5671 Analisis Bila Kiasu Mengatasi Harmoni Kejujuran Dalam Berniaga Wacana My 21 05 2021


 


INI kisah Kak Siti Ayam Penyet. Ia jadi tular beberapa hari lalu. Dalam tular itu, ia menyebut – Nama kedai Melayu. Owner Cina. Ramai org Melayu tak tau main order je. Bukan mualaf… itulah antara isi kandungan screenshot yang menjadi tular tersebut. Teksnya mudah. Ringkas. Tapi padat dengan mesej. Ini satu lagi pendedahan perlakuan peniaga yang tidak jujur dan tidak harmoni dalam urusan perniagaannya. Niatnya jelas. Dia opportunis dan memanipulasi nama Melayu untuk mempengaruhi pelanggan Melayu.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid meninjau sebuah kedai menjual peralatan elektronik dan komputer di Kuala Terengganu, baru-baru ini.Sungguh! Impak perbuatan peniaga ini sangat serius. Ini bukan perkara main-main. Ini bukan hal biasa-biasa. Ini tidak dilihat lagi sebagai strategi berniaga. Ini satu perbuatan untuk mengelirukan pelanggan. Kalau hendak dikatakan sebagai strategi dan pelan niaga, banyak lagi cara boleh dilakukan tetapi tetapi bukan dengan cara yang mengelirukan. Apatah lagi, pelanggan tidak melihat premis perniagaan itu kerana urusan tempahan melalui aplikasi pesanan dalam talian.
Persoalan di sini, kenapa terus ada peniaga yang ‘menipu’ pelanggan? Khususnya, Melayu dan Muslim apabila mereka menamakan produk dengan nama Melayu atau nampak Islamik. Di mana moral mereka? Tahap mana etika mereka. Sejauh mana kefahaman dan melazimkan rukun negara termasuk bab Kesopanan dan Kesusilaan? Sikap kiasu dan pentingkan diri sendiri menjadi asas mengaut untung. Kenapa harus ada niat ‘helah dan muslihat’ dari sisi yang negatif untuk memperdaya dan mengelirukan pelanggan?
Malah kiasu, helah, muslihat, perdaya dan mengelirukan itu digabungkan untuk mewujudkan keyakinan bahawa produk mereka adalah sebagaimana tanggapan pelanggan iaitu produk Muslim, atau produk yang halal, mahupun produk yang serba-serbi tiada keraguan atau penipuan?
Seperti mana kisah ayam penyet, ada beratus lagi produk di pasaran yang menggunakan taktik sama. Anda pasti ingat kisah tular serbuan pihak berkuasa ke atas premis yang membuat kicap, cuka, tauchu dan sos yang menggunakan logo Halal palsu. Premis terbabit juga kotor. Tidak ada standard dalam pengilangannya. Masih ramai pengusaha produk makanan tidak mahu tahu pengguna Muslim tidak boleh disekutukan dengan produk yang tidak halal atau haram khususnya berkaitan dengan babi.
Sifat kiasu dan negatif ini turut ada dalam diri peniaga Muslim tertentu. Bagi mereka ialah mengaut untung. Mereka menggunakan jenama Melayu atau yang Islamik untuk produk mereka. Walaupun produk itu sebenarnya barang yang dibeli secara pukal dari pengilang kiasu dan kemudian mereka beri jenama baharu dan bungkus semula.
Muhammad Shamsuddin Paijan, Ketua Armada BERSATU Johor.Pelanggan juga mudah terperdaya bila tertera nama syarikat atau enterpris Bumiputera yang membungkusnya. Janji nama Melayu, itu sudah cukup meyakinkan produk itu halal. Pelanggan tiada hal atau tiada masalah walaupun mereka hanya membungkusnya semula sahaja tanpa mahu ambil tahu apa benda yang dibungkusnya!
Jadi, tidak salah kata pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menasihatkan supaya pengguna meneliti dan memilih perniagaan yang benar-benar diyakini bersih, mempunyai sijil penarafan kebersihan dari pihak PBT, memiliki lesen perniagaan yang sah serta mempunyai sijil taraf halal terutamanya bagi pengguna yang beragama Islam.
Mengulas kejadian itu, Ketua Armada BERSATU Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan, kesal dengan tindakan peniaga yang hanya mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat majmuk dan ini perkara ini perlu dikenakan tindakan tegas.
“Mengguna pakai nama kedai makanan Melayu tetapi disediakan oleh orang bukan Islam adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian kerana ini mengelirukan.
“Sesuatu perniagaan perlu melalui prosedur ditetapkan dan tidak menggelirukan pembeli sehingga akhirnya menjadi isu sensitif dalam masyarakat majmuk sehingga sukar dikawal. Sama-sama kita menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang telah kita bina bersama selama ini,” katanya.
Mengulas kejadian yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati pengguna untuk lebih peka dalam memilih barangan khususnya makanan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna harus utamakan keselamatan diri dan lebih bijak dalam urusan harian.
Datuk Nadzim Johan“Nak salahkan bangsa beragama lain, mereka tak faham soal halal haram. Mereka hanya kejar keuntungan baik penjual atau penyedia perkhidmatan itu,” katanya ketika dihubungi Wacana.my hari ini.
Tambah Nadzim, pengguna perlu menhapuskan kepercayaan terhadap penyedia perkhidmatan yang tidak ada sijil halal.
“Mereka sekadar menghantar pesanan. Jadi, syarikat mereka tidak perlu sijil halal. Kita sebagai pengguna sudah banyak kali diingatkan jenama seakan nama Muslim tidak menjamin keselamatan dan tahap halal produk makanan itu,” katanya.
Nadzim turut mengingatkan pengguna tentang beberapa kes sebelum ini yang tular seperti syarikat yang menjual produk kuih pau, bihun, mee kuning dan banyak lagi yang menggunakan nama orang Islam tetapi dimiliki syarikat bukan Muslim.
“Bukan nak kata bukan Islam ini secara automatik tidak halal. Tetapi kita yang nak makan, nak masuk perut kita, kenalaha kita jaga. Jangan harapkan peniaga nak jaga kita, mereka peniaga keutamaan mereka ialah keuntungan sedangkan umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib,” katanya.
Untuk merubah senario dan dilema ini, ia memerlukan keazaman politik pihak kerajaan. Untuk merealiasikan usaha ini, ia turut komitmen umat Islam sendiri. Kemudian, kalangan pemodal Muslim wajar menyatukan usaha, kepakaran dan kewangan untuk menggerakkan perusahaan mengeluarkan produk untuk keperluan, khususnya pengguna Islam.
Gerakan mempromosi membeli produk Muslim wajar dipertingkatkan. Biarpun berdepan dengan ‘serangan balas’ pihak yang merasakan kiasu mereka terjejas, in adalah fardu kifayah kerana mencari yang halal itu wajib. Kuasa pengguna Islam mesti digembeleng dan diterjemahkan sebagai faktor penentu dan pendesak di pasaran.
Selagi usahawan Islam tidak ada kesedaran dan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan pengguna Islam sendiri, selagi itu isu dan kiasu seperti kes Kak Siti Ayam Penyet; tiada kesudahan. Selagi ada pengusaha dan peniaga yang tidak memikirkan soal harmoni, masyarakat majmuk dan sensitiviti kaum maka yang rugi, diperbodoh dan terus diperdaya ialah umat Islam sendiri. Kesudahannya, ketidakjujuran mereka telah menjadi darah daging kita!


Artikel oleh: Wacana
ANALISIS: BILA KIASU MENGATASI HARMONI, KEJUJURAN DALAM BERNIAGA
https://wacana.my/analisis-bila-kiasu-mengatasi-harmoni-kejujuran-dalam-berniaga/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/05/5671-analisis-bila-kiasu-mengatasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 19 Mei 2021 Laporan Cot

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 19 Mei 2021 Laporan Cot

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 212 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 Jam Salam sejahtera pedagang yang dikasihi Merujuk kepada carta 1 Jam pasangan mata wang GBP USD meningkat ke Penarikan Semula 200 pada tahap 1 4216 dan ia kemudiannya diterbalikkan Pedagang kini boleh men...
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Eur Usd Pada 18 Mei 2021

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Eur Usd Pada 18 Mei 2021

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 258 hits
Dalam artikel hari ini mengenai pasangan mata wang utama pasaran Forex kami akan merumuskan secara ringkas hasil perdagangan mingguan sebelumnya mengenal pasti peristiwa paling penting minggu ini dan juga cuba meramalkan pergerakan harga se...
5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dinasihat untuk mendengar keluhan pengguna khususnya yang menggunakan perkhidmatan tren transit aliran ringan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Ma...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 19 Mei 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 19 Mei 2021

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 245 hits
Tinjauan Pasaran Teknikal Pasangan GBP USD telah mencapai tahap Lanjutan Fibonacci 127 yang berada di 1 4209 dan membuat tahap tinggi tempatan baru pada tahap 1 4218 Sokongan teknikal jangka pendek dilihat pada tahap 1 4164 dan 1 4157 dan r...
Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 11 Mei 2021

Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 11 Mei 2021

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 258 hits
Pasangan mata wang EUR JPY terus meningkat tinggi seperti yang diharapkan dengan sasaran kenaikan seterusnya dilihat pada tahap 133 66 sebagai sasaran kenaikan ideal seterusnya Peningkatan ini harus menyelesaikan gelombang 3 dan menetapkan ...
Analisis Volume Litecoin Untuk 21 Mei 2021

Analisis Volume Litecoin Untuk 21 Mei 2021

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 296 hits
1 Analisis volume LTCUSDT pada pertukaran Binance 2 Analisis trend jangka panjang 3 Analisis trend jangka sederhana 4 Analisis trend jangka pendek 5 Analisis graf lilin Jepun 6 Kesimpulan 7 Statistik 1 Analisis volume LTCUSDT pada pertukara...
6 Ways To Bringing More Meaning To Your 2021 Eid Celebration

6 Ways To Bringing More Meaning To Your 2021 Eid Celebration

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 440 hits
A Different Eid Celebration yet May Still be Meaningful Muslims in Malaysia will have to brace another different Eid this year due to the Covid 19 virus The Malaysian Government recently announced visits during Eid as well as both interstat...
Salam Aidilfitri 2021 1442h

Salam Aidilfitri 2021 1442h

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 1270 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wish you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart from one plac...
Tema Warna Baju Raya 2021

Tema Warna Baju Raya 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 393 hits
Baju raya tahun lepas beli 2 pasang Tapi hanya pakai sepasang je Itupun kejap je untuk ambil gambar Tahun lepas pun PKP tak beraya kemana Kononnya sepasang lagi tu dapatlah carry forward untuk tahun ni Tak payah beli baju raya lah kiranya t...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport