5489 Ppim Aktifkan Sekretariat Cegah Judi Harian Metro 13 11 2019



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengaktifkan sekretariat khas yang akan menjalankan kempen pencegahan judi nombor ekor di kawasan penempatan majoriti penduduk Islam susulan terdapat aduan mengenainya oleh orang awam.Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sekretariat itu antara lain akan berfungsi memberi nasihat dan penerangan kepada umat Islam yang dikesan mengunjungi kedai nombor ekor terutama di sekitar Lembah Klang.Menurutnya, walaupun isu terbabit bukan perkara baru tetapi pihaknya akan meneruskan inisiatif berkenaan sebagai satu dakwah kepada masyarakat Islam dan mengajak mereka yang terjebak ke dalam kancah itu kembali ke pangkal jalan.
“Sebenarnya kita sudah perhatikan perkara ini sejak lama. Keadaan ini diburukkan dengan adanya premis kedai nombor ekor di kawasan majoriti orang Melayu Islam dan kita persoalkan di mana sensitiviti mereka ini.“Itu satu hal kita kena bantu. Kalau yang berurusan membeli nombor ekor di kedai tidak berlesen itu pun satu masalah juga.“Untuk itu, kita akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memantau lokasi yang akan kita tentukan.” katanya kepada Harian Metro.Nadzim berkata, sejak awal tahun ini, pihaknya menerima aduan mengenai pembukaan premis judi baru di sekitar Kuala Lumpur di mana lokasi itu adalah di kawasan penempatan orang Islam yang dibimbangi akan terpengaruh untuk mencuba nasib.Menurutnya, isu judi mencatatkan antara aduan paling banyak diterima PPIM termasuk dalam talian dan ia menimbulkan masalah lain seperti hubungan kekeluargaan dan pelakuan jenayah.“Sekretariat ini nanti akan mengedarkan risalah mengenai bahaya berjudi serta memberi nasihat dan penerangan termasuk kaunseling ringkas kepada mereka sama ada yang membeli nombor ekor atau menunggu kawan.“Jelas kita mahu semua orang faham betapa isu ini akan berangkai kepada masalah lain hanya kerana kita tidak mahu patuh kepada saranan agama.“Soal orang bukan Islam dibenarkan, itu isu lain kerana mereka ada hak sebagai rakyat di negara ini,” katanya.
Artikel oleh: Harian Metro

PPIM AKTIFKAN SEKRETARIAT CEGAH JUDI

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/516818/ppim-aktifkan-sekretariat-cegah-judi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/11/5489-ppim-aktifkan-sekretariat-cegah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5475 Meningkatkan Pendapatan Mengurangkan Kemiskinan Harian Metro 11 11 2019

5475 Meningkatkan Pendapatan Mengurangkan Kemiskinan Harian Metro 11 11 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 441 hits
BAGI mengatasi masalah kemiskinan terutamanya kumpulan B40 kerajaan melancarkan Program Sinergi Sosial dan Sistem MySynergy hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata objektif utama program itu adalah bagi...
5503 Aktiviti Majlis Pelancaran Bantuan Metro Prihatin Ppim 18 11 2019

5503 Aktiviti Majlis Pelancaran Bantuan Metro Prihatin Ppim 18 11 2019

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 547 hits
Pengerusi PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri Majlis Pelancaran Bantuan Metro Prihatin oleh Harian Metro di Balai Berita The New Straits Times Press Berhad Kuala Lumpur Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr W...
5491 Pantau Kegiatan Anak Elak Terjebak Basikal Lajak Harian Metro 14 11 2019

5491 Pantau Kegiatan Anak Elak Terjebak Basikal Lajak Harian Metro 14 11 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 341 hits
AMARAN yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias terhadap ibu bapa kepada kanak kanak yang terbabit kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan undang ...
5444 Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja Sidang Media Ppim 31 10 2019

5444 Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja Sidang Media Ppim 31 10 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1542 hits
Satu sidang media telah diadakan pada hari ini di Tapak Pembinaan D Rapport Residences Kuala Lumpur mengenai Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja
5447 Aktiviti Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Ppim 31 10 2019

5447 Aktiviti Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Ppim 31 10 2019

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 562 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan KP Dato Haji Nordin Haji Muhamad di Ibu Pejabat Penjara Malaysia
5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 586 hits
BARU BARU ini sementara menunggu Zuhur saya berbincang dengan beberapa rakan sekerja mengenai isu isu keusahawanan Melayu Banyak masalah yang klise disebut sebagai antara sebab mengapa usahawan Melayu sukar meningkat maju Alasan yang klise ...
5445 Tubuh Jawatankuasa Pantau Kontraktor Asing Tak Bayar Gaji Ppim Malaysia Gazette 31 10 2019

5445 Tubuh Jawatankuasa Pantau Kontraktor Asing Tak Bayar Gaji Ppim Malaysia Gazette 31 10 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan digesa mewujudkan satu jawatankuasa bagi menangani projek pembangunan oleh kontraktor bermasalah Ketua Aktivis Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ia bagi me...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Khairul Aming Lancar Rendang Nyet Berapi Sedia Battle 70 000 Paket Jumaat Ini

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

Tight Control On Political Speech Can Cause Election Shock Says Kj