5629 120 Penapis Tak Halal Metrotv My Metro 05 01 2020




SEKURANG-KURANGNYA 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.Ia dijual di pasaran tempatan sejak lebih sepuluh tahun lalu ketika teknologi penapisan air mula diperkenalkan bagi menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya.Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air.Katanya, kebanyakannya diimport dari negara luar yang tidak mempunyai pengesahan halal, dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama terkenal menggunakan bahan semula jadi.
DR Mahyeddin. FOTO Zulfadhli Zulkifli.
“Kajian mendapati kebanyakan tulang haiwan dalam industri diperoleh dari sumber haram atau diragui status halalnya.“Memang tulang haiwan menjadi pilihan utama kerana harganya lebih murah dan mudah didapati.“Jenis tulang dan cara tulang diperoleh, termasuk disembelih secara betul atau tidak itu diragui dan kebanyakan karbon aktif daripada tulang haiwan dihasilkan dari China.“Jadi kita minta pengguna berhati-hati atau merujuk terlebih dulu dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada Metro Ahad.Dr Mahyeddin berkata, memandangkan sistem penapis air digunakan secara berskala besar untuk tujuan industri dan rumah adalah penting untuk pengguna khususnya umat Islam memastikan produk digunakan patuh syariah.Katanya, antara bahan dari sumber semula jadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air dan ia disahkan halal.
ELEMEN tipikal dalam penapis air komersial.
“Bagaimanapun, ia lebih mahal daripada tulang haiwan kerana lebih sukar didapati sekali gus mendorong perbezaan harga ketara bagi produk penapis air ini.“Sejak beberapa tahun lalu, pasaran produk penapis air meningkat dan negara kita juga tidak terkecuali.“Kami bimbang penggunaan tulang haiwan menimbulkan persoalan dari sudut hukum.“Berdasarkan kajian, kebanyakan bahan penapis air di Malaysia diimport terutama dari China dan Taiwan, menyebabkan kebarangkalian tinggi untuk tulang diambil daripada sumber haram atau syubhah.“Penentuan hukum juga membabitkan aplikasi ‘istihalah’, memandangkan tulang yang digunakan dalam produk penapis air bukan lagi dalam bentuk asal, sebaliknya telah berubah ke bentuk arang dan bio seramik melalui proses pembakaran pada suhu tinggi.“Justeru saya nasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati membeli produk penapis air yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini.“Buat rujukan terlebih dulu bagi memastikan barangan yang dibeli itu daripada sumber yang halal,” katanya.
KARBON aktif digunakan secara meluas dalam pembuatan elemen penapisan.
GESA PENGELUAR MOHON SPHMPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pengeluar penapis air di negara ini tampil memohon Sijil Pengesahan Halal (SPHM) Malaysia bagi memastikan pengguna dapat menggunakan produk tanpa sebarang keraguan.Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, hal itu perlu memandangkan permintaan terhadap penapis air sama ada yang digunakan di luar atau di dalam rumah semakin meningkat dan ia tidak boleh lari daripada aspek pengesahan halal.Katanya, perkara itu seakan terlepas pandang kerana masyarakat selama ini memandang remeh isu penggunaan air bertapis di rumah kerana lebih memberi fokus kepada penyediaan makanan halal di restoran.
KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Paduka Nadzim Johan. FOTO Supian Ahmad
“Ini isu yang penting. Jumlah 120 jenama ini juga sangat tinggi dan kita difahamkan ada lima syarikat pengeluar produk ini di Malaysia.“Kita tidak tahu apakah produk mereka sudah mendapatkan pensijilan halal seperti ditetapkan.“PPIM juga berharap agar pengeluar dapat memastikan karbon aktif ini bukan diperbuat daripada tulang haiwan, sebaliknya bahan-bahan lain yang boleh dijadikan alternatif. Apapun, pengguna perlu dimaklumkan.“Setakat ini kita menerima aduan tidak rasmi daripada orang awam. Tidak banyak forum membincangkan perkara ini, kalau ada pun, hanya bahan ilmiah daripada penyelidik dan ahli akademik,” katanya.Nadzim berkata, pihaknya juga akan menggerakkan kempen kepada ahli agar lebih berhati-hati membeli apa juga produk terutama yang diimport dari luar negara bagi memastikan ia menepati piawaian halal ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).RAMUAN HAIWAN WAJIB DIPERIKSABerdasarkan pemeriksaan lapangan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain), ada penemuan penapis air yang mengandungi bahan dari sumber haiwan seperti tulang dan lemak.Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Bukhari Md Akhir berkata, bagaimanapun, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kesimpulan secara menyeluruh komponen yang terkandung dalam penapis air adalah daripada sumber bahan tidak halal.Katanya, ini kerana di dalam pensijilan halal, segala sumber bahan mentah atau ramuan yang berasaskan haiwan adalah kritikal serta status kehalalannya wajib diperiksa dan disahkan pihak berautoriti sebelum digunakan mana-mana pemegang atau pemohon SPHM.Menurutnya, syarat berkenaan adalah antara keperluan umum yang perlu dipenuhi pemohon SPHM untuk pelbagai skim yang ditawarkan dalam pensijilan halal Malaysia.

PENGARAH Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir di Kompleks Islam Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
“Pemeriksaan halal oleh Jakim dan Jain bukan sekadar secara dokumentasi semata-mata bahkan membabitkan pemeriksaan secara lapangan iaitu keberkesanan Sistem Jaminan Halal yang diamalkan syarikat terutama kepada premis makanan berangkai yang banyak menggunakan fasiliti penapis air.“Penemuan penapis air mengandungi komponen haiwan akan menyebabkan permohonan SPHM dikenakan ketidakakuran pihak Jakim dan Jain hinggalah unsur meragukan itu dihindarkan penggunaannya dari premis atau produk yang mahu dipersijilkan halal.“Situasi ini menjadi lebih rumit apabila ia membabitkan jumlah rangkaian yang banyak, masa yang lama untuk menggantikan penapis air yang mematuhi hukum syarak, kos dan komitmen tinggi daripada pemohon SPHM,” katanya.Bukhari berkata, kerumitan itu mampu diatasi lebih awal jika pasukan Jawatankuasa Halal Dalaman mempunyai tahap ketelitian yang tinggi sebelum menghantar permohonan ke Jakim dan Jain.“Sewajarnya, penilaian yang lebih mendalam terhadap semua aspek pemprosesan produk dan perkhidmatan halal diperhalusi sebaik mungkin dan dibincangkan secara serius sebelum pemasangan fasiliti membabitkannya dilakukan.“Demi merancakkan lagi pertumbuhan bilangan pemegang SPHM dan kelestariannya, jabatan bersikap terbuka terhadap pelbagai bentuk perbincangan dengan industri yang menghadapi banyak kekangan untuk memenuhi syarat pensijilan demi kebaikan ummah sejagat,” katanya.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut barang gunaan yang sudah dipersijilkan halal, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. dan semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi Verify Halal.

Artikel oleh: My Metro


120 PENAPIS TAK HALAL [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/532140/120-penapis-tak-halal-metrotv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/01/5629-120-penapis-tak-halal-metrotv-my.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5645 Saya Gembira Jual Buku Di Jalanan Puteri Balqis Metrotv Harian Metro 10 01 2020

5645 Saya Gembira Jual Buku Di Jalanan Puteri Balqis Metrotv Harian Metro 10 01 2020

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 709 hits
PERNAH berada di puncak kegemilangan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi 13 yang menderita sakit sejak dua tahun lalu kini memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian Pemenang Pelakon Wanita Terbaik pa...
Guna Tulang Haiwan Lebih 120 Jenama Penapis Air Diragui Status Halal

Guna Tulang Haiwan Lebih 120 Jenama Penapis Air Diragui Status Halal

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 710 hits
120 jenama penapis air diragui status halal dikatakan setiap rumah di Malaysia mempunyai penapis air moden bertujuan untuk menapis segala jenis pencemaran yang terkandung dalam air Ramai daripada kita memilih untuk menggunakan perkhidmatan ...
Yee Sang Halal Chinese New Year 2020 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Yee Sang Halal Chinese New Year 2020 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 782 hits
YEE SANG HALAL CHINESE NEW YEAR 2020 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Lagi beberapa minggu nak sambut Tahun Baru Cina Acara wajib bila tibanya CNY ini ialah makan besar Makan besar CNY bersama menu wajib YEE SANG Mummy memang penggemar Yee...
5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 491 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia merekodkan kerugian dialami rakyat Malaysia mencecah RM1 8 bilion membabitkan kes ceti haram keldai akaun dan scam Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata faktor sikap menjadi punca utama mengapa masih ...
5631 Aktiviti Toqqi Menghadiri Mesyuarat Perunding Halal Dunia Ppim 04 01 2020

5631 Aktiviti Toqqi Menghadiri Mesyuarat Perunding Halal Dunia Ppim 04 01 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 339 hits
Toqqi menghadiri Mesyuarat Perunding Halal Dunia bersama Pengasas 7 Sanaabil Ustaz Haji Yaakob Wan Haron di Akademi Al Manar Turut serta Prof Malik dan Prof Suhaimi dari UPM
Perghh Ramai Yang Curang Kajian Dedah 120 000 Kes Baharu Mungkin Direkodkan Sepanjang Januari 2020

Perghh Ramai Yang Curang Kajian Dedah 120 000 Kes Baharu Mungkin Direkodkan Sepanjang Januari 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 294 hits
Ramai yang curang Kajian dedah 120 000 kes baharu mungkin direkodkan sepanjang Januari 2020 Kes curang dijangka meningkat pada Januari SETELAH menikmati musim cuti bersama pada hujung tahun bulan Januari didakwa sebagai bulan yang bakal mer...
Pks Beri Pr Besar Untuk Jokowi Di Tahun 2020

Pks Beri Pr Besar Untuk Jokowi Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 291 hits
Partai Keadilan Sejahtera ingin pemerintah dan penyelenggara pemilu mengevaluasi sistem pemilu Di akhir tahun ini Ketua DPP PKS Mardani Ali Sera berkaca dari pengalaman petugas KPPS sakit hingga meninggal pada Pemilu Serentak 2019
Semakan Jadual Ujian Psikometrik Spa 2020

Semakan Jadual Ujian Psikometrik Spa 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 665 hits
Tahun 2019 sudah pun melabuhkan tirainya Ramai yang mempunyai azam baru tahun 2020 ini azam kerjaya dah dapat kerja kah belum Kalau belum usah berputus asa kerana setiap bulan ada saja kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam diiklankan d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri