5748 Terpaksa Berhutang Demi Sesuap Nasi Sinar Harian 27 06 2021


 


SHAH ALAM - Bilangan peniaga kecil yang meminjam daripada syarikat pinjaman berlesen didapati meningkat, bukan sahaja ketika ini malah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 demi kelangsungan hidup.
Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, syarikat pinjaman berlesen menjadi pilihan peniaga kecil untuk membuat pinjaman ekoran birokrasi yang terlalu ketat oleh pihak bank.
“Syarikat ini senang kalau nak buat pinjaman, kita ada bisnes kita boleh pinjam dan peminjam akan dapat duit dengan segera.
“Berbanding dengan bank, dengan syarat ketat, yang mana tak bermakna kita meminjam hari ini esok boleh dapat, ia memakan masa yang lama.
“Apabila bank permudahkan urusan pinjaman saya rasa peniaga tidak akan meminjam dengan syarikat berkenaan,” katanya kepada Sinar Ahad.
Mengulas lanjut, Rosli berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian geran khas kepada peniaga kecil sebanyak RM1,000 selepas keadaan kembali pulih.
Jelas beliau, ia bagi memastikan ekonomi peniaga kecil yang sebelum ini terhenti seketika kembali bergerak seperti sediakala.
“Kalau tidak bagi geran, peniaga kecil tidak akan ada modal pusingan untuk kembali meniaga.
“Jadi apabila ekonomi peringkat bawahan kembali bergerak ia juga akan memberi kesan positif kepada sektor pemborongan yang sedikit sebanyak bergantung kepada peniaga kecil.“Apabila penjaja kecil aktif, orang akan datang membeli seterusnya akan membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya.
Muka depan Sinar Harian hari ini. Aduan kes pinjaman berlesen meningkat 30 peratus
Sementara itu, aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membabitkan peminjam daripada syarikat pinjaman berlesen yang bermasalah meningkat 30 peratus sejak awal tahun ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau bimbang kes tersebut akan terus meningkat kerana kebenaran operasi sektor kredit komuniti atau pemberi pinjam wang berlesen ketika Sekatan Pergerakan Penuh sekarang.
“Sepanjang tahun lepas, kami terima kes aduan melibatkan nilai pinjaman kira-kira RM15 juta dalam sebulan. Ia meningkat sebanyak 30 peratus sejak Januari lalu. Kita bimbang ia akan terus meningkat dalam keadaan sekarang,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.
Mengulas lanjut, Nadzim mendakwa, walaupun berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, syarikat tersebut sentiasa mempunyai cara untuk memanipulasi peminjam lebih-lebih lagi membabitkan individu yang mudah tertipu.
“Kerajaan perlu pantau syarikat pinjaman wang berlesen dengan lebih ketat bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan ke atas peminjam yang terdesak,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian
TERPAKSA BERHUTANG DEMI SESUAP NASI
https://www.sinarharian.com.my/article/146578/LAPORAN-KHAS/Terpaksa-berhutang-demi-sesuap-nasi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/06/5748-terpaksa-berhutang-demi-sesuap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5751 Kwsp Pnb Digesa Hentikan Penjualan Saham Serba Dinamik Sinar Harian 28 06 2021

5751 Kwsp Pnb Digesa Hentikan Penjualan Saham Serba Dinamik Sinar Harian 28 06 2021

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 564 hits
DIKEMAS KINI Pemegang saham utama Serba Dinamik Holdings Berhad seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad digesa menghentikan penjualan saham bagi mengelakkan syarikat itu terus mengalami kerugian Pengasas Malaka...
Tarikh Bayaran Akhir I Sinar Bulan Julai Kategori 2 2021

Tarikh Bayaran Akhir I Sinar Bulan Julai Kategori 2 2021

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 535 hits
Ramai yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing masing Persoalan yang paling utama ialah bila tarikh akhir pembayaran i Sinar ini Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah ...
5720 Syor Moratorium Semua Pinjaman Hingga Disember Berita Harian 16 06 2021

5720 Syor Moratorium Semua Pinjaman Hingga Disember Berita Harian 16 06 2021

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dan Islam menggesa moratorium secara automatik tanpa faedah ditawarkan ke atas semua jenis pinjaman sehingga akhir tahun ini atau sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok Koord...
Malaysiakini Bags Honourable Mention Finalist At Sopa Awards 2021

Malaysiakini Bags Honourable Mention Finalist At Sopa Awards 2021

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 261 hits
The annual Society of Publishers in Asia Awards now in its 23rd year honoured excellence in reporting among Chinese language media regional media and global outlets during an online ceremony from Hong Kong tonight This year Malaysiakini was...
Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Iksk Kedah Sebanyak Rm5000

Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Iksk Kedah Sebanyak Rm5000

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 530 hits
Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Usahawan negeri Kedah khususnya yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh memohon bantuan melalui Inisiatif Kedah Sejahtera...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia