat bencana ni Difahamkan di negara Filipina dalam pada masa yang sama turut dibadai Tau...
Malaysia A Broken Sporting Nation

Malaysia A Broken Sporting Nation

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 197 hits
Malaysia s favourite sports this year had all the awkwardness of a reversing dump truck without any tyres on Football tumbled badminton wobbled hockey stumbled and athletics toppled It was spirit crushing Predictably there was predictable f...
Cuti Cuti Malaysia 2022

Cuti Cuti Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 409 hits
Masih mencari cari destinasi percutian tahun depan High five Saya pun Masih searching and browsing tempat tempat menarik seluruh negara di Semenanjung Malaysia Semestinya cuti cuti Malaysia sahaja Support lokal dulu Bajet 2022 ada pelepasan...
Intel Investment Of More Than Rm30 Billion Underscores The Long Term Strategic Association With Malaysia

Intel Investment Of More Than Rm30 Billion Underscores The Long Term Strategic Association With Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 256 hits
Intel Corporation one of the world s largest chip manufacturers today announced its investment of more than RM30 billion for its Malaysia facility This investment underscores the long term strategic association of a 50 year heritage of manu...
Tema Cun Kerajaan Keluarga Malaysia Tapi Dalamnya Hambar

Tema Cun Kerajaan Keluarga Malaysia Tapi Dalamnya Hambar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 234 hits
Banjir Kerajaan lagi bijak cetus krisis bukan tanganinya kata Rafidah
Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilancarkan

Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilancarkan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 282 hits
Rina Harun bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu Shafiz Shahrani menyampaikan replika cek berjumlah RM150 000 daripada Shapadu Akademi kepada Yayasan Kebajikan Negara di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Tabung Bantuan Banjir Keluar...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean