
MANGSA penipuan ejen yang menawarkan pascabayar telekomunikasi secara percuma membuat aduan kepada PPIM. FOTO HAFIZ SOHAIMI“Kami diarah mengambil telefon pintar di premis berkenaan sebelum diarah menyerahkannya kepada ejen sindiket.“Ketika itu kami dijanjikan semua komitmen bulanan dibayar ejen manakala kami boleh guna rangkaian tanpa had itu percuma untuk tempoh dua tahun. Bagaimanapun, selepas enam bulan, tiba-tiba kami menerima notis tunggakan bil berjumlah lebih RM5,000 setiap seorang.“Apabila ditanya kepada ejen, dia beri pelbagai alasan termasuk perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan sebelum gagal dihubungi.“Kami khuatir bagaimana dengan masa depan kami jika disenarai hitam kerana gagal membayar tunggakan itu,” katanya selepas membuat aduan kepada aktivis PPIM Dr Mazlina Abu Bakar.Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Zati, 22, berkata, dia bersama lebih 100 rakannya yang menuntut di pusat pengajian di Johor Bahru diperdaya ejen yang menawarkan kerja sambilan jika mendaftar pakej rangkaian syarikat telekomunikasi berkenaan.Menurutnya, mereka hanya perlu mendaftar dengan rangkaian telekomunikasi lain terlebih dahulu sebelum menukar pelan bagi mendapatkan telefon pintar percuma dijanjikan.“Bagi setiap pendaftaran, kami dapat imbuhan antara RM85 ke RM100.“Beberapa bulan kemudian kami terkejut apabila terima bil telefon mencecah RM5,000. Kami panik kerana tiada wang sebanyak itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Danga Bay, Johor Bahru.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |