5658 Pengguna Perlu Berhati Hati Jangan Terjerat Dengan Scammer Sinar Harian 12 05 2021


 


SHAH ALAM - Di sebalik keghairahan melakukan pembelian online sempena musim perayaan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan orang ramai supaya tidak termasuk jerat scammer.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu bijak mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.
“Pembelian depan mata pun ramai yang tertipu, inikan pula online, kedai pun tak ada. Jadi macam mana?
“Di sebalik obses rakyat Malaysia membeli menggunakan platform online, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan berani menggunakan hak pengguna sekiranya tertipu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Nadzim berkata, antara penipuan jual beli online yang sering berlaku termasuklah mutu kualiti produk yang tidak sama seperti diiklankan, selain pengguna tidak menerima barangan dijanjikan selepas selesai proses transaksi wang.
“Budaya seperti ini yang kita risaukan. Asalkan tak kena tangkap kita lihat makin ramai yang makin berani menjadi penipu. Ada juga yang dikesan hanya mula menipu selepas berjaya meyakinkan pelanggan pada mulanya. Ini sesuatu yang tidak betul.
“Jadi, kita harus mengamalkan etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menghindari kejadian sebegini,” katanya.
Menurut Nadzim, pengguna juga dinasihatkan agar memanfaatkan hak masing-masing jika diperdaya peniaga online termasuk mendesak pemulangan bayaran semula (refund) atau merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
“Pengguna perlu lebih berwaspada kerana risikonya lebih tinggi jika melakukan pembelian online, manakala kepada peniaga tidak bertanggungjawab ini, sudah-sudahlah menipu pengguna,” tegasnya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam sidang Parlimen pada 17 Ogos tahun lalu mendedahkan penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang mencatatkan aduan penipuan tertinggi iaitu 2,500 kes membabitkan jumlah kerugian RM17 juta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kes kedua tertinggi direkodkan dalam tempoh 18 Mac hingga 4 Ogos lalu itu pula adalah penipuan bagi pinjaman tidak wujud dengan 1,582 kes (RM18 juta) manakala Macau Scam menyaksikan kerugian RM50 juta dengan 1,001 kes.
Sementara itu, Love Scam dan tipu khidmat pesanan ringkas (SMS) pula masing-masing merekodkan 481 kes (kerugian RM18 juta) dan 91 kes atau kerugian RM800,000.
Pada Isnin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tinjauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mendapati orang ramai lebih gemar membeli-belah dalam talian sewaktu pelaksanaan PKP 2.0.
Tinjauan itu mendedahkan bahawa 57.74 peratus responden mengaku berbelanja lebih secara dalam talian selepas kerajaan melaksanakan pusingan kedua PKP tahun ini berbanding hanya 19.23 peratus sebelum itu.
Sebanyak 62 peratus pula lebih suka melakukan transaksi dalam talian.


Artikel oleh: Sinar Harian
PENGGUNA PERLU BERHATI-HATI, JANGAN TERJERAT DENGAN SCAMMER

https://www.sinarharian.com.my/article/138252/LAPORAN-KHAS/Pengguna-perlu-berhati-hati-jangan-terjerat-dengan-scammer


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/05/5658-pengguna-perlu-berhati-hati-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinar Pm Jangan Lupa Gaji Menteri Cecah Rm30 000 Rm60 000 Zahid

Sinar Pm Jangan Lupa Gaji Menteri Cecah Rm30 000 Rm60 000 Zahid

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 390 hits
SINAR PM Jangan lupa gaji menteri cecah RM30 000 RM60 000 Zahid SINAR PM 6 MEI 2021 1 Gila jawatan tapi tak reti memimpin Rafidah 2 Bila nilai Ringgit nak naik Tun M Najib 3 UMNO boleh menang 100 kerusi jika kekal bersama PN 4 Tahniah Pande
Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 451 hits
AssalamualaikumSetiap pagi kita bangun tidur Mengharapkan dapat menghirup udara segar tapi sayangnya hujan sebagai peneman Hati merasa sedih Masihkah ada kebahgiaan untuk esok hari Itulah hidup penuh dengan kejutan yang tak pernah kita jang...
5666 Ppim Lancar Boikot Produk Berkaitan Israel Harian Metro 18 05 2021

5666 Ppim Lancar Boikot Produk Berkaitan Israel Harian Metro 18 05 2021

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 407 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini sebagai tindak balas kepada serangan zionis di Gaza dengan melancarkan boikot terhadap produk berkaitan Israel Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata seruan mengenai usaha itu aka...
5 Iklan Raya 2021 Yang Best Dan Menyentuh Hati

5 Iklan Raya 2021 Yang Best Dan Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 698 hits
5 Iklan Raya 2021 Yang Best dan Menyentuh Hati Setiap kali raya MF dan suami tak terlepas akan cari iklan iklan raya yang best untuk kami layan dan ambil pengajaran Kalau sedari dulu iklan raya yang trending dan paling best ialah iklan raya...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 673 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
29 Ramadhan 2021

29 Ramadhan 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 386 hits
Assalammualaikum Dunia Tup tup tup Esok last puasa ler Standby duit raya Dah anyam ketupat ke tue Cikbunga lum carik daun kelapa lagi ni Ketupat segera ado Standby Bahan sampingan untuk beraya Untuk anak anak Dalam kita bersedih kita masih ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram