58 Kes Baharu Omicron Dikesan 39 Babit Individu Dari Arab Saudi


Oleh Ahmad Farhan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin GAMBAR: Abd Razak Aid SEBANYAK 58 kes baharu positif Covid-19 varian Omicron termasuk empat daripadanya merupakan penularan tempatan disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Kesemua kes itu dikesan melalui jujukan genom penuh (WGS) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), menjadikan jumlah jangkitan varian berkenaan di negara ini kini 122 kes.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, empat kes penularan tempatan dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif Covid-19 varian Omicron.
Menurutnya, sebanyak 39 daripada 54 kes jangkitan import dikesan dalam kalangan individu yang pulang dari Arab Saudi; tujuh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE); empat kes dari United Kingdom; dua kes dari Nigeria; dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis.
“Ujian jujukan genom penuh (WGS) ke atas sampel-sampel yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron masih dijalankan dan KKM akan memaklumkan perkembangan terkini berhubungan pengesahan varian Omicron dari semasa ke semasa.
“Daripada 122 kumulatif kes Omicron, 117 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala lima kes lagi penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, daripada keseluruhan kes Omicron, sebanyak 71 kes atau 58.2 peratus membabitkan jemaah umrah.
Selain itu ujarnya, hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan oleh IMR ke atas 1,774 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2021 mendapati 1,220 atau 68.8 peratus daripada sampel menunjukkan kemungkinan (presumptive) varian Omicron.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 928 (76.1 peratus) membabitkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, empat penularan tempatan varian Omicron yang dilaporkan hari ini dilaporkan di Kedah.
Katanya, keempat-empat kes adalah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 varian Omicron yang balik dari mengerjakan umrah di Arab Saudi pada 12 Disember lalu dan disahkan positif varian Omicron pada 24 Disember.
Katanya lagi, pendedahan kepada kes ini berlaku pada 13 Disember dan mereka mula bergejala dengan kategori 2 pada 17 Disember.
“Ujian RT-PCR COVID-19 yang dijalankan selanjutnya pada 19 Disember adalah positif dengan CT Value antara 20.80 hingga 21.49.
“Mereka diberi rawatan selama 14 hari di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, KKM mengingatkan agar individu yang diarahkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman atau rumah untuk terus mematuhi arahan itu, kekal dalam bilik berasingan, dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu lain.
Menurutnya, kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19, termasuk varian Omicron kepada ahli keluarga dan dalam masyarakat.
“KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin COVID-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan jangkitan COVID-19 yang teruk serta komplikasinya,” tambah beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/58-kes-baharu-omicron-dikesan-39-babit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 278 hits
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron Kementerian Kesihatan juga melaporkan majoriti kes import COVID 19 varian Omicron adalah dari Arab Saudi Menurut Menterinya Khairy Jamluddin 30 daripada 49 kes ...
4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan

4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 207 hits
Oleh KOTA BHARU Empat kes COVID 19 varian Omicron dikesan di Kelantan kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin Dr Zaini berkata empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pa...
Lebih 17 Kes Baharu Di Sabah Babit Kanak Kanak Belum Layak Divaksin Kata Masidi

Lebih 17 Kes Baharu Di Sabah Babit Kanak Kanak Belum Layak Divaksin Kata Masidi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 218 hits
Sekitar 70 daripada kes kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun KOTA KINABALU Sejumlah 17 4 daripada 258 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini membabi...
Hiburan 62 Kes Baru Varian Omicron Covid 19 Dikesan Di Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Hiburan 62 Kes Baru Varian Omicron Covid 19 Dikesan Di Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 236 hits
Menteri Kesihatan dalam sebuah kenyataan media memaklumkan bahawa terdapat 62 kes varian Omicron COVID 19 telah dikesan di Malaysia setakat ini Khairy berkata daripada 62 kes tersebut 61 adalah kes jangkitan import dari luar negara dan satu...
17 Kes Varian Omicron Import Libatkan Individu Tak Divaksin

17 Kes Varian Omicron Import Libatkan Individu Tak Divaksin

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 214 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati daripada 117 kes Covid 19 varian Omicron di negara ini sebanyak 17 daripada mereka tidak memiliki rekod vaksinasi Dapatan itu adalah setakat 4 Jan tahun ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkat...
68 Pasien Baru Omicron Baru Pulang Dari Turki As Hingga Arab Saudi

68 Pasien Baru Omicron Baru Pulang Dari Turki As Hingga Arab Saudi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 165 hits
Dari 68 Kasus Konfirmasi Omicron tersebut sebanyak 29 orang tidak memiliki gejala 29 orang sakit dengan gejala ringan 1 orang sakit dengan gejala sedang
Varian Omicron Johor Kesan Dua Kes Babit Jemaah Pulang Umrah

Varian Omicron Johor Kesan Dua Kes Babit Jemaah Pulang Umrah

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 237 hits
Varian Omicron Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan dua kes Omicron membabitkan pasangan suami isteri yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan ibadah umrah pada 25 Disember lalu...
10 Kes Omicron Dikesan Di Pulau Pinang

10 Kes Omicron Dikesan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 223 hits
Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyampaikan buah limau kepada Pengurus Besar Pemasaran Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman ketika kunjungan sempena Tahun Baru Cina di Pejabat NSTP Pulau...
Kemaskini Pasaran Saham Harian Kes Omicron Turun Pembetulan Dalam Pasaran Sudah Melebihi Tempoh

Kemaskini Pasaran Saham Harian Kes Omicron Turun Pembetulan Dalam Pasaran Sudah Melebihi Tempoh

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 363 hits
S P 500Indeks AS berkemungkinan besar akan dibuka dengan penurunan pada minggu ini Mereka sudah turun pada hari dagangan terakhir 2021 tepat di bawah paras tertinggi tahunan Dan pagi ini S P 500 menunjukkan penurunan kira kira sebanyak 0 25...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade